Tarikh-Tarikh Penting Dalam Sejarah Liverpool FC – Bahagian 3


Salam dan selamat sejahtera geng. Esok lawan Sunderland tapi nak melangut tunggu sampai esok pun tak syok gak kan? Jadi harini aku nak teruskan perkongsian tarikh-tarikh bersejarah Liverpool bahagian ketiga. Selamat membaca tapi jangan selamat tertidur. Kang semua bos petik nama aku dalam mesyuarat..huhu..Aku akan cerita lebih lanjut setiap tarikh ni tapi kalau korang tak sabar boleh google sendiri😉 Oh..ada satu video aku selitkan untuk satu tarikh bersejarah kali ni. jadi sila baca sampai habis..er..takpun tengok je terus video tu..heheh.

25/11/1964 - Kali pertama Liverpool memakai pakaian serba merah (kredit liverpoolfc.tv)

01.12.1959 – Liverpool melantik Bill Shankly sebagai pengurus Liverpool, menyambung tugas Phil Taylor

14.12.1959 – Shankly mengambil alih secara rasmi setelah kontraknya tamat di Huddersfield

19.12.1959 – Perlawanan pertama Shankly sebagai pengurus Liverpool tapi jauh dari permulaan yang baik setelah tewas 0-4 kepada Cardiff.

31.08.1960 – Penampilan terakhir Billy Liddell untuk Liverpool dalam Divisyen 2 ketika menentang Southampton. Tiada pemain lain yang membuat penampilan dengan Liverpool lebih banyak daripadanya dengan jumlah 534 penampilan, mengalahkan rekod Elisha Scott dengan 468 penampilan.

22.07.1961 – Shanks mendapatkan Ron yeats yang menjadi kaptennya untuk 10 tahun

21.04.1962 – Setelah 7 tahun dalam Divisyen 2, Liverpool kembali ke Divisyen 1 dengan baki 5 perlawanan lagi!

18.04.1964 – Liverpool menang liga untuk kali ke-6 setelah penantian 17 tahun dengan kemenangan 5-0 keatas Arsenal di Anfield

22.08.1964 – Program match of The Day yang pertama dari BBC menayangkan kemenangan 3-2 Liverpool keatas Arsenal di Anfield

25.11.1964 – Liverpool berpakaian serba merah buat pertama kali menentang Anderlecht dalam pusingan pertama Piala Eropah (European Cup) yang sekarang dikenali dengan Champions League. Menurut Ian St. John “Shankly menganggap warna itu akan membawa kesan psikologi – Merah untuk bahaya, Merah untuk kuasa!

01.05.1965 – Liverpool menang Piala FA untuk pertama kali dalam sejarah kelab. Bill Shankly berkata “Orang dewasa menangis ketika itu dan perasaan ketika itu adalah perasaan paling hebat yang boleh dirasai melihat apa yang kami telah lakukan. Ada banyak saat-saat membanggakan. Saat hebat dan indah tapi hari itu (kemenangan Piala FA) merupakan hari paling hebat”

12.05.1965 – Liverpool terkeluar dari saingan sulung Piala Eropah (European Cup. Kini Champions League) dalam peringkat separuh akhir. Menang 3-1 di Anfield untuk perlawanan pertama, Inter mengalahkan Liverpool 3-0 setelah merasuah pengadil!

30.04.1966 – Liverpool menjuarai Divisyen 1 buat kali ke-2 bawah pimpinan Bill Shankly dengan mengalahkan Chelsea 2-1 di Anfield.

07.11.1967 – Roger Hunt memecahkan rekod jaringan Gordon Hodgson dengan menjaringkan gol ke-242 nya menentang TSV Munich

18.01.1969 – Gol Roger Hunt di Chelsea menjadikannya penjaring terbanyak kelab dalam perlawanan Liga Bolasepak, memecahkan rekod sebelum ini oleh Gordon Hodgson yang menjaringkan 233 gol dalam 358 perlawanan liga.

15.11.1969 – Program Match of the Day oleh BBC disiarkan dalam warna buat pertama kali. Anfield dipilih sekali lagi, sama seperti pemilihan untuk tayangan pertama dalam hitam-putih 5 tahun lalu. Liverpool mengalahkan West ham 2-0.

21.02.1970 – Liverpool dikalahkan oleh kelab Divisyen 2, Watford dalam peringkat suku akhir Piala FA. Ini merupakan keputusan yang membawa kepada pemecahan pasukan Liverpool yang cemerlang pada pertengahan tahun 1960-an. Bill Shankly membuat persediaan untuk membina satu lagi pasukan terbaik untuk mengahadapi awal 1970-an

08.05.1971 – Liverpool kalah 1-2 kepada arsenal dalam Piala FA. Shankly menyampaikan ucapan Pengerusi Maonya diluar St. George’s Hall. “Tuan-tuan dan puan-puan, semalam di Wembley kita mungkin tewas mendapat kan piala tapi kamu semua menang dalam semua aspek yang lain…kamu telah menguasai..[tepukan] kamu telah memenangi hati pasukan polis London, kamu memenangi hati penduduk London dan boleh dipersoalkan adakah Pengerusi Mao mampu menunjukkan kekuatan sepertimana yang kamu lakukan semalam dan hari ini”

10.05.1971 – Kevin “Mighty Mouse” Keegan sampai di Liverpool dengan harga 33,000 pound dari Scunthorpe. Keegan akhirnya mencapai populariti yang tak pernah dicapai di Liverpool.

08.07.1971 – Shankly menandatangani kontrak baru selama 3 tahun bersama Liverpool yang akhirnya menjadi kontrak terakhirnya bersama Liverpool

08.05.1972 – Kemenangan di Arsenal akan membawa kejuaraan liga ke Anfield buat kali ke-8. Tapi Liverpool hanya seri 0-0. Leeds kalah 2-1 kepada Wolves pada petang yang sama. Jadi Derby County yang telah habis bermain waktu itu menjadi juara liga buat pertama kali.

23.04.1973 – Setelah 7 tahun menanti tanpa gelaran liga, Liverpool memenanginya dengan mengalahkan Leeds 2-0 di Anfield. Bill Shankly lega setelah kemarau Liverpool berakhir. “Saya rasa kita boleh panggil diri kita Juara sekarang. Saya gembira untuk pemain, untuk kelab dan khususnya untuk penyokong yang sekali lagi membuktikan yang mereka adalah yang terbaik dalam dunia”

23.05.1973 – Liverpool mengalahkan Gladbach dengan aggregat 3-2 dalam perlawanan timbal balik perlawanan akhir Piala EUFA setelah hampir-hampir menyerahkan kelebihan 3 gol yang dibawa dari Anfield

04.05.1974 – Salah satu perlawanan akhir Piala FA yang paling berat sebelah (dari segi keputusan) apabila Liverpool mengalahkan Newcastle 3-0 di Wembley

12.07.1974 – Dunia bolasepak dan seluruh Liverpool dikejutkan dengan berita pengumuman persaraan Bill Shankly sebagai pengurus Liverpool

26.07.1974 – Bob paisley dilantik sebagai pengganti Shankly

17.09.1974 – Kelab Norway, Strømsgodset menjadi mangsa kemenangan terbesar Liverpool dengan jaringan 11-0!

04.05.1976 – Liverpool menjadi juara liga dengan 1 mata dihadapan QPR setelah mengakhiri musim lalu (musim pertama Paisley) di tempat ke-2

19.05.1976 – Liverpool menang Piala EUFA mengalahkan FC Bruges dengan aggregat 4-3 setelah mengalahkan Bruges 3-2 di Anfield sebelum itu

16.03.1977 – Salah satu perlawanan Eropah paling dramatik pernah dialami oleh Anfield. Liverpool memerlukan gol ke-3 untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir dan David Fairclough mendapatkannya pada minit ke-84 di hadapan Kop. Sama macam gol Gerrard lawan Olympiakos kan?😉

14.05.1977 – Liverpool mendapatkan kejuaraan ke-2 dibawah Paisley. Lawan paling hebat musim itu, Manchester City dibelakang Liverpool dengan 1 mata

21.05.1977 – Manchester United mengalahkan Liverpool 2-1 di Wembley. Piala FA merupakan satu-satunya piala besar yang tak pernah dimenangi oleh Paisley

25.05.1977 – Liverpool menang Piala Eropah (European Cup) untuk pertama kali di Rom.

10.08.1977 – Kenny Dalglish dibeli dari Celtic dengan rekod perpindahan antara kelab British, 440,000 pound

22.03.1978 – Nottingham Forest mengalahkan Liverpool dalam perlawanan ulangan perlawanan akhir Piala Liga di olt Trafford. Ian Callaghan diberikan kad kuning yang pertamanya sepanjang bermain untuk Liverpool

10.05.1978 – Liverpool memenangi Piala Eropah (European Cup) untuk kali kedua berturut-turut, kali ini di Wembley dengan bola lambung dari Kenny Dalglish yang menamatkan musim pertamanya dengan cemerlang

02.09.1978 – Kemungkinan gol paling hebat pernah dijaringkan Liverpool oleh Terry McDermott dalam perlawanan bermakna di Anfield. Liverpool mengalahkan Spurs 7-0. Michael Charters menulis dalam Liverpool Echo “Pernahkah anda dengar 50,000 berdengung (erk..yeke berdengung?) kegembiraan? Penonton di Anfield melakukannya sepanjang perlawanan melihat Liverpool menolak bola ke sana ke mari dengan gerakan satu sentuhan dengan ketepatan yang menakjubkan. Pasukan Liverpool ini bermain secara menyerang dengan lebih baik dan menarik dari mana-mana pasukan yang pernah saya lihat selepas perang”

08.05.1979 – Setelah memberi peluang kepada lawan mereka untuk setahun dalam liga, Liverpool menang gelaran Juara Liga ke-11 setelah menewaskan Aston Villa 3-0 di Anfield. Liverpool mengakhiri musim dengan 8 mata dihadapan Nottingham Forest

01.05.1980 – Ian Rush dibeli dengan harga 300,000 pound! Rekod perpindahan ketika itu untuk seorang remaja

03.05.1980 – Liverpool menang liga untuk kali kedua berturut-turut mengalahkan Aston Villa di Anfield. Man Utd ditinggalkan 2 mata di belakang

31.01.1981 – Rekod tanpa kalah di Anfield selama 85 perlawanan lebur. Dibawah pimpinan Paisley, Liverpool tak pernah kalah di Anfield selama 3 tahun dari 7 Feb 1978 hingga 31 Jan 1981! 69 menang dan 16 seri. 63 dalam liga. 9 perlawanan Piala Liga, 6 perlawanan Piala FA, 6 perlawanan Piala Eropah dan 1 Piala Super. Liverpool menjaringkan 212 gol dan bolos 35.

01.04.1981 – Kenny Dalglish dan Alan Hansen menjaringkan gol dalam kemenangan 2-1 keatas West Ham sewaktu Liverpool menang Piala Liga buat pertama kali dalam perlawanan ulangan di Villa Park

27.05.1981 – Piala Eropah dimenangi di Paris. Satu lagi sejarah untuk Liverpool dan pengurusnya Bob Paisley, pengurus kelab British pertama memenangi Piala Eropah (European Cup) sebanyak 3 kali

29.09.1981 – Shankly meninggal dunia di Hospital Broadgreen selepas diserang sakit jantung di rumahnya

30.09.1981 – Penjaring gol terhebat Liverpool sepanjang zaman, Ian Rush menjaringkan gol pertama daripada 346 golnya ketika menentang Oulu Palloseura dalam pusingan pertama Piala Eropah (European Cup) di Anfield. Rush telah bermain 9 perlawanan tanpa menjaringkan gol

13.03.1982 – Ronnie Whelan dan Ian Rush menjamin kemenangan Piala Liga kedua berturut-turut dalam masa tambahan ketika menentang Spurs di Wembley

15.05.1982 – Selepas menamatkan musim 1980-1981 di tempat ke-5, Paisley telah membuat perubahan dalam asas pasukannya dan selepas 20 kemenangan daripada 25 perlawanan dalam bahagian kedua musim, Liverpool menang liga dengan jarak 4 mata

24.08.1982 – Pengerusi Liverpool, Sir John Smith mengumumkan yang Paisley tidak lagi mahu menjadi pengurus pasukan selepas tamat musim yang akan datang. Pengurus paling berjaya Liverpool akhirnya menjadi pengarah kelab dan kemudian orang kanan Kenny Dalglish

26.08.1982 – Pagar Shankly dibuka oleh balunya, Nessie

06.11.1982 – Rushie melengkapkan apa yang boleh dikatakan sebagai pencapaian terhebat untuk seorang pemain Liverpool dalam Merseyside Derby dengan menjaringkan 4 gol dalam kemenangan 5-0 di Goodison Park

26.03.1983 – Liverpool menang Piala Liga untuk 3 tahun berturut-turut. Kenangan indah untuk Bob Paisley apabila kapten, Graeme Souness menjemputnya menaiki tanga Wembley untuk menjulang piala. Kali pertama lelaki pemalu ini dalam perhatian semua orang dan dia memang berhak untuk itu

30.04.1983 – Liverpool tewas 0-2 kepada Spurs tapi pencabar terdekat, MU hanya mampu seri dengan Norwich dan ini bermakna MU tidak lagi dapat menyamakan atau melepasi kutipan mata Liverpool. Ini merupakan kejuaraan Liverpool yang ke-6 dari 9 musim dibawah pimpinan Bob Paisley. Liverpool masih ada baki 3 perlawanan. Tapi Paisley tidak gembira dengan Liverpool yang kalah 5 kali dan seri 2 kali dalam 7 perlawanan terakhir mereka. “Ingatan saya semakin teruk. Saya dah tak ingat bila kali terakhir kami menang”

01.07.1983 – Joe Fagan mengambil alih dari Paisley. Dia hanya ada 25 tahun pengalaman sebagai jurulatih di Liverpool!

24.09.1983 – Phil Neal membuat penampilan ke-417 berturut-turut untuk Liverpool yang masih lagi menjadi rekod kelab. Neal cedera dalam perlawanan menentang MU di Old Trafford ini dan tak dapat bermain untuk perlawanan seterusnya. Kali pertama dia tak bermain sejak 14 Disember 1974!

29.10.1983 – Ian Rush menjaringkan 5 daripada 6 gol menentang Luton di Anfield

28.03.1984 – Setelah Liverpool dan Everton seri 0-0 di Wembley untuk perlawanan akhir Piala Liga, Graeme Souness menjaringkan gol yang cantik untuk memenangi perlawanan ulangan di Maine Road

12.05.1984 – Joe Fagan memenangi liga pada musim pertamanya di Liverpool apabila Liverpool mendapat 1 mata di Notts County dalam perlawanan kedua terakhir mereka. Southampton ditempat kedua kurang 3 mata daripada Liverpool yang mengutip 80 mata

30.05.1984 – Piala Eropah (European Cup) yang ke-4 dimenangi di Rom selepas penentuan melalaui sepakan penalti yang mendebarkan menentang AS Roma di Stadium Olimpico

29.05.1985 – 39 orang mati di Stadium Heysel di Brussels sebelum perlawanan akhir Piala Eropah (European Cup) antara Liverpool dan Juventus

30.05.1985 – King Kenny menjadi pengurus-pemain yang pertama dalam Divisyen 1 Liga Inggeris

20.06.1985 – EUFA menggantung Liverpool dan semua kelab Inggeris dari kejohanan Eropah kerana tragedi Heysel. Liverpool digantung 6 tahun. 1 tahun lebih lama daripada kelab lain

03.05.1986 – Kenny Dalglish yang merupakan pemain-pengurus waktu itu menjaringkan gol kemenangan menentang Chelsea di Stamford Bridge untuk menjadi juara liga. Everton 2 mata di belakang Liverpool

10.05.1986 – Ian Rush menjaringkan 2 gol dalam kemenangan 3-1 keatas Everton dalam perlawanan setempat Merseyside yang pertama dalam perlawanan akhir Piala FA

05.04.1987 – Liverpool kalah buat pertama kali dalam 145 perlawanan yang mempunyai jaringan Ian Rush. Arsenal mengalahkan Liverpool 2-1 dalam perlawanan akhir Piala Liga

01.07.1987 – Ian Rush dijual ke Juventus dengan harga 3.2 juta pound menjadikannya pemain termahal yang pernah dijual oleh Liverpool waktu itu

17.10.1987 – John Alridge menjaringkan gol ke-10 berturut-turut dalam liga ketika menentang QPR dan masih lagi kekal sebagai rekod kelab

20.03.1988 – Selepas kekal tanpa kalah selama 29 perlawanan berturut-turut, Liverpool kalah kepada Everton 0-1. Liverpool menyamai rekod Leeds pada tahun 1973/1974. Arsenal memecahkan rekod tersebut pada musim 2003/2004 dengan kekal tanpa kalah sepanjang musim

13.04.1988 – Pencabar liga Nottingham Forest diberi tunjuk ajar di Anfield dengan Liverpool menang 5-0. Lagenda, Sir Tom Finney seronok melihat permainan Liverpool. “Ia merupakan permainan terbaik saya lihat sepanjang saya bermain dan menyaksikan bola sepak. Kamu takkan nampak yang lebih baik dimana-mana pun termasuk Brazil. Pergerakan yang mereka lakukan sangat hebat”

23.04.1988 – Liverpool menang gelaran liga dengan berbaki 4 perlawanan. Liverpool 9 mata dihadapan MU di tempat ke-2

14.05.1988 – Wimbledon menghalang kutipan berganda Liga dan Piala kali kedua untuk Dalglish di Wembley

18.08.1988 – Liverpool mengejutkan media dan penyokong dengan membawa balik Ian Rush dari Juventus selepas hanya setahun berpindah ke sana

15.04.1989 – Tragedi paling buruk dalam sejarah Liverpool. 96 orang penyokong mati akibat kecederaan di Hillsborough

20.05.1989 – Liverpool menguasai Everton 3-2 dalam perlawanan setempat Merseyside paling baik dalam perlawanan akhir Piala FA. Ian Rush menjaringkan 2 gol selepas Stuart McCall menyamakan kedudukan untuk Everton sebanyak 2 kali

26.05.1989 – Liverpool 3 mata dihadapan Arsenal dengan perbezaan gol 65-26 (+39) sedangkan Arsenal dengan 71-36(+35). Dalam perlawanan penentuan juara di Anfield, Pemain Arsenal, Michael Thomas menjaringkan gol kedua Arsenal (Arsenal menang 2-0) dalam minit ke 91 untuk mencuri gelaran juara liga

12.11.1989 – Pencapaian yang unik dalam sejarah penjaring gol Liverpool apabila pemain gantian, John Aldridge masuk dan terus berlari ke kotak penalti untuk mengambil sepakan dan menjaringkannya! Liverpool menang 9-0 menentang Crystal Palace di Anfield dalam perlawanan terakhir Aldridge sebelum berpindah ke Real Sociedad

15.04.1990 – Nessie Shankly memperkenalkan memorial Hillsborough di Anfield

28.04.1990 – Liverpool memerlukan 4 mata daripada 3 perlawanan akhir mereka untuk menang liga. Liverpool mengalahkan QPR 2-1 selepas ketinggalan dengan jaringan Rush dan Barnes. Pencabar terdekat, Aston Villa hanya seri 3-3 dengan Norwich jadi Liverpool menang kejuaraan liga kali ke-18 dalam sejarah mereka. Aston Villa berada 4 mata di belakang Liverpool tapi hanya mempunyai baki 1 perlawanan berbanding 2 perlawanan untuk Liverpool

Sekian dulu bahagian ni. Mata aku pun dah berpinar-pinar. Petang Jumaat dah la memang mengantuk. Tambah lak dengan layan sejarah Liverpool. Memang tongkat mata dengan pencungkil gigi dah ni. Apapun harap korang seronok membaca. Kalau ada salah terjemah boleh sound aku kat bahagian komen. YNWA

One thought on “Tarikh-Tarikh Penting Dalam Sejarah Liverpool FC – Bahagian 3

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s