Liverpool 3-0 Everton : Kapten Fantas-Trik!


Salam dan selamat pagi semua. Untuk pengetahuan semua yang terlepas perlawanan ni, korang dah terlepas satu perlawanan bersejarah kerana kapten kesayangan kita, Steven Gerrard telah menjaringkan 3 gol. Ya, 3 gol menentang Everton dalam perlawanan kelab Merseyside awal pagi tadi. Memang rugi kalau terlepas dan lagi rugi kalau memang tak nak tengok perlawanan ni. Rugi. Rugi. Rugi. Ya memang kita bukan dalam prestasi terbaik sekarang tapi perlawanan tadi menunjukkan kemampuan sebenar Liverpool. Cuma perlukan konsistensi dan semangat yang sama untuk semua baki perlawanan musim ni. Apapun, kita tengok apa fakta perlawanan antara kelab Merseyside yang diubah oleh Steven Gerrard malam ni.

1. Liverpool menang 86 daripada 216 pertemuan secara keseluruhan.
2. Tiga gol SG8 menjadikan rekod gol Liverpool kepada 300 dalam semua pertandingan menentang Everton.
3. Kemenangan ini menjadikan kali ke-5 Liverpool menang kedua-dua perlawanan antara kelab Merseyside dalam liga dan kali ke-4 dalam 7 musim.
4. Pemain terakhir menjaringkan hatrik adalah Ian Rush sewaktu dia menjaringkan 4 gol pada November 1982 (Goodison Park). Kini SG8 menjadi pemain terbaru menjaringkan hatrik.
5. Hanya 4, kini 5 pemain sahaja yang pernah menjaringkan hatrik dalam pertemuan kelab Merseyside di Anfield iaitu Harry Chambers (1922), Dick Forshaw (1925), Harold Barton (1933), Fred Howe (1935) dan kini Steven Gerrard (2012).

3 Pertembungan hebat

Dalam entri aku bertajuk Liverpool vs Everton, ada 3 perkara yang Fowler dan aku ulas (Bunyi mcam aku duduk ulas sebelah Fowler je..huhu). Jadi jom tengok apa ulasan tentang 3 perkara ni lepas perlawanan.

Gerrard dan Fellaini

Steven Gerrard main dengan baik malam ni. Seperti yang aku kata, Liverpool terlalu bergantung kepadanya hingga keputusan Liverpool bergantung kepada prestasinya dalam perlawanan. Tapi dalam perlawanan ni dia nampak cergas dan penuh semangat. Aku ramal dia skor 3 gol tapi hasil dari rembatan jarak jauh, sepakan percuma dan penalti tapi aku gembira aku salah. Harap dia teruskan semangat macam ni dalam perlawanan lain. Gol pertama dia memang cool! Gol kedua mengingatkan aku Liverpool yang dulu dan gol ketiga mengingatkan semua pasukan lain yang Liverpool memang berbahaya sekiranya buat serangan balas.

Suarez dan Heitinga

Suarez dah mula cuba merembat walaupun tak berapa berjaya. Tapi dia masih banyak melakukan gerakan menarik dan kali ni Steven Gerrard ada untuk menyudahkannya. Kalau tak perlawanan ni akan jadi sama dengan perlawanan yang selalu seri dan kalah. Tiada penyudah. Yang paling aku respek adalah Suarez yang tak kedekut walaupun dia ada peluang untuk jaringkan gol. Sedangkan dia sendiri dalam misi cari gol dan ramai orang mula harapkan dia jaringkan sebiji dua termasuklah aku.

Carragher dan Jelavic

Betul kata Fowler. Kebijaksanaan Carra membaca perlawanan juga penting. Tapi dengan serangan yang kurang daripada Everton, ramai boleh pertikaikan lagi. Tapi perlawanan lawan Everton ni lain. Terutamanya bagi pemain dari Liverpool dan pemain tempatan yang lain.

Jadi kesimpulannya 3 pemain Liverpool ini lebih hebat daripada lawan mereka. Pemain lain juga menunjukkan persembahan yang baik. Terutamanya kelly. Walaupun selalu terperangkap kerana sibuk menyerang, Carra dan Spearing selalu ada sebagai pembantu. Dia mempunyai peluang untuk menjaringkan 2 gol tak silap aku. pertama dari hantaran rendah Downing dan satu lagi tolakannya dari sebelah kanan yang sipi-sipi lagi nak masuk. Dan hasil rembatan dialah yang menyebabkan Howard menahan bola dan kembali kearahnya sebelum bola sampai ke kaki Steven Gerrard untuk gol ke-2. Enrique juga terbaik malam ni. Kekuatan dia memang tiada tandingan. Cuma sekali pemain Everton terlepas kerana tergelincir. Kalau korang perasan semua pemain tengah Liverpool adalah pemain tempatan. Hendo, Gerrard, Spearing dan Downing. Hendo perlu belajar lagi bab hantaran tapi bagi aku dia nampak ok dalam perlawanan ni. Spearing cemerlang menjaga pertahanan daripada selalu diasak dan Downing macam biasa dengan hantaran-hantaran yang merbahaya. Tapi yang aku kelakar apabila Carroll turun menjadi pertahanan dan pemain perancang..heheh..lagi hebat daripada dia main penyerang. mungkin dia kecewa tak menjadi duduk atas jadi dia turun membantu. Tahniah sebab ada inisiatif untuk bantu pasukan😉

Kepada yang tak tengok jangan cakap banyak. Sila cari video highlight atau perlawanan penuh. Download dengan segera. Cari dalam pautan di bahagian menu. Sekian dulu. YNWA. Owh..Aku baru teringat, tadi ada fan MU yang tengok sekali. Punyalah ‘sayang’ dia kat Liverpool. Waktu Everton serang sibuk nak sorak. Waktu kena terus tak dengar suara..heheh…

Video Highlight (Kalau dah remove mintak maap ye..aku tak ada depan laptop sehari ni..rasenya). Aku amik dari Kelab Peminat Liverpool Malaysia. Sila LIKE diorang kat FB.

Ni lagi satu in case yang tadi dah remove.

4 thoughts on “Liverpool 3-0 Everton : Kapten Fantas-Trik!

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s