Liverpool 1-2 Wigan. Penampilan sulung Sterling.


Salam dan selamat sejahtera. Kita kalah lagi semalam. Lebih teruk lagi, kita kalah di tempat sendiri. Kecewa tu memang kecewa. Tapi itu la nasib sebagai penyokong Liverpool. Ada masa kita gembira, ada masa kita kecewa. Dan kebelakangan ni kita lagi banyak kecewa daripada gembira. Kepada yang kecewa aku cadangkan korang luahkan perasaan kat blog-blog Liverpool yang ada kat Malaysia ni. Bagi pendapat, cerita perasaan dengan yang lain. Sekurang-kurangnya tak la kecewa sorang-sorang (Tengok..waktu kecewa pun tak akan sorang-sorang). Entri ini adalah pendapat aku sahaja. YNWA.

Highlight Perlawanan

Kecewa (Kredit : whoateallthepies)

Flanagan

Tengok daripada kesebelasan utama ada nama yang tak biasa aku tengok. Flanagan. Nampaknya Kelly masih belum pulih daripada kecederaan. begitu juga dengan Johnson. Bagi aku ok la dia main. Cuma kadangkala dia masih perlukan bantuan untuk menghentikan pergerakan pemain lawan yang datang beramai-ramai di sebelah kanan. Mungkin mereka tahu yang dia budak baru jadi strateginya masuk melalui bahagian dia. Dulu dia dah pernah main untuk pasukan senior dan aku puashati tengok dia main. Sama juga dengan Robinson. Boleh kata sekarang Liverpool dah ada pemain ketiga untuk posisi bek kiri dan kanan yang baik. Aku jenis yang suka kalau ada pemain muda jadi pemain ketiga setiap posisi dalam kelab. Rasa selamat sekarang dan masa depan😉

Terlalu banyak buang bola

Apa yang mengecewakan dalam perlawanan ni Liverpool terlalu banyak buang bola. Wigan pula jenis pegang bola. Jadi setiap kali terlepas bola lama lah nak tunggu dapat bola balik. Dan bila Wigan main dengan perlahan, pemain Liverpool mula buat kekasaran. Ikutkan aku, perlawanan dengan QPR hari tu main lawa lagi. Yang ni nampak tak bermaya. Ramai yang lagi banyak berjalan daripada berlari. Mungkin diorang betul-betul penat. Lepas masuk pemain gantian baru Liverpool dapat pegang bola dan bergerak kedepan untuk cari gol tapi dah terlambat.

Penalti

Aku tak puashati dengan penalti ni pasal sebelum bola tu sampai dalam kotak penalti, Henderson cuba keluarkan bola tapi pemain Wigan buat terjahan yang aku tengok agak kasar dan biasanya pengadil dah beri sepakan percuma kepada pasukan yang sedang bertahan. Biasanyalah. Tapi ini bukan musim yang biasa untuk Liverpool. Bola yang tertampan kepada pemain Wigan tadi dilambung ketengah untuk Moses. Dia menanduk bola, perlahan, mudah ditangkap Reina tapi kaki Skrtel dah naik dan mengenai muka Moses. Penalti. Reina merebahkan badan ke arah yang betul tapi bola terlalu laju.

Henderson dan Carroll

Aku sebenarnya agak terkejut Hendo dikeluarkan dalam waktu rehat. Tapi nampaknya Kenny dah berani buat pertukaran awal. Aku dah cakap sebelum ni Kenny perlu tukar awal. Aku tau ramai orang lain yang cakap Kenny buat pertukaran terlalu lambat. Bagi aku kalau dah nampak tak ada sumbangan atau main terlalu teruk baik cepat keluarkan. Bagi aku, Kuyt semalam pun agak mengecewakan. Memang dia rajin. Tapi tak cukup bahaya. Asalnya formasi Liverpool 4-4-2 dan Kuyt sebagai penyerang dengan Suarez tapi makin lama dah jadi 4-5-1 balik. Suarez sorang je kat depan. Harapan Liverpool adalah untuk hantar bola jauh atau serang dari sayap tapi tak ada penyerang dan pemain tengah pun tak penuhkan kawasan penalti lawan. Maka mudahla mereka menguruskan serangan itu…huhu

Dulu semua tak nak dia main..sekarang? (Kredit : whoateallthepies)

Liverpool mula pegang bola lepas Andy Carroll masuk. Dia makin ok aku tengok. Sentuhan makin bagus. Kawal bola pun makin bagus. Cuma tandukan dia masih kelaut. Ada mamat duduk belakang aku ni tak habis-habis kutuk Carroll. “Apa fungsi Carroll sial?” antara ayat yang selalu aku dengar. Tapi bila Carroll tanduk bola kelaluan Suarez yang merembat kearah gol. Dia diam. Dalam hati aku. “Itu la salah satu fungsi dia. Sekarang tengok diam2!” Huhu..lepas tu aku dengar dia tanya “Eh, Lucas tak ada eh?”. Baru la aku tau yang dia bukan penyokong Liverpool. Tak la aku marah sangat. Sebab penyokong Liverpool pun ada yang benci dengan Carroll. Benci sampai tahap kalau dia skor hatrik pun orang yang membenci tu akan cakap “Alah, nasib je”, “Lawan team lemah boleh la”. Percaya tak?

Suarez dan Gerrard

Bagi aku, dengan Suarez ni kena banyak bersabar. Sebab apa yang dia buat bukan perkara normal yang orang lain buat. Sebab tu bila dia berjaya buat, akan nampak hebat dan apabila tak berjaya, orang akan kecewa. Dia memang akan cuba gelecek setiap pemain depan dia sampaila depan gol. Tapi penyudah dia mengecewakan jugak la bagi aku. Cuma rembatan jauh dia dah meningkat.

Steven Gerrard kapten kesayangan. Kalau tak da dia memang lagi teruk la main. Tapi aku rindu rembatan jauh dia. Waktu perlawanan ni dia ada dapat peluang, tapi tersalah sepak. Mungkin usia dah menampakkan kesannya. Kalau dia dapat bola macam tu waktu muda-muda dulu memang pasrah jela penjaga gol. Aku tak tahu macamana nak menghadapi hari dia menggantung butnya dan bersara daripada bolasepak😦

Sterling dan Shelvey

Akhirnya!!! Main jugak budak ni. Dan dia tak mengecewakan. Masuk je dah gelecek lepas seorang pemain lawan dan cuba buat rembatan tapi sangkut kat Skrtel yang tak sempat buat apa sebelum kena terjah dengan pertahanan Wigan. Tapi cuba bayangkan kalau dia main dari mula. Jenuh la pertahanan nak jaga dia. Dalam 10 kali gelecek katalah 7 kali lepas. Dan dalam 7 hantaran tu 5 orang sambut. Dan dalam 5 tu 2 yang masuk gol. Best kan? Heheh…tapi Kenny cakap kena jaga elok-elok budak ni. Takut bagi main awal sangat. Aku lagi risau kalau dia sebenarnya sampai tahap puncak awal lepas tu umur muda lagi nanti dah habis power dah. Macam Owen..huhu… Harapnya ini menandakan Kenny akan mula guna pemain muda dalam baki perlawanan. Sebab aku tak rasa ada apa-apa yang dikejar lagi melainkan Piala FA. Jadi bagi aku tak ada beza dapat tempat ke 7 atau ke 10. Kita dah tentu masuk pusingan kelayakan Europa. Jadi masa ni la nak eksperimen dengan budak muda.

Suka apa yang anda dah lihat? (Kredit : Laman FB Liverpool Fan Club Malaysia)

Dalam kecewa semalam ada juga berita gembira utuk Liverpool. Budak-budak muda dapat tempat ke-3 dalam NextGen Series selepas mengalahkan Marseille 2-1 hasil jaringan Ngoo dan Morgan. Hmm..lepas ni boleh la cuba budak-budak ni dalam baki perlawanan BPL😉 Shelvey pun dapat peluang main dalam perlawanan ni (lawan Wigan) dan nampak positif. Dia sentiasa bergerak kedepan. Bukan kebelakang dan ketepi semata-mata. Shelvey, Sterling, Suso dan Morgan mungkin boleh dicuba dalam baki perlawanan selepas ini. Dengan bimbingan Suarez dan Gerrard tak mungkin boleh jadi lagi teruk daripada ni.

Reds finish third in NextGen

Kenny

Makin lama makin susah nak pertahankan dia ni. Sebab keputusan memang tak membantu. Tapi Liverpool sebenarnya dah ok berbanding dulu. Dengan pemilik yang sengal. Hutang kelab berjuta. Dan Liverpool hampir-hampir nak masuk pentadbiran sebab hutang tu. Kalau masuk la dulu, dah tentu 9 mata kena tolak. Aku bukan nak cakap Roy dulu tak bagus. Cuma dia salah masa. Waktu tu pemilik memang sengal. Sekarang Liverpool ada pemilik yang tahu sejarah dan kepentingan kelab, pengurus yang bertaraf lagenda sewaktu dia bermain untuk Liverpool dulu dan sekarang dah ada asas pasukan yang baik. Jadi musim ni bagi aku musim peralihan. Melihat keadaan pasukan sekarang dan musim lepas, mungkin lebih daripada 1 musim untuk bina semula Liverpool. Kenny lebih fokus kepada pemain British. Mungkin musim depan akan tambah lagi pemain dari luar. Pemain yang ada sekarang bukan tak bagus. Tak tunjuk potensi sebenar je. Kalau tak bagus tak akan beli diorang. Cuba korek statistik Adam, Downing, dan Henderson musim lepas. Tengok sendiri. Harapnya musim depan diorang ni kembali kepada prestasi asal diorang.

Ramai yang hentam KD lepas perlawanan semalam sebab dia salahkan jadual ketat. Tapi kalau korang baca betul-betul, sebenarnya dia cakap yang Liverpool yang tak mampu nak menguruskan semua tu. Pemain yang ada tak cukup dan tak mampu menghadapi jadual. Liverpool sepatutnya lebih baik daripada itu. Jadi jangan terus nak melenting cakap Kenny bagi alasan tak munasabah. Mungkin itu antara hint daripada KD untuk beli pemain banyak-banyak musim depan atau mungkin dia nak gunakan pemain muda. Siapa tahu? Bagi aku, ada seorang lagenda sebagai pengurus banyak kelebihan. Terutamanya kepada pemain. Aku harap pembinaan semula Liverpool berjalan lancar dan era kegemilangan Liverpool dapat dikembalikan. Apapun, bagi seorang yang lahir pada tahun 86. Aku dah tengok Liverpool menang Piala UEFA dengan jaringan 5-4 macam lawan penalti, Piala Liga yang selalunya berakhir dengan penalti, Perisai Komuniti, UEFA Super Cup dimana Liverpool, pemenang Piala UEFA kalahkan pemenang Liga Juara-Juara, Piala FA Owen yang mencuri piala daripada Arsenal dan Piala FA Gerrard yang menjaringkan gol minit terakhir daripada jarak yang mustahil!, Musim Liga Juara-Juara yang dramatik dan perlawanan akhir yang penuh drama lebih daripada sinetron 200 episod! Jadi aku sanggup tunggu lebih lagi untuk tengok Liverpool jadi juara liga. YNWA.

P/s : ini komen yang aku jumpa kat youtube😉

4 thoughts on “Liverpool 1-2 Wigan. Penampilan sulung Sterling.

  1. aku pon tak mau Daglish dipecat…main dah cantik cuma perlu bijak beli player yang sesuai dengan teknikal

    apa kata penyokong man u tu betul…kalau nak amik benda positif dari mereka, furgeson selalu beli player yang punyai larian yang laju… valencia, nani, young, Hernandez

    cuba bandingkan dengan player Liverpool handerson ( yang pasti dia bukan pemain sayap) tapi kalau dia main tgh pon aku tarik nafas panjang2 dia tak boleh kejar bola mesti lambat 3 atau 4 saat dari pemain biasa…

    kuyt, maxi, bellamy di penghujung karier

    kita bergantung pada downing dan enrique, pada aku larian dia orang boleh tahan laju tapi dia nak deliver bola pada siapa? banyak kali aku tgk enrique terpaksa hold bola dulu..cuba tgk masa dia kat newcastle dulu mcm mana, tak payah banyak cakap cross jer bola…walaupon target man dia masa tu pon Carrol…tapi tang tu aku pelik mana hilangnya skill carrol berbanding ketika di newcastle dulu…

    itu belum tambah adam yang memang dah bina badan

    sebenarnya sejak awal masa pembelian dulu hati aku rasa tak sedap hati… nasib baiklah kita bukan dalam Cl dan boleh beri tumpuan pada piala Liga dan piala FA

    apa pon sesuatu perlu dilakukan harap haraplah tuah menyebelahi kita dalam Piala FA

    YNWA

    • Yup. Liverpool perlu pemain yang laju. Pernah cuba beli tapi tak menjadi..Ryan Babel, Mark Gonzalez…mungkin dah sampai masa cari pemain sayap yang laju atau bagi peluang Raheem Sterling main tengok boleh pegi ke tak

      Carroll kena tunjuk jar balik…suruh dia mintak Crouch ajar. Dulu elok je..mungkin kurang keyakinan. Waktu dia main beruturt-turut nampak dah ok dah. Cuma header tak berapa nak betul.

      Harap musim panas nanti ada tambahan pemain. Skuad yang ada tak cukup lagi. Tak payah jual. Nanti nak main Europa lagi..cup lagi..player lebih takpe jangan kurang. Harap menang satu lagi cup musim ni. Liga tak kisah dah pun. Kalau tak dapat tempat CL tak kira nombor berapa asal jangan relegated.

      YNWA

  2. sekali lg setuju ngn admin. pengurus perlukan masa. ferguson yg kita benci pun perlukan bermusim-musim sebelum berjaya mendapatkan medal epl yg pertama. jangan contohi argentina yang sentiasa bertukar jurulatih dan akhirnya, pemain menjadi kelam walaupun mempunyai pemain terbaik dunia, messi.

    kepada sesiapa yang asyik mahu King Kenny keluar, so your main point is?

    peace ^_^ YNWA!!

    • Betul2…cuma letih sebab sekarang media banyak hentam Kenny untuk lariskan suratkhabar/website diorang. Jadi janganla kita pun hanyut gak dengan mainan media. Kalau dulu ada twitter dan FB, Shankly pun orang nak suruh pecat agaknya…huhu…

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s