LBM

Lagenda Budak Merah – Bahagian 10


Salam dan selamat sejahtera. Wah..dalam tak sedar dah bahagian 10 dah LBM ni. Dan dalam tak sedar dah 10 minggu sejak aku tulis bahagian pertama. Terima kasih kepada yang sudi membaca terjemahan dan ulasan aku yang tak seberapa ni. Kepada yang ada peluang beli buku autobiografi Steven gerrard ni aku cadang korang beli cepat-cepat😉 Insya-Allah nanti aku akan buat contest sikit untuk LBM ni. Jadi kepada yang sudah membaca teruskan membaca dan teruskan memberi pandangan untuk aku tambah baik tak kira LBM atau blog ini sendiri. Dalam 2 minggu yang lepas aku dah kongsikan cerita Steven Gerrard yang bermain dengan baik sehingga dipanggil untuk menyertai latihan bersama England sebelum dia cedera dan terlepas peluang itu. Dia kemudiannya bermain dengan cemerlang untuk England B-21 dan akhirnya menerima panggilan untuk skuad senior.

"Cap" pertama Steven Gerrard..hehehe.. (Kredit : telegraph.co.uk)

Lagenda Budak Merah – Bahagian 1
Lagenda Budak Merah – Bahagian 2
Lagenda Budak Merah – Bahagian 3
Lagenda Budak Merah – Bahagian 4
Lagenda Budak Merah – Bahagian 5
Lagenda Budak Merah – Bahagian 6
Lagenda Budak Merah – Bahagian 7
Lagenda Budak Merah – Bahagian 8

Lagenda Budak Merah – Bahagian 9

Menjelang pertemuan England dengan Ukraine pada 31 Mei 2000, khabar angin yang Steven Gerrard akan bermain dalam kesebelasan utama England semakin kerap terpampang didada akhbar. Kalau aku berada ditempat dia pasti aku bersorak gembira. Lepas tu gunting semua keratan akhbar tentang diri aku..heheh. Tapi ayah Steven sering menasihatinya setiap kali Steven nampak terlalu memberi tumpuan kepada media. “Jangan percaya semua tu”. “Selagi belum diberitahu teuskan berlatih untuk dapatkan tempat dalam kesebelasan utama”. 2 hari sebelum perlawanan dia dipanggil oleh Keegan. “Kami sedang berlatih corak permainan, taktikal dan lain-lain. Pada Hari Rabu nanti jangan buat macam ni. Saya nak awak buat begini” Kata Keegan sambil menerangkan posisi yang patut diambil oleh Steven. Steven tergamam. Adakah Keegan baru memberikan petunjuk yang dia akan bermain Rabu nanti? Tapi mengingatkan pesanan bapanya dia buat tak endah sahaja dengan hal itu. “Tak mungkin aku dalam kesebelasan utama”. Katanya kepada diri sendiri. Habis sesi tersebut dia menelefon bapanya. “Ayah! Saya mungkin akan bermain Rabu nanti!” Ayahnya teruja, namun dia kemudian mengawal perasaannya. “Mungkin dia terlepas cakap. Atau mungkin bukan itu yang dia maksudkan”. Jadi Steven berlatih seperti biasa keesokan harinya.

Harijadi Steven Gerrard ke-20

30 Mei 2000 merupakan hari yang sukar untuk Steven berlatih. Sebabnya tarikh itu merupakan hari ulangtahun kelahirannya. Dia diberikan layanan istimewa daripada semua rakan England. Hari istimewa itu dimulakan dengan chef Hotel Burnham tempat penginapan mereka itu membuat kek untuknya. Steven berdiri dan meniup semua lilin di atas kek. “Ucapan! Ucapan!” Jerit rakan-rakannya. Dia cepat-cepat duduk dengan muka merah padam. Selepas itu mereka bergerak ke Bisham untuk berlatih. Sewaktu dengan pasukan England mereka boleh membiarkan pintu bilik tidak berkunci kerana England menyewa seluruh hotel untuk mereka. Jadi selepas balik dari latihan, dia berjalan-jalan kebilik lain tanpa mengunci pintu biliknya dan dia mendapat pengajaran yang berharga hari itu. Dia hampir mati..bukan pengsan ye..dia sendiri cakap dia hampir mati apabila dia tengok biliknya bersepah-sepah dan dipenuhi ubat gigi! Dan pada cermin biliknya tertulis “Selamat harijadi si lembut!”. Dia dapat rasakan yang semua ini angkara Fowler dan Owen.

Kemudian dia sedar yang begnya hilang. Dia berlari ke bilik air dan mendapati begnya ada di lantai. Kosong. Segala isi kandungan beg itu telah dimasukkan ke dalam tab mandi dengan paip yang dibiarkan terbuka. Air melimpah membasahi lantai. Berderau darahnya. Dia membongkok mengeluarkan kasut barunya yang sudah berat kerana penuh dengan air. Semua pakaiannya baru dibeli kerana di mahu nampak sesuai apabila dengan pemain England yang lain. Dia tidak mahu melaporkan kepada Keegan yang ada pemain menyepahkan dan memenuhkan biliknya dengan Colgate. Dia membersihkan sendiri biliknya. Dia mencampak kasutnya ke luar tingkap. mengesat kesan colgate dari lantai menggunakan tuala dan menggantung pakaiannya yang basah.

Waktu makan tengah hari semakin hampir. Dia tidak mempunyai pakaian lain selain yang dipakainya sewaktu latihan tadi. Dia langsung tidak mempunyai kasut kerana kasut bolanya dibuka dan ditinggalkan di bawah. Jadi dia menelefon pengurus pakaian England dan dia akhirnya turun dengan memakai sepasang selipar Umbro. Pengurus pakaian England itu turun sebelum Steven dan dia berusaha sedaya upaya untuk menahan gelak. Sewaktu Steven berjalan masuk kedalam ruang makan dia memandang semua orang untuk cuba mengenalpasti siapa yang melakukan jenayah di biliknya tadi. Tapi semua pemain hanya mengangkat muka dan mengangguk sedikit kepadanya dan meneruskan makan. “Sherlock Holmes pun tak akan tahu siapa yang buat!” Katanya dalam hati. Sampai sekarang dia masih percaya yang Fowler merupakan kepala dalam rancangan itu dan McManaman sebagai orang yang bersekongkol dengannya. Hari itu merupakan hari yang tak dapat dilupakan untuknya. Selepas habis berlatih, Keegan menepuk bahunya. “Kamu dah sedia untuk malam esok?”. “Ya. Saya tak sabar dah”. Keegan kemudiannya memandang tepat kemata Steven. “Kamu dalam kesebelasan utama esok”. Steven hampir pengsan! Itu merupakan ayat yang paling dia nak dengar. “Terima kasih bos. Saya tak akan kecewakan kamu”.

Sidang Media England yang pertama

Keegan kemudiannya mengumumkan kepada media yang dah berkampung di luar hotel mereka. Sebaik sahaja mendengar kenyataan dari Keegan, mereka terus meminta untuk menemu ramah Steven. Dia tidak dapat lari kerana semua orang menunggu budak baru England. Dia sangat gugup waktu tu. Rakan-rakannya menjerit mengucapkan selamat berjaya sewaktu dia berjalan melalui lobi hotel. Dia memang takut dengan temurumah. Malah dia sendiri mengaku yang sampai sekarang dia tak pernah rasa selesa bercakap dengan pihak media dan sebenarnya dia tak berapa selesa bercakap dengan orang yang dia tak berapa nak kenal. Pegawai Media Persatuan Bola Sepak England, Adrian Bevington memberitahunya supaya jangan risau tapi dah terlambat. Dia rasa lebih seratus wartawan yang ada di hadapannya ketika itu. Dia tidak mahu mengangkat muka dan mengira sebaliknya dia duduk dan cuba melalui sesi itu dengan baik. “Apa kekuatan kamu?” Tanya seorang wartawan. “Dalam posisi apa?”. Balas Steven dengan yakin. Bunyi macam bongkak tapi Keegan menjelaskan yang keyakinan itu datang daripada kemampuannya. Selepas beberapa ketika dia berjaya menyelinap keluar tapi bertembung pula dengan juru gambar. Akhirnya Bevington mengeluarkan arahan untuk jurugambar. Steven dan Keegan akhirnya bergambar dengan “cap” pertamanya seperti gambar di atas.

Cik Carol Jones yang bertuah mendapat tandatangan Stevie pada tiket ini (Gambar diambil daripada akaun Flickrnya)

Dia juga baru tahu yang topi itu dipinjam daripada Paul Madeley. Seorang pemain serba boleh England pada tahun 1970-an. Memang sesuai kerana dia juga mahu menunjukkan kepada Keegan yang dia mampu bermain dalam pelbagai posisi untuk England sekiranya diperlukan. Satu lagi pengalamannya dengan England adalah pengagihan tiket. Semua pemain England menerima beberapa keping tiket untuk keluarga. Tiket yang mereka terima adalah terhad, jadi dia terpaksa memberitahu seseorang yang mereka tidak dapat tiket. Waktu itu dia tidak mahu meminta tiket lebih kerana dia takut orang mempersoalkan kredibilitinya yang belum pun bermain untuik England. Dia juga tidak mahu bertanya kepada pemain lain andainya mereka ada tiket lebih kerana dia hanya seorang budak baru.

Wembley

Setelah melalui hari yang panjang. Mereka akhirnya dalam bas menuju ke Wembley. Sepanjang laluan penuh dengan penyokong yang menjeritkan ucapan selamat berjaya dan menunjukkan isyarat bagus. Suasana sangat dahsyat walaupun ini hanyalah perlawanan persahabatan. Michael Owen telah memberitahunya mengenai perkara ini seminggu yang lepas. “Tunggu sampai masuk bilik persalinan. Tengok dan dengar. Kamu pasti sukakannya”. Dia tak dapat menggambarkan suasana yang Owen cuba sampaikan. Lagipun dia dah ada pengalaman dengan Anfield. Tapi dengan England suasana stadium berkali ganda lebih dahsyat daripada Anfield. Pemain yang paling kuat bersuara adalah Tony Adams dan Alan Shearer. Shearer merenung semua orang. Dia kemudian menjerit. “Kamu semua dah sedia untuk ini?!”. Dia kemudian mendekati Steven. Mereka kini bertentang mata. “Kamu…dah sedia untuk perlawanan ini?!”. Tanpa berkelip Steven membalas. “Ya saya dah sedia!”. Dia sangat gugup sehingga dia tidak mampu mengikat tali kasutnya! Kebingitan stadium ketika itu boleh sampai ke Kiev! Melalui terowong Wembley adalah sesuatu yang istimewa. Dia boleh nampak cahaya di hujung terowong tersebut. Dan dia boleh dengar sorakan penyokong. Dia hampir tumbang dilanggar kebingitan sorakan penyokong ketika keluar dari terowong.

Penampilan pertama Steven Gerrard untuk England (Dari laman transfermarkt)

Saat pengadil meniup wisel permulaan dia sedar yang perlawanan antarabangsa adalah satu tahap yang lain dari Liverpool. Dia bermain di bahagian tengah bersama McManaman dan Paul Scholes dalam formasi 3-5-2. Pemain Ukrain lebih baik daripada mereka dari segi teknikal. Shevchenko dan Rebrov merupakan pasangan penyerang paling berbahaya ketika itu. Mereka sering melepasi Southgate, Adam dan Campbell jadi Steven perlu menguruskan mereka. Tak hairanlah dalam satu artikel selepas perlawanan memuji Steven yang bertindak sebagai pemain pelindung kepada barisan pertahanan. Berlari di Wembley, menghantar bola kepada pemain kelas dunia seperti Beckham dan merampas bola daripada Shevchenko memang  perasaan yang menakjubkan! England menang 2-0 jaringan Fowler dan Adams. Aku cuba cari highlight perlawanan ni tapi tak jumpa. Kalau ada yang jumpa boleh bagitahu aku boleh aku letak kat sini. Apa yang aku baca memang menunjukkan kesungguhan Steven untuk England. Jadi aku hairan kenapa ada yang mempersoalkan komitmen dia kepada negara sekarang sedangkan selama ni dia dah bagi sepenuhnya dan sampai sekarang tak ada hasil. Apapun, aku tak kisah kalau dia berhenti daripada main untuk England. Lama sikit dia boleh main untuk Liverpool😉

Antara Artikel Selepas Perlawanan

Maklumat pemain daripada tranfermarkt
Keputusan perlawanan antarabangsa England 2000-2004
Galeri gambar daripada BBC (malangnya tak ada gambar SG)
Dari Laman Rasmi FA England
Artikel daripada Guardian

Antara post berkaitan Steven Gerrard yang aku pernah buat😉

Khamis Tanpa Kata #5
Liverpool 3-0 Everton. Kapten Fantas-Trik!
Khamis Tanpa Kata #4
Liverpool 3-1 Newcastle. Suatu Pagi Kapten Kembali.

Sila tinggalkan komen kalau ada apa-apa cadangan atau komen untuk blog atau mana-mana post yang aku buat. Sasaran aku lepas ni adalah untuk buat post berkenaan persatuan-persatuan atau kelab penyokong Liverpool di Malaysia ni supaya kita lebih rapat dan sambil tu aku boleh sebarkan maklumat mengenai kelab-kelab berkenaan. Aku akui yang aku tak pernah sertai mana-mana kelab lagi. Tapi tak pernah terlambat untuk kita mula selagi kita masih bernafas kan? Jadi kepada sesiapa yang ada maklumat berkenaan kelab-kelab ni boleh hubungi aku di emel redderscreepers [at] yahoo [dot] com😉

Klik untuk ke MPHONLINE

7 thoughts on “Lagenda Budak Merah – Bahagian 10

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s