Tarikh-Tarikh Penting Dalam Sejarah Liverpool FC – Bahagian 4


Salam dan selamat sejahtera. Kenapa la lawan Stoke hari Ahad? Pukul 12 lak tu. Hari minggu aku biasanya tak ada apa sangat. Maklum la orang bujang yang tak ada arah tujuan…heheh. Jadi benda yang menyeronokkan aku masa hari minggu adalah perlawanan Liverpool. Harapnya boleh sambung senyum lepas lawan Stoke nanti. Minggu ni minggu yang seronok untuk jadi seorang penyokong Liverpool dan peminat Kapten Fantastik, Steven Gerrard yang mengubah sejarah Liverpool dalam perlawanan menentang Everton sebelum ni. Tapi harini aku taknak cerita pasal Everton lagi. Aku nak sambung tarikh-tarikh bersejarah Liverpool. Ini bahagian akhir. Lepas ni aku akan terjemah perincian setiap tarikh tu pulak. Selamat membaca!🙂

Bahagian 1
Bahagian 2
Bahagian 3 

22.02.1991 – Kenny Dalglish yang membimbing Liverpool menjadi juara liga 3 kali daripada 5 musim meletakkan jawatan sebagai pengurus Liverpool.

16.04.1991 – Graeme Souness kembali ke Liverpool selepas 7 tahun untuk menggantikan Dalglish.

18.09.1991 – Liverpool bermain dalam perlawanan Eropah pertama selepas penggantungan 6 tahun. Dean Saunders menjaringkan 4 gol dalam kemenangan 6-1 menentang Kuusysi Lahti di Anfield.

09.05.1992 – Liverpool mengalahkan Sunderland 2-0 untuk mendapatkan gelaran Juara Piala FA ke-5.

18.10.1992 – Ian Rush memecahkan rekod jaringan Roger Hunt dengan menjaringkan gol ke-287 ketika seri 2-2 dengan Man Utd.

05.10.1993 – Robbie Fowler menjadi pemain ke-5 untuk menjaringkan 5 gol dalam satu perlawanan ketika menentang Fulham dalam perlawanan Piala Liga.

28.01.1994 – Graeme Souness meletakkan jawatan selepas melalui tempoh yang sukar sebagai pengurus Liverpool.

31.01.1994 – Liverpool meletakkan kepercayaan kepada ahli Bootroom Liverpool, Roy Evans untuk menjadi bos Liverpool.

30.04.1994 – Kali terakhir untuk The Kop. Selepas Norwich mengalahkan Liverpool 1-0, The Kop diruntuhkan untuk memberi laluan kepada tempat penonton yang berkerusi mengikut garis panduan keselamatan selepas tragedi Hillsborough.

28.08.1994 – Robbie Fowler menjaringkan hatrik menakjubkan menentang Arsenal dalam hanya 4 minit 35 saat dan ini masih lagi kekal sebagai rekod Liga Perdana Inggeris!

02.04.1995 – Roy Evans membimbing Liverpool untuk menang Piala Liga ketika menentang Bolton dimana McManaman memberikan persembahan yang cemerlang.

01.07.1995 – Stan Collymore menjadi pemain Liverpool termahal waktu itu apabila dibeli dengan harga 8.5 juta pound daripada Nottingham Forest.

14.02.1996 – Bob Paisley meninggal dunia.

06.05.1997 – Michael Owen menjadi pemain termuda yang menjaringkan gol dalam sejarah Liverpool. Dia berumur 17 tahun dan 144 hari ketika menjaringkan gol menentang Wimbledon dalam perlawanan kedua terakhir musim itu.

16.07.1998 – Gerard Houllier dilantik sebagai pengurus bersama Liverpool dengan Roy Evans. Liverpool menang 116 daripada 226 perlawanan ketika Evans menjadi pengurus tapi Liverpool gagal memenangi liga. Buat pertama kali dalam Sejarah Liverpool, ahli lembaga Liverpool memutuskan untuk membiarkan 2 pengurus mengendalikan kelab.

04.10.1998 – Insiden paling kelakar dan menyakitkan berlaku di Anfield di hadapan tempat duduk Anfield Road. Phil Babb melanggar tiang gol dengan kuat selepas cuba menhalang gol Pierluigi Casiraghi. ‘Bola’ Babb yang paling teruk sehinggakan ada penyokong yang menjerit – “Jangan gosok mereka Phil! Kira mereka!”

12.11.1998 – Gerard Houllier mengambil alih sepenuhnya setelah Roy Evan meletakkan jawatan.

08.04.1999 – Kelab Liverpool membuka Pagar Laluan Paisley sebagai mengingati Bob Paisley di hadapan tempat duduk Kop di Jalan Walton Breck.

25.02.2001 – Robbie Fowler menjaringkan gol menakjubkan ketika menentang Birmingham dalam Perlawanan Akhir Piala Liga tapi Liverpool memerlukan penalti untuk memenangi piala ini.

12.05.2001 – Waktu terbaik Owen dalam baju Liverpool apabila dia menjaringkan 2 gol untuk mencuri Piala FA daripada Arsenal di Cardiff.

16.05.2001 – Trofi Eropah pertama Liverpool selepas 17 tahun, selepas perlawanan akhir yang dramatik di Stadium Westfalon di Dortmund dimana The Reds mengalahkan Alaves 5-4.

19.05.2001 – Dengan mengalahkan Charlton 4-0 pada hari terakhir musim, Liverpool mendapat tempat ke pusingan kelayakan ke Liga Juara-Juara untuk kali pertama selepas Kejohanan Eropah ditukar ke Liga Juara-Juara pada tahun 1992.

31.08.2001 – Kali pertama dalam sejarah Liverpool membeli 2 orang penjga gol dalam satu hari iaitu Jerzy Dudek dan Chris Kirkland.

13.10.2001 – Gerard Houllier dimasukkan ke hospital kerana sakit dada ketika separuh masa perlawanan Liverpool menentang leeds United di Anfield.

19.03.2002 – Kepulangan Gerard Houllier yang dinanti-nantikan dalam perlawanana penentuan Liga Juara-Juara di Anfield. Liverpool menang 2-0 dan layak ke pusingan berikutnya. Liverpool tewas kepada Leverkusen dalam suku akhir.

11.05.2002 – Liverpool membelasah Ipswich 5-0 dan mengesahkan tempat ditangga ke-2 musim itu, kedudukan terakhir terbaik mereka sehingga kini dalam Liga Perdana Inggeris.

02.03.2003 – Liverpool mengalahkan MU 2-1 di Stadium Millenium dalam perlawanan akhir Piala Liga.

24.05.2004 – Gerard Houllier dipecat selepas 6 tahun di Liverpool.

16.06.2004 – Rafa Benitez menjadi pengurus baru Liverpool.

08.12.2004 – Steven Gerrard menjaringkan salah satu gol terpenting dalam kariernya apabila dia menjaringkan gol ketiga Liverpool ketika menentang Olympiakos membawa Liverpool ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara.

27.02.2005 – Chelsea menafikan impian Liverpool untuk menambahkan koleksi Piala Liga selepas mengalahkan Liverpool 3-2 dalam masa tambahan.

03.05.2005 – Kemungkinan besar gol paling kontroversi yang pernah dijaringkan Liverpool apabila gol Garcia menentang Chelsea dalam perlawanan timbal balik di Anfield selepas seri 0-0 di Stamford Bridge memastikan Liverpool ke Perlawanan Akhir Liga Juara-Juara!

25.05.2005 – Keajaiban Istanbul. Rafa membawa balik Piala Eropah Liverpool yang ke-5 dalam musim pertamanya selepas perlawanan paling menghiburkan dalam sejarah perlawanan Eropah.

13.05.2006 – Liverpool mengalahkan West Ham melalui sepakan penalti dalam Perlawanan Akhir Piala FA. Perlawanan ini dinamakan Perlawanan Akhir Gerrard kerana dia menyelamatkan Liverpool dalam masa-masa kecederaan.

06.02.2007 – G****tt dan H***s memebeli Liverpool daripada David Moores dengan harga 218.9 Juta Pound.

23.05.2007 – Liverpool tewas kepada AC Milan dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara di Athens.

04.07.2007 – Fernando Torres dibeli daripada Atletico Madrid dengan harga 20.2 Juta Pound. Pemain paling mahal tetapi berbaloi Liverpool waktu itu.

06.11.2007 – Liverpool merekodkan kemenangan terbesar dalam Liga Juara-Juara apabila menewaskan Besiktas 8-0!

22.04.2008 – Kemungkinan kesalahan pertahanan paling penting dibuat apabila Riise menjaringkan gol sendiri ada minit ke-90 dalam perlawanan separuh akhir pertama menentang Chelsea di Anfield.

24.05.2009 – Liverpool mengucapkan selamat tinggal kepada pemain hebat, Sami Hyypia dengan mengalahkan Spurs 3-1 dan merekodkan kutipan mata tertinggi dengan 86 mata.

03.06.2010 – Rafa Benitez meninggalkan Liverpool selepas 6 tahun.

01.07.2010 – Roy Hodgson dilantik menjadi pengurus Liverpool.

15.10.2010 – G****tt dan H***s akhirnya dipaksa keluar daripada kelab selepas beberapa kejadian dramatik. New England Sports Venture (bertukar kepada Fenway Sports Group) membeli Liverpool dengan harga 300 juta pound dan menghapuskan semua hutang pembelian Liverpool hasil pemilik sebelum ini, mengurangkan hutang 25-30 juta setahun kepada 2-3 juta setahun.

08.01.2011 – Kepulangan King Kenny. Kenny dilantik sebagai pengurus sementara sehingga musim panas.

30.01.2011 – Fernando Torres menjadi pemain paling mahal dijual Liverpool dengan rekod perpindahan 50 juta pound!

30.01.2011 – Andy Carroll menjadi pemain Liverpool termahal apabila dibeli dengan harga 35 juta pound daripada Newcastle pada hari terakhir tingkap perpindahan Januari.

12.05.2011 – FSG dan Liverpool mengesahkan Kenny Dalglish telah dilantik sebagai pengurus Liverpool dan diberi kontrak 3 tahun.

26.02.2011 Liverpool sekali lagi memerlukan penentuan penalti untuk memenangi Piala Liga menentang Cardiff di Wembley. Liverpool menang 3-2 selepas seri 2-2 dalam masa tambahan. Pertembungan ini menyaksikan pertemuan Steven Gerrard dan sepupunya Anthony Gerrard. Ini merupakan piala pertama Liverpool selepas 6 tahun. 

Terima kasih kerana membaca. nantikan perincian setiap tarikh diatas nanti. Kepada kaum Adam jangan buat-buat tertidur..sila ke Masjid ye!😉

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s