carling cup final featured image

Cardiff 2-2 Liverpool AET (2-3 pen) @ D’Stall Corner


Salam dan selamat sejahtera. Dua hari dah berlalu sejak Perlawanan Akhir Piala Liga. Jadi, mustahil ada penyokong Liverpool atau bola sepak yang tak tahu keputusan perlawanan tersebut. Banyak ulasan dan analisis yang telah dibuat beserta ratusan jika bukan ribuan gambar dan video yang tersebar di internet. Jadi entri aku kali ni lebih kepada perkongsian pengalaman menonton perlawanan ni di D’Stall Corner, Kelana Jaya.

Hujung minggu aku dimulakan dengan kurang baik sebab kaki aku cedera lepas layan futsal pada jumaat malam. Hari Sabtu aku masih boleh berjalan tapi pagi Ahad kaki makin teruk. Jadi aku makan ubat yang diberikan doktor dari pagi sampaila waktu perlawanan. Alhamdulillah menjelang perlawanan kaki aku dah mula sembuh tapi dengan kesan sampingan. Perut aku rasa tak sedap. Rasa nak muntah. Aku buat tak tahu je dengan perut aku. Waktu aku, adik dan kakak aku sampai di D’Stall lebih kurang pukul 9 malam, hujan masih turun lagi. Jadi kitorang pun duduk di bahagian berbumbung depan gerai burger Mr. Junior dengan 2 orang kawan aku yang dah sedia menunggu kat situ.

Macamana aku boleh hadap benda ni 5 jam tapi tak makan pun aku tak tau. Dah balik mula la terbayang...

Kitorang makan nasi lemak ayam rempah dan nasi goreng pattaya. Sambal nasi lemak dia pedas. Tapi memang sedap la. Baru puas hati makan peluh-peluh. Kena pula air teh O suam. Berpeluh aku walaupun tengah hujan. Memang terbaik. Antara gerai yang ada kat situ adalah gerai nasik lemak ayam rempah, burger Mr. Junior(grilled burger) dan Char Kuey Teow. Itu yang aku nampak la. Taktau pulak kalau ada yang lain lagi. Rasa macam nak cuba semua je malam tu. Tapi aku hanya sempat makan nasi lemak ayam rempah dan char kuey teow. Itupun waktu sebelum perlawanan dan waktu tamat separuh masa pertama. Tak syok la kalau makan sambil tengok bola. Bila tengok ramai-ramai ni kena bayar sebaik sahaja makanan sampai untuk memudahkan semua orang sebab bila dah ramai nanti takut bersesak-sesak pulak kalau nak bayar.

Disebabkan sampai awal, waktu tu Arsenal tengah lawan Spurs. Jadi kitorang pun layan je la dengan harapan Spurs kalahkan Arsenal. Baru 4 minit Spurs dah skor. Ada harapan nak kalah Arsenal ni. Lepas tu Spurs skor lagi. Semua bersorak. Tapi lepas tu Arsenal skor 5 biji gol!! Pelik aku. Rasuah ke apa Spurs ni?😛 Tapi yang aku lagi pelik kenapa ada yang bersorak bila Arsenal skor? Bukan yang datang semua penyokong Liverpool ke? Takkan tak tahu kedudukan dalam liga sekarang macamana? Chelsea, Arsenal, Newcastle dan Liverpool tengah rebut tempat ke-4. Hmm…Jangan salah paham. Aku pun syok tengok gol RVP yang cun tu. Tapi bukan la bersorak amacam penyokong Arsenal. Aku masih bagi kredit pada gol yang lawa-lawa. Tapi ntahla…lain orang lain cara kot…

Ultras bersiap sedia untuk beri sokongan padu...

Menjelang pukul 11 malam penonton yang datang mula ramai. Jalan depan kedai pun dah mula tutup. Dipenuhi meja dan kerusi yang baru diletakkan untuk penonton yang baru tiba. Kemeriahan mula terasa. Dekat hujung jalan aku tengok Geng Ultras Liverpool Malaysia dah pasang banner mereka. Kerusi-kerusi diagihkan kepada yang baru tiba. Ada yang hanya berkerusi tanpa meja. Geng Ultras pula lebih ramai yang berdiri daripada duduk aku rasa. Tapi semangat mereka memang tak berbelah bahagi. Kitorang ada jumpa Rashid (nama FB : shade jalil). Kitorang pernah jumpa kat KLIA masa sambut Liverpool Julai tahun lepas. Geng Liverbird. Sempat la dia perkenalkan persatuan Liverbird dan dia bagitahu kitorang ada Timbalan Menteri yang turut datang sokong Liverpool.

Penyokong Liverpool : Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato' Saifuddin Bin Abdullah(kiri) yang turut hadir menyaksikan perlawanan di D'Stall Corner...

Pukul 12. Perlawanan bermula. Riuh rendah suasana waktu tu. Dan penyumbang suara yang utama adalah geng Ultras. Sejak mula lagi diorang dah nyanyi macam-macam lagu…YNWA, When The Reds Go Marching in, Fields of Anfield Road dan macam-macam lagi. Yang aku paling respek, diorang bersorak macam Liverpool main depan mata dan berharap sorakan tu boleh menaikkan semangat pemain. Tak kira waktu menyerang atau waktu bertahan. Waktu Cardiff jaringkan gol pertama ramai yang tersentak. Pertahanan tertidur sekejap. Walaupun aku rasa masalah bermula dari bahagian tengah yang tak jaga pemain menyebabkan Agger terpaksa tinggalkan pemain yang dijaga untuk hentikan sebarang cubaan untuk merembat dari jauh. Enrique terlambat membaca gerakan Agger dan tak membantu menjaga pemain lawan yang mudah menolak bola melepasi Reina. Sejak dari tu ramaila yang mula suarakan perasaan dan pendapat masing-masing. Dan mangsa malam tu tak lain tak bukan Hendo dan Carroll. Hendo nampak tak dapat sesuaikan diri dengan suasana perlawanan. Nampak gugup. Carroll bagi aku bermain macam biasa. Cuma kurang menyengat malam tu.

Aku dengan kakak dan adik aku...belakang tu Ultras tengah bersorak🙂

Separuh masa pertama tamat dengan jaringan 0-1 dan aku melepaskan rasa kecewa pada sepinggan char kuey teow..heheh…layan gak char kuey teow dia. Waktu tu sempat gak beli pewangi kereta yang selalu bentuk pokok krismas tu tapi yang ni bentuk baju Liverpool. Walaupun bukan design baju yang tepat tapi beli la jugak untuk kenangan. RM10 untuk 4 keping. Layan. Separuh masa kedua lagi meriah dengan adanya jaringan Skrtel dan Kuyt serta gol penyamaan Cardiff. Setiap kali Liverpool skor geng ultras nyalakan flare. Kalau bawak bunga api besi cap kucing tu best gak kan..heheh. Skrtel memang terbaik malam tu. Aku rasa dia sikit je belakang Downing untuk pemain terbaik perlawanan. Kuyt pulak jadi supersub. Masuk menggantikan Carroll. Carroll pun dah cuba sedaya upaya tapi tak berhasil jadi giliran Kuyt dan dia membuktikan dia boleh bermain dengan baik sekiranya dipanggil masuk.

Aku, Azhar, Liza dan Kakak aku...

Waktu Kuyt jaringkan gol ramai yang  lega. Tapi ramai juga tak senang duduk tengok Liverpool main bertahan. Member sebelah aku, Azhar pun gelisah semacam je. Dan akhirnya kerisauan mereka ternyata berasas apabila Cardiff menjaringkan gol penyamaan waktu separuh masa kedua masa tambahan hampir tamat melalui jaringan yang mudah hasil kecuaian pemain Liverpool sewaktu sepakan sudut. Permainan akhirnya ditentukan melalui sepakan penalty. Daripada senarai Gerrard, Adam, Kuyt, Downing dan Johnson aku yakin Gerrard dan Adam je yang skor tapi terbalik. Yang tiga orang last tu yang skor. Tahniah la penjaga gol Cardiff dapat selamatkan penalti Gerrard. Memang hebat. Tak percaya korang tengok lagi sekali. Tak pernah aku tengok penalti macam kali ni. Daripada 10 orang yang sepak, 1 diselamatkan dan 4 lagi tersasar. Hanya 5 yang masuk dan Liverpool dapat 3 daripada tu.

Sesaat sebelum kedai bergegar...dari rakaman video aku...

Aku ada video tapi mungkin aku masukkan kemudian. Saiz besar dan internet perlahan..huhu..waktu penalti terakhir tu memang bergegar kedai dibuatnya. Semua orang bersorak. Menjerit. Menari-nari. Ada yang bersalam. Ada yang berpeluk. Macam-macam aku tengok waktu tu. Seronok. Bola memang untuk menyatukan. Tak kira la sokong pasukan mana. Bukti depan mata. Jadi jangan la ada pihak yang nak rosakkan benda yang baik ni. Janganlah ada pihak dengki yang nak gunakan alasan patriotisme lagi untuk memecah belahkan penyokong Liverpool. Pergi kacau penyokong pasukan lain pulak. Lepas perlawanan tu aku sempat ambil gambar dengan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato’ Saifuddin Bin Abdullah. Sempat ambil video waktu penyampaian piala dan medal sekejap dan terpaksa balik sebab esoknya aku kerja.

Gambar selepas penalti dari video yang aku rakam...

Aku sampai ke Bangi lebih kurang pukul 4 pagi. Nasib baik baju dah bergosok dan beg semua dah kemas. Sentuh je kepala kat bantal terus tak sedar apa. Nasib baik tak terlajak tidur. Waktu kat tempat kerja pagi tu memang ngantuk gila. Macam biasa, aku jadi PANDA lagi. Waktu petang pulak ada taklimat keselamatan. Memang seksa. Tapi bagi aku sangat-sangat berbaloi pergi tengok di D’Stall Corner. Meriah macam tengok dekat stadium. Kepada yang belum pernah pergi sila pergi. Boleh tengok-tengok di Laman Facebook D’Stall Corner. Sekian dulu dari aku. Mungkin kita jumpa kat D’Stall untuk perlawanan akhir piala FA lak lepas ni😉

Highlight perlawanan

Kompilasi Menarik Kempen Piala Liga Liverpool

Sila ke saluran Liverpool di Youtube untuk video-video rasmi😉

Galeri Gambar Perlawanan Akhir Piala Liga :-
itv | metro | guardian | whoateallthepies | Laman FB Liverpool | Laman Rasmi Liverpool 1 | Laman Rasmi Liverpool 2

Gambar sewaktu perlawanan akhir di Galeri Gambar D’Stall

p/s : Aku tau ramai penyokong pasukan lain yang bising lepas perlawanan. Cakap Liverpool nasib baik la…memalukan sebab kena sampai penalti baru dapat menang walaupun lawan pasukan lemah. Bagi aku senang je. Pasukan lemah tu sampai final. Pasukan korang? Memang Cardiff main dengan bagus pun. Tak ada apa yang nak malu. Sebab tu diorang sampai ke final.

6 thoughts on “Cardiff 2-2 Liverpool AET (2-3 pen) @ D’Stall Corner

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s