Liverpool 0-6 Ajax


Salam dan selamat sejahtera. Bila masa Liverpool lawan Ajax ni? Untuk kejohanan apa? Korang ingat tak Nextgen Series yang aku cerita  dulu? Liverpool dapat masuk separuh akhir sebab Spurs tarik diri sebab guna pemain yang tak layak bertanding. Baca balik kat SINI.

Pemain bersalaman sebelum perlawanan (Kredit : Laman Rasmi NextGenSeries)

Pemain Liverpool: D Ward, M McGiveron, S Sama, A Wisdom, R McLaughlin, Suso, C Coady, C Roddan, R Sterling, K Adorjan, M Ngoo
Pemain Simpanan: M Regan, T Belford, A Morgan, J Dunn, J Ibe

Perlawanan diadakan awal pagi tadi di Stadium Langtree Park di St Helens. Ajax berkunjung ke England selepas membelasah Barcelona 3-0 di peringkat suku akhir. Skuad Liverpool muda ini dalam prestasi yang baik sebelum perlawanan ini. Tapi sebagaimana yang kita semua tahu. Akademi Ajax memang terkenal dengan penghasilan pemain-pemain hebat seperti Cruyff, Bergkamp, Overmars dan Kluivert sedangkan Akademi Liverpool baru sahaja melalui fasa pembaharuan sewaktu Rafa menjadi pengurus Liverpool.

Kredit : Laman Rasmi NextGenSeries

Liverpool sebenarnya main dengan baik. Cuma penyudah mengecewakan dan seperti pasukan senior…kadangkala terlalu banyak melepaskan bola. Dan lawan mereka kali ini menghukum dengan kejam. Hero Ajax adalah pemain skuad muda Denmark, Viktor Fischer yang menjaringkan hatrik untuk pasukannya. Kapten Ajax yang juga telah bermain untuk pasukan senior dalam Champions League,  Davy Klasen, menjaringkan 2 gol manakala 1 lagi gol dijaringkan Lesley Da Sa.

Penjaga gol menyelamatkan sepakan Suso (Kredit : Laman Rasmi NextGenSeries)

Sepakan penalti Suso diselamatkan penjaga gol pada minit ke-10. Adorjan menyepak tinggi dari jarak 10 ela. Penalti yang tidak diberi. Sepakan Suso mengenai palang. Semuanya menggambarkan kekecewaan mereka. Sama seperti perlawanan-perlawanan pasukan senior baru-baru ni. Tapi bagi aku, ada hikmahnya diorang kalah. Mungkin Kenny akan pilih sorang dua untuk main 10 minit akhir baki perlawanan liga nanti. Harap-harap Steven Gerrard yang turut hadir perlawanan ni akan mencadangkan kepada Kenny untuk panggil Suso dan Sterling main😉

Sumber : Laman Rasmi LFC

p/s – Waktu entri ini dibuat masih belum ada video perlawanan jadi sila lawat Laman Rasmi NextGenSeries selalu kalau nak tengok video tersebut

2 thoughts on “Liverpool 0-6 Ajax

    • paling kurang mesti bawak untuk friendly/warm up game nanti…kalau tak kena main Europa dari pusingan kelayakan la…huhu~

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s