featured image template

Liverpool 1-2 Arsenal.


Salam dan selamat sejahtera. 5 hari aku tak menulis dalam blog ni rasa macam dah setahun. Rasa bersalah pun ada, bila aku tengok ada orang yang masih lawat blog ni sedangkan aku tak ada buat entri baru. Minggu lepas aku sangat sibuk dengan Hari Produktiviti ICT TNB di Bangsar. Jadi memang aku tak sempat nak buat apa. Aku cuma dapat tulis Bahagian 7 untuk LBM je. Jadi maaf la ye. Memandangkan tajuk entri harini seperti di atas, terpaksa la aku tulis juga walaupun dengan hati yang berat.

Kredit gambar : Laman Rasmi Liverpool FC

Perlawanan dengan Arsenal merupakan perlawanan wajib menang untuk Liverpool sekiranya nak bermain dalam Champions League musim depan. Tapi malangnya, Liverpool tewas di tangan Robin van Persie. Bukan Arsenal. Hanya RVP. Sebelum perlawanan aku sangat yakin Liverpool menang. Liverpool tak ada masalah lawan dengan pasukan-pasukan atasan macam Arsenal dan aku harap masalah kadar penyudah/percubaan Liverpool tak akan menjadi masalah untuk perlawanan ni. Tapi RVP menghancurkan semuanya. RVP merupakan pemain yang Liverpool tiada.Seorang penyerang yang hebat. Yang mampu menjaringkan 2 gol daripada 2 percubaan. Tak kira mengawal permainan atau tidak. Tak kira mereka banyak percubaan atau tidak tapi sebaik sahaja dia mendapat hantaran, dia menjaringkan gol. Dia mengingatkan aku kepada Torres yang dulu. Dia sering nampak macam tak minat untuk bermain. Duduk diam dalam padang sementara pemain lain sibuk menyerang. Tapi tiba-tiba…Bamm! Gol!!! Macam ada butang on/off. Malangnya, musim ni pemain Liverpool tak jumpa butang on.

Steven Gerrard dan Piala Liga di Anfield sebelum perlawanan (Kredit : Laman Rasmi Liverpool FC)

Sebelum perlawanan, Steven Gerrard yang tak main sebab cedera berarak keliling Anfield memegang Piala Carling. Walaupun sekejap tapi cukup bermakna untuk semua penyokong Liverpool, di Anfield mahupun di rumah. Dah lama tak rasa menang piala. Biar orang nak panggil Mickey Mouse cup ke apa. Sebab diorang pernah menang piala ni dan selalu gak kalah piala ni. Tapi waktu untuk bersuka-ria dah tamat. Liverpool perlu tumpukan pada liga dan Piala FA. Langkah pertama, perlu menang perlawanan ni. Liverpool bermula dengan baik. Downing ada peluang untuk dapatkan gol awal kalau kaki kanan dia tak mati macam kayu. Tapi apa yang aku nampak, Liverpool main dengan baik. Banyak serangan yang dilakukan. Pergerakan sangat menarik. Liverpool dapat penalti dan aku dapat rasa yang Liverpool akan menang dengan jaringan yang banyak. Tapi Kuyt yang selalunya cemerlang dengan penalti gagal lagi kali ni. Dan cubaan untuk menolak masuk bola muntah juga diselamatkan oleh penjaga gol Arsenal. Tekanan awal yang berterusan keatas pemain Arsenal akhirnya membuahkan hasil. Pada minit ke-23, Arsenal bolos dengan gol sendiri oleh Koscielny hasil lorongan laju dari Henderson di sebelah kanan.

Aku kecewa dengan penalti Kuyt (Kredit : Laman Rasmi Liverpool FC)

Liverpool meneruskan rentak permainan mereka tapi Arsenal yang dapat mencari gol penyamaan melalui tandukan RVP yang memang tak boleh diselamatkan. Sebabnya? Carragher. DIa bagi peluang kepada RVP untuk bergerak kehadapannya dan menanduk bola masuk dengan mudah. Aku rasa dah sampai masa bagi peluang pada Coates untuk main. Carra dah boleh simpan untuk perlawanan piala. Agger-Skrtel-Coates akan jadi pemain pilihan untuk pertahanan tengah. Liverpool masih mengawal permainan pada separuh masa ke-2. Banyak gerakan merbahaya tapi penyudah Liverpool memang mengecewakan. Tambah lagi 2 tiang dalam rekod Liverpool musim ni. Dan peluang yang Kelly dapat depan gol menceritakan segala-galanya. Lorongan dari kanan hanya perlu disentuh untuk masuk tapi memandangkan ini Liverpool, bola melalui celah-celah kakinya dan keluar. Banyak lagi peluang lain yang disia-siakan. Boleh cari highlight untuk tengok. Aku tak sanggup dah. Akhirnya RVP menghukum Liverpool dengan volley yang menewaskan Reina. Waktu tu aku menjerit sekuat hati. Rasa nak sepak semua benda yang aku boleh sepak. Kecewa sebab banyak peluang untuk mendahului 3,4 gol.

RVP Pemusnah (Laman Rasmi Liverpool FC)

Rumusan

Apa yang aku nak cakap kali ni ialah bagaimana reaksi semua orang tentang perlawanan ni. Ada yang salahkan pemain, salahkan Kenny sebab buat pertukaran lambat dan salahkan nasib. Bagi aku pemain dah buat yang terbaik. Ini perlawanan terbaik Liverpool musim ni dan Liverpool kalah. Mungkin betul cakap Kenny. Liverpool kena belajar menang dengan buruk. Main cantik tak menjanjikan kemenangan. Aku ada baca Comolli cakap Liverpool tak akan berbelanja besar penghujung musim ni dan Kenny kata tak ada pemain akan dijual. Aku faham. Mereka nak kembangkan pemain sedia ada dan cuma tambah seorang dua pemain sahaja. Mungkin menjadi dan mungkin tak. Kalau Liverpool nak kembangkan pemain sedia ada nampaknya kita mungkin akan main sama seperti musim ni. Kena tabah tunggu Liverpool balik ke prestasi tertinggi dan aku rasa projek ni akan ambil masa yang saaaaangat lama. Aku masih berharap Liverpool akan mula gunakan pemain muda musim ni.

Ramai yang kata peluang Liverpool ke Champions League dah berakhir jadi Kenny perlu gunakan peluang ni untuk eksperimen. Untuk menetapkan taktik dan strategi yang dia akan gunakan musim depan. Macam-macam formasi dan strategi yang Kenny dah guna musim ni. Ada masa Liverpool main macam Barca dan ada masa main macam budak sekolah. Jadi ini peluang terbaik untuk bereksperimen. Gunakan semua pemain yang ada. Beri pemain muda peluang bermain. Kita dah pasti ke pusingan kelayakan Europa League. Jadi aku puas hati untuk tempat ke-5 atau 6 tapi bukan 7. Musim lepas Liverpool di tempat ke-7 jadi perlu lebih baik dari musim lepas (sekurang-kurangnya dalam kedudukan liga). Jadi harapan aku adalah nak tengok Sterling, Coady, Suso atau Texeira main dalam baki perlawanan Liverpool musim ni. Aku tak rasa boleh jadi lagi teruk daripada prestasi Liverpool sekarang jadi tak rugi Liverpool cuba.

Memandangkan harapan ke Champions League sangat tipis kalau tak terkubur pun, Liverpool masih dalam misi memburu Piala FA. Aku pasti Kenny akan mementingkan perlawanan menentang Stoke nanti. Dan Kenny perlu merangka strategi yang sangat-sangat bagus untuk merobek gawang pasukan yang selalu bertahan 11 orang dalam kawasan sendiri dan kalau boleh nak susun semua pemain dalam gol. Aku boleh berpuashati kalau Liverpool dapat satu lagi piala dan dapat tempat ke-5/6. Musim depan boleh mula balik dari 0. Aku harap tak ada strategi negatif dari Kenny. Liverpool perlu menyerang dari minit 1 sampai 90+. Pemain Liverpool sangat tak konsisten musim ni. Satu perlawnan main ok. Lepas tu teruk. Jadi mustahil untuk Kenny pilih pemain yang betul untuk setiap perlawanan. Tapi dia boleh tukar pemain pada separuh masa sekiranya tak bermain dengan baik. Ditukar waktu separuh masa mempunyai kesan kepada pemain. Ia sesuatu yang teruk. Tapi untuk menyampaikan mesej yang tegas kepada pemain, Kenny perlu buat dengan harapan pemain yang ditukar dan pemain lain sedar diri dan main dengan baik.

Aku rasa cukup la setakat ni je dulu. Minggu depan Liverpool akan menentang Sunderland di tempat mereka. Satu pasukan yang akan sentiasa diingati sejak insiden bola pantai. Aku harap Liverpool boleh bangun balik dan menang perlawanan ni. YNWA.

Gol perlawanan + penalti yang tak masuk (Video masih wujud sewaktu entri dibuat)

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s