fa cup featured image template

Liverpool 2-1 Stoke. Sekali lagi Wembley!


Salam dan selamat sejahtera. Kepada yang terlepas perlawanan pagi tadi agak rugi la. Aku tau mesti ramai yang tak tengok sebab lawan Stoke kan? Pasukan liat yang selalu main 10 orang dalam kotak penalti. Tapi berbaloi la kepada yang sanggup berjaga ataupun bangun balik tengah malam sebab nak tengok perlawanan ni. Aku tak dapat tengok upacara sebelum perlawanan tapi katanya ada penghormatan untuk Muamba. Kepada yang tak tahu, Fabrice Muamba diserang sakit jantung waktu perlawanan Piala FA antara Bolton dan Spurs. Dia tinggalkan padang dalam keadaan kritikal. Perlawanan diberhentikan oleh pengadil. Sila rajinkan diri untuk google kalau nak tau keadaan dia. Jangan malas2😉

Sokongan untuk Muamba (Kredit : Laman Rasmi Liverpool FC)

Kesebelasan Utama : Reina, Kelly, Carra, Skrtel, Enrique, Downing, Gerrard, Spearing, Maxi, Suarez, Carroll.
Pemain simpanan : Doni, Coates, Kuyt, Adam, Henderson, Flannagan, Shelvey.

Peminat Maxi mesti suka tengok dia dalam kesebelasan utama. Dan dia tak mengecewakan. Dia hampir menjaringkan gol awal waktu dia menanduk bola hantaran Gerrard sedikit tinggi dari palang gol. Liverpool bermula dengan garang. Tapi Stoke yang biasanya main dengan taktik bertahan nampak bersungguh nak cari gol awal. Mereka main hantar dan gerak dengan menarik. Nampak kemas dan kadang kala mengecewakan pemain Liverpool yang kehulu kehilir mengejar bola. Tapi Liverpool yang dapat gol pertama perlawanan menerusi gerakan cantik Suarez. Dia bertukar hantaran dengan Maxi sebelum tenang mengawal dan merembat bola lencong melepasi jangkauan Sorensen. Memang cantik! Lebih kurang dengan golnya menentang Stoke dulu cuma kali ni daripada tengah. Jarang nak tengok Suarez rembat bola daripada jauh ni. Biasanya dia seboleh-boleh nak gelecek sampai masuk dalam jaring. Sampai waktu gol tu ada geng Liverpool yang jerit “Ini baru striker!” Hahah…aku sengih je pasal aku pun setuju apa yang dia cakap tu.

Gol terbaik daripada Suarez (Kredit :Laman Rasmi Livepool FC)

Tapi kesungguhan Stoke akhirnya terbalas walaupun dengan cara yang tak adil. Pengadil memberikan Stoke sepakan penjuru walaupun jelas nampak Shawcross yang menanduk keluar bola dan hasil daripada sepakan penjuru itulah Peter Crouch, bekas pemain Liverpool,  menanduk bola masuk dengan mudah. Tak cukup dengan tu, Reina juga dihalang oleh pemain Stoke dan sewaktu dia buat aduan dia diberikan kad kuning. Memang terbaik la pengadil. Aku memang tak suka dengan Kevin Friend ni. Dia macam dengki sangat dengan Liverpool. Liverpool ada juga dapat peluang lain menerusi rembatan Maxi yang dihalang, sepakan percuma Gerrard yang terkena pemain Stoke, rembatan Kelly yang dihalang sehingga dia cedera dan juga sepakan gunting Carroll yang tinggi melepasi palang. Aku ulang, sepakan gunting Carroll. Heheh..makin dahsyat mamat ni. Liverpool banyak buat cubaan tapi tak banyak yang betul-betul hebat sehinggalah Downing yang memotong kedalam daripada bahagian sayap bertukar hantaran dengan Gerrard (err..lebih kurang la kot…heheh..walaupun macam nasib je dia tahan bola) dan merembat melepasi pertahanan dan penjaga gol.

Downing berlari ke tempat penonton untuk meraikan golnya (Kredit : Laman Rasmi Liverpool FC)

Downing meraikan golnya bersama peminat (Kredit : Laman Rasmi Liverpool FC)

Akhirnya Liverpool dapat keputusan yang mereka berhak dapat! Dengan pengadilan yang teruk dan pemain Stoke yang asyik nak taji kaki orang. Memang puas hati la. Lagi-lagi tengok pemain Stoke yang terbaring sebab nak hentikan Downing tapi tak dapat la der…selamba dia lalu depan semua pemain dan rembat melepasi penjaga gol yang memang tak boleh nak buat apa sangat. Seronok aku tengok dia raikan gol dia dengan penyokong. Kenny lagi la. Macam budak kecik raikan gol-gol semalam. Boleh nampak Liverpool dekat dengan hati dia. Apapun, pagi Khamis nanti ada perlawanan liga lawan QPR pulak. Jadi sementara nak tunggu Khamis boleh la nak raikan dulu kemenangan ni..heheh. Oh ya..kita akan bertemu Everton atau Sunderland dalam perlawanan separuh akhir di Wembley 14/15 April nanti. Kenny yakin Liverpool akan main pada 14 April sebab 15 April merupakan ulangtahun Hillsborough dan tidak ada pihak pernah meminta mereka bermain pada tarikh tersebut. Chelsea pula akan bertemu Spurs/Bolton. Kalau aku mesti la nak Everton. Sebab ada motivasi tambahan untuk Liverpool menang dalam perlawanan ni nanti. Baru semangat main😉

Video gol

Kalau dah kena padam boleh cek kat SINI. Nanti bila dah ada video rasmi aku letak kat sini. Tapi nak lagi puas hati download video highlight ataupun perlawanan penuh. Klik pautan pada menu blog ni kalau nak cari tempat download. YNWA😉

2 thoughts on “Liverpool 2-1 Stoke. Sekali lagi Wembley!

  1. King Kenny cm budak kecik? haha..stuju2. itulah nilai liverpool pada dia. kita sbg pminat dan pengkritik tidak tahu apa dalam kepala legend ni..
    pasni jagn la gatal2 nak condemn dia bila liverpool kalah sebab tgok la pncapaian liverpool tahun ni beb..

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s