Sunderland 1-0 Liverpool. Liverpool tak bermaya.


Salam dan selamat sejahtera. Kita kalah lagi. Aku ingat hari ni Liverpool akan teruskan main macam waktu lawan Arsenal cuma berharap kali ni Liverpool dapat jaringkan gol. Aku silap. Aku ingat kalau main teruk tak sedih sangat kalau kalah tapi aku silap lagi. Nasib baik perlawanan Selangor tak ada siaran langsung. Kalau tak mau meroyan aku malam tadi. Jadi apa yang perlu kita buat sekarang?

Bendtner bijak mengambil peluang (Kredit : sportsmole)

Teruskan menyokong macam biasa. Cuma kalau boleh jangan letak harapan yang tinggi. Aku rasa tak ada apa yang nak diharapkan lagi dalam liga sebab sekurang-kurangnya kita dah pasti ke Liga Europa musim hadapan hasil kemenangan Piala Liga. Jadi bila kita tak mengharap sangat tak lah kecewa kan? Harapnyalah. Jadi baki perlawanan ni aku hanya berharap Liverpool dapat bermain dengan baik. Bukan harap menang. Cuma harap main macam waktu lawan Arsenal. Adakah aku akan kecewa juga? Mungkin. Tapi kurang la daripada mengharap menang kan? Lagipun kita masih ada Piala FA untuk dimenangi😉

Liverpool sangat tak konsisten musim ni. Selepas persembahan menarik ketika menentang Arsenal, Liverpool main dengan tak bermaya menentang Sunderland. Aku tahu diorang ni lawan kelab besar lebih bersemangat tapi ini sangat menyedihkan. Gol yang Sunderland dapat hasil jaringan Bendtner yang menolak mudah bola yang melantun keluar selepas rembatan Campbell terkena tiang dan Reina. Tapi yang aku geram tiada siapa yang memberi tekanan kepada Campbell sebelum tu. Bila penyerang dah rembat dari jarak yang agak dekat memang susah la nak harap penjaga gol.

Aku tahu atas kertas Bellamy, Kuyt dan Suarez nampak menarik tapi aku dah pernah cakap dalam bolasepak memang tak menentu. Liverpool boleh masuk 15 pemain sekalipun atas padang tapi kalau main dengan tak bermaya memang takkan kemana. Sunderland lebih bersemangat. Tengok dari berita yang ada kat internet sebelum perlawanan dengar macam bersemangat je semua pemain nak ubah nasib. Tapi atas padang kekok je semua. Kalau korang cari statistik perlawanan boleh tengok berapa banyak lepas bola bagi pihak lawan. Sangat banyak.   Sunderland pulak lepas dapat gol terus bertahan gila-gila. Penyokong boo Suarez dari mula lagi dan aku memang menyampah dengar. Tak tau apa perasaan Suarez sendiri. Penyokong pasukan lawan semua tau dia paling bahaya. Sebab tu agaknya diorang cuba psiko Suarez. Coates pulak nampak kekok. Mungkin sebab jarang main. Tak kisah la tu.

Untuk melegakan kepala otak yang tengah panas ni aku cuba fikir balik. Musim ni Liverpool merupakan pasukan dengan kadar jaringan/percubaan paling teruk sekali dalam liga! Tapi Liverpool masih dapat 1 piala walaupun kecil. Dan Liverpool masih dalam kelompok 7 pasukan teratas. Taklah teruk sangat kan? Dan Liverpool hanya ada Suarez, Carroll dan Bellamy yang tak mampu beraksi terlalu kerap. Kuyt pula lebih kepada pemain sayap. Macamana Liverpool boleh kekal dalam kelompok atas pun aku taktau dengan 3 penyerang.

Musim ni musim penuh Kenny yang pertama. Jadi musim ni lebih kepada membuat perubahan. Mungkin sebab tu Liverpool tak konsisten. Mungkin. Kalau betul Kenny tak akan jual pemain musim panas nanti aku harap semua pemain akan lebih bersemangat dan balas kepercayaan Kenny pada diorang. Tapi aku sangat-sangat berharap pemilik Liverpool akan masuk campur untuk suruh Kenny beli pemain. Sebab Kenny dan Comolli nampaknya macam taknak beli pemain lagi musim panas nanti. Aku masih nak Kenny jadi pengurus Liverpool. Tapi aku harap dia kembalikan Liverpool kepada gaya permainan seperti musim 1989-1990 dulu. Tapi perubahan memerlukan masa yang lama. Jadi aku kena bersabar dulu nampaknya buat masa ni.

Untuk pengetahuan, pasukan Liverpool B-18 tahun menang 3-1 menentang Sheffield Wednesday dan masih dalam perlumbaan untuk menjadi juara kumpulan C. Gol dijaringkan Lussey, Dunn dan Morgan. Liverpool di belakang MU dan masih ada baki 5 perlawanan lagi. Aku masih berharap ada pemain muda yang akan diberi peluang untuk main. Sebab pemain tua semua macam tak bersemangat dah. Lagipun takleh jadi teruk daripada ni dah aku rasa. Sterling ngan Suso paling aku nak tengok. YNWA.

2 thoughts on “Sunderland 1-0 Liverpool. Liverpool tak bermaya.

  1. Seronok la dapat jalan-jalan dengan family…timing pun baik je time game yang tak sedap tengok…heheh…teruk gile bang main…apapun betul la abang cakap…sebab sejarah la ramai yang kekal sokong Liverpool..YNWA.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s