LBM

Lagenda Budak Merah – Bahagian 7


Salam dan selamat sejahtera. Terima kasih sebab sudi singgah di blog ni sekali lagi. Aku masih lagi mengantuk dan seronok penangan tengok kemenangan Liverpool di D’Stall Corner Ahad lepas. Tapi memang berbaloi. Kepada yang terlepas boleh baca cerita D’Stall aku di SINI. Minggu lepas aku dah kongsikan cerita perlawanan-perlawanan awal Steven Gerrard dalam kerjayanya di Liverpool. Kepada yang terlepas bahagian-bahagian sebelum ni boleh klik pautan di bawah atau klik LBM di menu bahagian atas blog ini.

Steven sewaktu berusia 18 tahun🙂

Lagenda Budak Merah – Bahagian 1
Lagenda Budak Merah – Bahagian 2
Lagenda Budak Merah – Bahagian 3
Lagenda Budak Merah – Bahagian 4
Lagenda Budak Merah – Bahagian 5
Lagenda Budak Merah – Bahagian 6

Gazza muda-muda dulu...

Kali ni aku nak ceritakan tentang pemain yang jadi idola untuk Steven, Paul Gascoigne yang dikenali dengan nama Gazza. Biasanya bila sebut tentang idola, kita tahu yang seseorang itu mesti terpengaruh dengan gaya atau personaliti seseorang yang mereka minati. Sama juga dengan Steven. Sebab itu aku buat keputusan untuk ceritakan kisah ini. Supaya kita tahu dari mana terbentuknya Steven Gerrard, kapten Liverpool sekarang. Kali pertama Steven berjumpa dengan Gazza adalah pada tahun 1999 ketika menentang Middlesborough di Anfield. kali pertama mereka bertembung dan Gazza menghadiahkan siku untuk Steven. Tepat ke soket mata kirinya. Waktu itu perlawanan baru berlangsung selama 36 saat dan dia belum sempat menyentuh bola pun. Sampai sekarang dia masih tidak tahu kenapa. mungkin kerana Gazza dengar orang kata yang dia bakal jadi pemain England dan mahu mengingatkan Steven tentang tempatnya sebagai pendatang baru. Atau mungkin sebagai hadiah sempena kedatangan ke dunia sebenar.

Kali berikutnya Gazza mendapat bola, Steven berlari sekuat hati. Dia mahu buat terjahan. Tak berjaya. Steven tak berjaya untuk mendekatinya pun. “Mengejar Gazza bagaikan mengejar hantu” Kata Steven menggambarkan keadaannya ketika itu. Kali kedua dia berjaya mendapatkan bola. kali ini Gazza pula mengejarnya. Dia mengejarnya dengan laju. Steevn cuba meloloskan bola dicelah kaki Gazza. Dia masih merasakan dirinya gila waktu itu kerana cuba untuk melepasi pemain England paling berkemahiran dengan cara itu. “Duduk diam-diam! Apa kau nak buat ha?!” Jerit Gazza kepada Steven. Tetapi selepas perlawanan dia mendekati Steven. Dia menggosok kepala Steven dan meletakkan tangan di bahunya. “Kau pemain yang bagus. Teruskan.” Bayangkan seseorang seperti Gazza memuji seorang pemain berumur 19 tahun yang merupakan pemain pilihan ke-3 utnuk posisinya ketika itu. Mesti Steven bangga gila waktu tu.

Steven menganggap lebam dimatanya ibarat medal yang dimenangi dari pertempuran. Dia inginkan satu lagi kenangan dari Gazza. Bajunya. Tapi dia takut. Mungkin kerana Gazza telah menyiku matanya dia akan disuruh berambus dari situ. Dia takut untuk bertanya. Dia berasa pelik untuk meminta baju orang selepas menghabiskan 90 minit untuk mengejar dan menerjah orang itu. Steven membesar atas kegemilangan Gazza. Dia membaca buku Gazza. Dia membeli baju England Gazza. Antara barang paling berharga miliknya ialah video Gascoigne’s Glory. Dia telah menonton video itu berjuta kali. Waktu awal penampilannya untuk Liverpool, ramai yang menganggap Steven sebagai seorang pemain tengah bertahan. Tapi setiap kali latihan dia cuba menjadi Gazza. Sekarang dia lebih Gazza dari waktu dia bermula dulu. Dia mungkin tak sehebat Gazza dari segi kemahiran tapi dia ada sesuatu yang Gazza tak ada seperti ketahanan.

Sewaktu mereka bertembung di Anfield karier Gazza sedang menurun. Sangat sedih apabila mengenangkan karier seseorang yang istimewa sepertinya merudum. Tetapi dia cuba mengingati semua yang baik tentang Gazza. Cara dia melepaskan diri dari orang yang menjaganya. Cara dia menggelecek bola dan gol-gol hebatnya. Antaranya ialah rembatan padu maut! OK…ini antara trait yang diwarisi oleh Steven dari Gazza. Suka hati je aku nak mewariskan kemahiran orang ke orang lain kan? Tapi serius…persamaan dua pemain ni memang boleh nampak.

Sepakan percuma Gazza (Minit ke 2:15)

Sepakan percuma Steven

Satu lagi adalah ketika Gazza menjaringkan gol menentang Scotland dalam Euro 96. Dia mempunyai kawalan bola, sentuhan dan penyudah yang sangat hebat mengikut Steven. Dia seorang genius. Seorang genius yang pelik. Steven tak pernah percaya semua berita buruk yang pernah dia dengar berkenaan Gazza kerana dia terlalu meminatinya.

Video dokumentari pendek Gazza.

Wiki Gazza

OK. Aku tau kali ni aku lebih banyak kongsi kisah dan video Gazza berbanding Steven. Tapi untuk kenal Steven kita kena kenal sumber inspirasi dia. Gaya permainan orang yang dia sanjungi. Kalau korang cari lagi video-video Gazza korang akan nampak persamaan-persamaan mereka. Mungkin ada antara ahli keluarga korang yang lebih tua dari aku pernah tengok Gazza main dan boleh jelaskan kenapa Gazza sangat istimewa. Boleh tanya ahli keluarga masing-masing dan mungkin ada cerita menarik untuk korang. Tak ada apa yang lebih menarik dari berbual berkenaan bola sepak dengan ahli keluarga sendiri terutamanya dengan ayah sendiri jadi tutup browser internet dan habiskan masa dengan ahli keluarga korang sekarang🙂 Sekian dulu untuk kali ni. Jumpa lagi minggu depan. YNWA.

Klik untuk ke MPHONLINE

10 thoughts on “Lagenda Budak Merah – Bahagian 7

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s