QPR 3-2 Liverpool.


Salam dan selamat sejahtera. Walaupun aku tau tak ramai yang akan sibuk cari ulasan perlawanan hari ni aku tetap nak luahkan perasaan kat sini. Tak elok simpan dalam hati..heheh.. Sebelum tu aku nak tau ada tak yang tak dapat tengok perlawanan pagi tadi? Sebab waktu perlawanan sama dengan Man City vs Chelsea dan Arsenal vs Everton. Kepada yang duduk kawasan Bangi, tempat yang aku selalu pergi adalah Al-Fariz Maju di Seksyen 15. Dia ada 2 tv dan boleh buka 2 siaran berbeza. Tapi pesanan aku, pakai baju Liverpool masa nak tengok perlawnaan tu. Sebab? Senang mamak tu nak tengok penyokong mana banyak supaya senang dia tentukan nak pasang perlawanan apa. Contoh macam pagi tadi ada sorang je yang pakai baju Arsenal. Memang tak dapat la kan. Aku memang terkedu tengok Liverpool kalah perlawanan ni. Taktau nak tulis apa. Kat FB ramai la yang bagi pandangan masing-masing. Jadi aku nak kongsi pandangan aku pulak.

Kenny terkejut melihat kekalahan Liverpool (Kredit : goal.com)

Gol dan pertahanan

Tahniah untuk Seb sebab dapat jaringkan gol yang lawa. Tak tau dia boleh dapat gol lawa lagi daripada tu atau tak. Untuk penyerang buat sepakan gunting memang biasa tapi untuk pertahanan yang berketinggian 1.96 meter memang menakjubkan! Kuyt macam biasa pantas menyambar bola muntah hasil rembatan Downing dari jarak dekat. Gerakan bermula apabila rembatan Suarez terkena tiang (lagi?!). Pada mulanya aku ingat ini akan jadi perlawanan biasa untuk Liverpool bila dah mendahului dengan 2 gol. Tapi dalam masa 15 minit QPR dapatkan 3 gol! Kenny tak tahu nak cakap apa. Aku pun terkedu. Penyokong lain kat kedai pun terkedu. Memang rasa marah, kecewa semua ada. Tapi kecewa lagi pemain atas padang dan kecewa lagi Kenny yang duduk tepi padang.

2 gol hasil tandukan dan 1 lorongan mudah untuk mereka. Carra dan Hendo leka untuk gol pertama. Skrtel leka untuk gol kedua dan Enrique buat kesilapan untuk gol ketiga. Kesalahan macam ni biasa berlaku dalam perlawanan bola sepak dan orang biasanya tak ambil kisah kalau masih menang perlawanan tu tapi untuk 3 kesilapan dalam perlawanan yang kalah 3-2 memang nampak sangat teruk. Kesilapan-kesilapan ni pulak berlaku dalam masa yang singkat. Jadi aku faham kenapa ada yang tak dapat kawal kemarahan dan kekecewaan. Aku rindu zaman Houllier. Bolos 4 gol pun boleh menang sebab jaringkan 5 gol😛 Musim ni sama ada bertahan dengan baik tapi tak dapat jaringkan gol atau jaringkan gol tapi pertahanan pulak tak ok.

Pass and Move

Ada orang kata taktik ni ketinggalan zaman. Aku termenung kejap. Kalau taktik ni ketinggalan zaman, cuba bagitahu aku taktik apa yang Kenny guna masa 30 minit awal perlawanan ni? Sebab dalam waktu ni je la yang Liverpool nampak bahaya walaupun tak hasilkan gol. Kenapa 30 minit? Pada pandangan aku semua ni berhenti lepas Kelly dikeluarkan. Dia merupakan seorang pemain bek kanan yang menyerang. Lebih kurang macam Johnson. Dia nampak selesa main laju dan hantaran dia pun bagus. Kalau kaki kanan Downing hidup memang awal lagi Liverpool dah dapat gol hasil hantaran Kelly.  Lepas dia keluar Carra main belah kanan dan Coates di tengah. Dan tak ada lagi larian daripada pemain pertahanan sebelah kanan lepas tu. Tempang sebelah serangan Liverpool.

Pada pemerhatian aku Liverpool belum lagi sepenuhnya main pass and move. Ataupun memang Kenny cuba gabungkan beberapa gaya permainan dalam satu perlawanan. Itu pandangan aku. Sebab tak pernah lagi tengok satu perlawanan penuh/sebahagian besar perlawanan yang Liverpool gunakan strategi yang sama. Mungkin nak cari strategi yang lebih dinamik untuk menghadapi musim BPL yang makin hebat sekarang. Satu lagi, adakah disebabkan Liverpool selalu kalah taktik ni jadi ketinggalan zaman? Barcelona pun guna pass and move apa. Tak ada pulak orang kata ketinggalan zaman? Sebab diorang selalu menang kan? Apapun semua orang ada pandangan sendiri. Sama macam aku.

Pemain mahal?

Ada juga yang komen lagi mengenai harga pemain yang mahal tapi main tak berkualiti. Dulu pemain yang mahal memang selalunya berkualiti. Tapi sedihnya sekarang tak lagi. Disebabkan ada kuota minimum pemain British yang perlu ada dalam kelab harga pemain British semakin mahal tanpa mengira kualiti. Memandangkan Gerrard dan Carragher semakin tua dan mungkin bersara tak lama lagi Liverpool perlu ada beberapa pemain ganti. Jadi mereka perlu buat analisis dan ramalan perkembangan pemain muda sebelum dibeli. Memang betul dengan 35 juta pound tu boleh dapat Lavezzi secara teorinya. Tapi kena ingat. Nak ke kelab dia jual? Nak ke Lavezzi pergi Liverpool? Dan kena ingat, waktu tu Liverpool dalam keadaan tertekan memandangkan penyerang yang disanjung tinggi pergi tinggalkan kelab waktu-waktu terakhir tingkap perpindahan. Jadi sudah-sudahlah komen mengenai harga pemain.  Sekarang Liverpool dah ada asasnya, tinggal nak kukuhkan dengan beberapa pemain bintang je lagi.

Charlie Adam

Aku tak tahu apa dah jadi dengan Adam. Kalau tengok waktu dia main dengan Blackpool dulu memang hebat. Dia lebih kepada attacking midfielder kat sana. Sepakan percuma, sepakan penjuru semua dia. Dan memang lawa dia sepak. Tapi yang mengejutkan aku adalah video dia berlari dan menggelecek pemain lawan. Kagum aku. Kenapa sekarang tak macam tu? Tengok fizikal dia rupanya lain dah. Dah berisi berbanding dulu. Aku tak tau macamana dia boleh tak kena sound pasal berat tu. Sebab aku rasa sekarang dia tak boleh bawak langsung bola tu. Dia lebih sesuai duduk depan pertahanan dan hantar bola jauh untuk serangan kilat. Sebab dia ada kemahiran tinggi untuk buat hantaran jauh dengan tepat. Selagi dia tak kuruskan badan/tukar peranan dalam pasukan, aku tak rasa dia boleh kembali ke prestasi asal.

Tapi mungkin juga penilaian aku dikaburi fakta yang dia jarang diberi peluang ambil penalti, sepakan percuma dan sepakan penjuru. Sebab musim ni je dah 9 kot assist dia. Mungkin dia perlukan masa. Tak perlu jual pemain. Sebab Ian Ayre pun dah cakap, Liverpool tak perlu layak ke Liga Juara-Juara pun sebenarnya. Pelan mereka lebih kepada membina skuad yang hebat. Contoh macam skuad Shankly yang masih mampu menjadi juara walaupun selepas beberapa musim dengan pengurus lain. Itu yang mereka cuba capai.

Penyerang Tunggal

Aku secara seriusnya percaya yang Liverpool tak boleh main seorang penyerang sebab Liverpool tak ada penyerang yang cukup serba serbi untuk main seorang diri. Walaupun berat nak cakap..pemain macam Torres. Sebab Suarez lebih kepada penggerak untuk cipta jaringan. Carroll perlu bola yang betul-betul cantik sampai kepala atau bola rembat padu maut untuk gol. Kuyt dah lebih kepada pemain sayap dan Bellamy tak boleh main selalu. Jadi antara yang perlu di cari pada musim panas nanti adalah penyerang. Satu lagi, Liverpool tak ada pemain tengah menyerang yang hebat. Hanya harap Steven Gerrard seorang. Mana larat dia nak main dengan baik setiap perlawanan?

Urgency

Ini antara apa yang aku tak puas hati dengan cara permainan Liverpool. Setiap kali tengah ketinggalan Liverpool tak nampak macam nak cepat dapatkan gol. Sebaliknya main macam biasa. Hantar ke belakang. Hantar ke bawah. Tak ada pemain buat larian berbahaya. Walaupun tinggal 5 minit!! Aku tak tahu kenapa jadi macam tu. Kalau bagi lagi 20 minit pun mesti tak gol kalau main cara macam tu. Sebab tu aku rasa lagi selamat kalau pasukan lawan golkan dulu. Baru Liverpool ada masa nak kejar dan main bersungguh-sungguh sampai habis perlawanan.

Salah siapa?

Tak perlu kot nak salahkan siapa-siapa sangat. Sebab main satu pasukan. Memang boleh nampak dengan jelas pertahanan buat silap tapi penyerang pun tak jaring gol banyak-banyak kan? Jadi daripada salahkan siapa-siapa baik kita lepak-lepak. Tunggu perlawanan seterusnya dan sokong macam biasa. Tapi sepatutnya waktu susah macam ni la perlu sokong lebih sikit. Tunjuk kat orang yang penyokong Liverpool ni special sikit berbanding penyokong lain😉

p/s : Kalau dah rasa tak berbaloi tengok perlawanan Liverpool pukul 4 pagi tak payah bangun dah tengok. Senang cerita.

2 thoughts on “QPR 3-2 Liverpool.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s