Liverpool vs Everton


Salam dan selamat sejahtera. Pagi nanti Liverpool menerima kunjungan dari kelab setempat, Everton. Seperti yang aku katakan sebelum ni, kalau tak mahu kecewa jangan terlalu berharap. Harapan terlalu tinggi musim ni selepas kembalinya Kenny yang sebenarnya menyebabkan ramai ‘penyokong’ akhirnya meminta Kenny berhenti. Kenny dah cakap, banyak perkembangan dari aspek lain. Kewangan Liverpool semakin stabil dan berkembang. Akademi semakin mantap. Dan senyuman dah kembali ke Liverpool. Ingat balik keadaan sebelum ni, Liverpool hampir lingkup disebabkan 2 orang yang namanya tak layak disebut disini. Apapun, harapnya ada sesuatu yang akan membuat kita tersenyum pagi esok.

Untuk mempersiapkan diri dan membakar semangat jom kita tengok video perlawanan setempat Merseyside paling dramatik yang dikumpulkan oleh wartawan Sportsmail ni di dailymail.co.uk

Liverpool 3-1 Everton | Perlawanan Akhir Piala FA, 1986

Pertama kali Liverpool bertemu Everton dalam Perlawanan Akhir Piala FA. Pertembungan 2 kelab yang dipuncak kehebatan mereka di Wembley. Everton mendahului dnegan gol daripada Lineker. Tapi Rush menjaringkan gol sebelum dan selepas gol daripada Craig Johnston.

Liverpool 3-2 Everton | Perlawanan Akhir Piala FA, 1989

Dalam keadaan penuh emosi, beberapa minggu selepas tragedi Hillborough, mereka bertemu lagi di Wembley dalam perlawanan akhir yang lebih kepada perlawanan persahabatan. Aldridge menjaringkan gol yang disangkakan akan memenangi piala untuk Liverpool tapi Stuart McCall menjaringkan gol sebelum wisel tamat ditiup. Rush meletakkan Liverpool dihadapan sebelum McCall menjaringkan gol hebat untuk menyamakan kedudukan. Rush menjaringkan gol keduanya untuk memenangi perlawanan ini.

Everton 4-4 Liverpool | Pusingan kelima Piala FA, 1991

Merupakan perlawanan terakhir sebelum Kenny Dalglish meletakkan jawatannya dahulu. Peter Beardsley dan Graeme Sharp masing-masing menjaringkan 2 gol sebelum gol tandukan Rush disamakan oleh Tony Cottee yang pernah bermain untuk Selangor pada musim 1996-1997. John Barnes meletakkan Liverpool dihadapan dalam masa tambahan sebelum Tony Cottee sekali lagi menyamakan kedudukan untuk Everton.

Everton 2-3 Liverpool | 2001

Emile Heskey meletakkan pelawat didepan tapi Duncan Ferguson membalas untuk Everton sebelum Markus Babbel meletakkan Liverpool dihadapan selepas separuh masa kedua dimulakan. Robbie Fowler gagal menjaringkan penalti. David Unsworth tidak mensia-siakan penaltinya dan Everton mengikat kedudukan 2-2 dengan 7 minit lagi baki perlawanan. Gary McAllister menjaringkan gol sepakan percuma 40 elanya yang terkenal dipenghujung perlawanan.

Everton 3-0 Liverpool | 2006

Everton mencatatkan kemenangan terbesar mereka keatas Liverpool untuk 42 tahun dan kali kedua dalam 14 perlawanan setempat. Tim Cahill memberikan gol untuk The Toffees dipertengahan separuh masa pertama dan Andrew Johnson menggandakannya sebelum tamat separuh masa pertama. Tuntutan penalti daripada Liverpool ditolak. Reina gagal mengawal rembatan Carsley dan secara tak sengaja menolak bola untuk ditanduk oleh Johnson.

3 Pertembungan Utama

Selain daripada ni, Fowler juga ada membuat artikel eksklusif untuk Dailymail dimana dia membuat pemerhatian terhadap 3 pertembungan yang bakal berlaku pagi nanti.

3 Pertembungan Utama oleh Robbie Fowler di Dailymail

Gerrard dan Felaini

Pandangan Fowler – Fellaini menyerlah kerana rambutnya tapi dia lebih dari sekadar gaya rambut yang menarik. Apabila dia bermain dengan baik, Everton bermain dengan baik. Walaupun ramai mempersoalakn 13 juta yang dibelanjakan untuknya pada tahun 2008, prestansinya telah membuktikan harganya itu.

Saya mengenali Steven dan dia tak akan risau dengan ancaman Fellaini. Apa yang dia akan fikir adalah permainannya sendiri dan bagaimana dia mahu membawa Liverpool kehadapan. Dia seorang yang hebat dan apa yang dia berikan dalam perlawanan ini akan mempengaruhi keputusan.

Pandangan aku – Aku harap perlawanan ni SG8 lebih bersemangat. Sebelum ni dia nampak kurang cergas sebab baru baik daripada kecederaan. Aku harap Liverpool boleh bagi reaksi yang baik sekiranya pemain lawan mengawal SG8 pagi nanti. Pemain lain boleh gunakan peluang ni untuk mencipta atau menjaringkan gol. Jangan terlalu mengharapkan SG8. Dan mungkin sewaktu pemain lawan mula menukar strategi kawalan, SG8 akan muncul wira dengan gol dari jarak jauh, sepakan percuma dan penalti. Aku tak kisah yang mana dulu..heheh…

Suarez dan Heitinga

Pandangan Fowler – Suarez kadangkala nampak mudah berang tapi itu hanya kerana dia seorang yang mementingkan kesempurnaan. Dia merupakan pemain Liverpool paling menarik dalam 12 bulan ini. Dia merupakan bakat yang menarik dan sekiranya dia banyak mendapat bola malam ini akan menjadi malam yang panjang untuk Everton.

Tetapi konsistensi Heitinga tak boleh diambil ringan. Tak lama dulu dia mempunyai reputasi untuk membuat kesalahan bodoh tapi bakatnya tidak boleh dipertikaikan. Dia tidak akan dikelirukan oleh Suarez.

Pandangan aku – Suarez memang main dengan menarik. Aku akui itu yang penyokong suka tengok. Tapi dengan Liverpool yang kurang menjaringkan gol musim ni dah sampai masa Suarez jaringkan lebih banyak gol. Mungkin sekali sekala dia boleh biar pemain lain yang buat hantaran dan umpanan ke kawasan gol lawan.  Mungkin dia juga boleh mencuba lebih lagi dari luar kawasan penalti. Kadang-kadang nampak dia terlalu mencuba untuk bawa bola sampai kedalam gol. Aku tak kisah kalau bola tu masuk dalam gol tapi kebanyakan gerakan tu berakhir dengan kekecewaan.

Carragher dan Jelavic

Carra merupakan pemain yang luar biasa. Saya ada dengar orang cakap yang dia tak selaju dulu tapi itu tidak penting. Dia sentiasa ada keupayaan untuk berfikir 2 langkah dihadapan penyerang yang berhadapan dengannya dan dia sangat pandai membaca perlawanan. Dia sangat suka perlawanan setempat ini dan selain dari hendak menang perlawanan ini,dia juga hendak menang perlawanan peribadinya sendiri

Jelavic telah memulakan kariernya di Everton dengan baik. Dan saya teruja melihat golnya ketika menentang Tottenham. Walaubagaimanapun, perlawanan ini akan menjadi ujian yang sangat berlainan daripada itu.

Pandangan aku – Aku tahu ramai yang tak harap Carra main termasuklah aku. Tapi memandangkan ini perlawanan menentang Everton, Coates berkemungkinan besar akan gugup dan melakukan kesilapan. Biarlah pemain tempatan bermain untuk perlawanan ini sebab mereka ada kemahuan yang lebih untuk menang.

YNWA.

One thought on “Liverpool vs Everton

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s