carling cup featured image template

Cardiff vs Liverpool


Salam dan selamat sejahtera. Esok merupakan hari yang kita semua nantikan. Peluang Liverpool untuk mencipta sejarah baru…erk? sejarah baru? ada ke ayat macam tu? Apapun, ini peluang Kenny Dalglish untuk menang Piala Liga yang pertama sebagai pengurus Liverpool, melengkapkan koleksi piala domestiknya. Steven Gerrard pun nak dapatkan medal untuk piala ni sebagai kapten. Memandangkan semua orang dah buat entri untuk review dan semua video-video berkaitan dah banyak yang dikongsikan di FB entri ni aku akan cuba kumpulkan semuanya dalam 1 tempat. Aku dapat rasa entri ni akan jadi sangat panjang~

Bellamy dan Dalglish Sewaktu Separuh Akhir (Kredit : Laman Rasmi Carling Cup)

Laluan ke Wembley

Pertama sekali kita tengok dulu laluan Liverpool ke perlawanan akhir Piala Liga ni. Aku tau sekarang nama dia Carling Cup..sama la dulu panggil Worthington Cup..tapi aku suka lagi panggil Piala Liga. Senang. Orang tak tengok bola pun tau piala apa. Nama tu sekadar nama penaja je pun. Terima kasih la siapa yang buat video ni. Dah banyak dah orang share kat FB kalau korang tengok. Ni kira aku share balik la..heheh

Exeter 1-3 Liverpool
Brighton 1-2 Liverpool
Stoke 1-2 Liverpool
Chelsea 0-2 Liverpool
Man City 0-1 Liverpool
Liverpool 2-2 Man City

Gila…sebelum separuh akhir tu semua main kat tempat lawan…memang hebat la Liverpool boleh memang. Kalau musim-musim sudah dah tentu kalah awal-awal dengan kelab bawah-bawah. This shows progress! Bak kata Kenny…hehe… Sebelum aku terlupa. Rupanya perlawanan final ni boleh customize! Hoh? Macamana boleh customize? Rupanya diorang ada buat poll untuk mesej pada skrin LED kat stadium tu nanti dan lagu pilihan waktu pasukan menang angkat piala nanti. Rasanya bab lagu tu kompem dah lagu apa. Cuma mesej pada LED tu je yang mungkin berubah. Kalau nak vote boleh pergi SINI

Sumber : skysports

Steven Gerrard

Ini merupakan kali pertama Steven Gerrard bermain di Wembley dalam perlawanan akhir. Sebelum ni perlawanan akhir untuk Piala Liga dan Piala FA diadakan di Cardiff, Wales. Sebab tu aku rasa dia sangat bersemangat untuk menang piala ni sampai keluar kenyataan yang sekiranya diberi pilihan, dia lebih mahukan kemenangan Piala Liga daripada tempat ke-4 dalam liga. Aku tau ayat ni macam tak kena sebab pemilik Liverpool mesti nak kelab masuk Champions League tahun depan kan? Tapi aku ada baca satu komen yang logik untuk ayat ni.

Pemain mahukan medal. Tanya mana-mana 2 pemain yang dah bersara dan tanya apa yang mereka menang sepanjang karier mereka. Seorang akan menjawab ” Saya bermain 2 musim dalam Champions League..saya pergi ke San Siro dan Nou Camp”. Seorang lagi akan menjawab ” Saya ke Wembley dan menang piala liga”. Setiap pemain mempunyai sifat tamak secara semulajadi. Mereka mahukan piala dan medal.

Semua orang tahu apa kelebihan bermain di Champions League. Pendapatan kelab bertambah, dapat menarik pemain berstatus bintang dan lain-lain lagi – Graham Shunter

Jadi aku rasa kita boleh bezakan apa yang seorang pemain mahu dan apa yang sesebuah kelab mahu dan apa yang seorang pemilik atau pelabur atau pemegang saham mahu. Jadi tak perlu perbesarkan perkara ni. Yang penting aku harap Gerrard dapat medal ni,  bermain dalam Champions League musim depan dan mungkin menang BPL dalam masa terdekat. Dia berhak untuk dapat semua tu lepas apa yang dia beri pada kelab. Tapi seperti apa yang Coach Carter katakan dalam filem Coach Carter”…

Walaupun kamu rasa berhak dan piala itu memang untuk kamu tak bermakna pasukan lawan akan memberikannya tanpa berlawan

Steven dan Anthony Gerrard (Kredit : independant)

Seperti yang semua dah tahu, sepupu Gerrard, Anthony juga akan ke Wembley. Mesti seronok kan bila saudara mara ramai-ramai datang ke stadium tengok Steven dan Anthony main?🙂 Adakah kemungkinan dua-dua Gerrard akan skor? Jangan lupa Anthony jaringkan gol waktu suku akhir menentang Blackburn. Mana tau dia jadi semangat nak buktikan yang dia boleh buat apa yang Steven buat..heheh..harap jangan la..aku nak tengok Steven angkat piala…sebab lepas dia jadi kapten tak pernah lagi menang piala ni.

Ini video highlight perlawanan akhir Piala Liga 2003. Waktu ni Gerrard dan Owen skor. Waktu ni Hyypia masih kapten. Waktu ni Nistelrooy pun ada lagi. Waktu ni rambut Beckham lawa lagi..heheh..tua dah rasanya…9 tahun dah berlalu…

Sumber : liverpoolkop | express.co.uk | dailymail | thisisanfield

Craig Bellamy

Perlawanan kali ni sangat istimewa buat dia ni. Sebab lawan kelab Cardiff. Kelab tempat lahirnya dan kelab tempat dia bermain secara pinjaman sebelum ini. Aku ada baca satu artikel ni, Bellamy kata dia tak akan raikan sekiranya dia jaringkan gol atau menang piala ni nanti. Aku faham dia hormat kelab Cardiff tapi aku risau macamana dia nak pisahkan kesetiaan pada kelab tu dengan Liverpool. Bolehkah dia main dengan Cardiff dan Liverpool dalam kepala? Andainya dalam minit ke-90 masih terikat 0-0 dan dia di depan gol..satu sepakan mudah akan membawa piala itu pulang ke Liverpool dan mengalahkan Cardiff, pasukan tempat lahirnya…adakah dia akan menjaringkan gol itu seperti biasa? Atau dia mengambil masa untuk berfikir dan pertahanan sampai kepadanya membuat terjahan mengeluarkan bola. Masa tambahan. Penalti. Liverpool kalah. Hoho~ Ini imaginasi aku. Aku tak cakap dia akan buat macam ni. Cuma aku risau.

Dia dah bagi yang terbaik untuk Liverpool musim ni lebih-lebih lagi dengan perpindahan secara percuma. Dia kata dia hutang Liverpool piala ni sebab Liverpool bagi peluang dan mengubah diri dia.  Tapi aku tak pasti dia akan main dari mula atau Kenny akan simpan dulu. Kalau ikut aku, dia akan main 20 minit terakhir ja. Takut mula awal semua pemain cuba carik gaduh suaya dia dibuang padang. DIa kata dia tak buat macam tu dah tapi aku risau pemain lawan akan tetap cuba buat provokasi. Lagipun gandingan Suarez, Carroll dan Gerrard nampak dah membuahkan hasil jadi teruskan je. Apapun terpulang kepada Kenny. Bellamy kata tak ada yang istimewa dengan perlawanan ni. Ini bukan penentu kebangkitan Liverpool dan dia juga kata sebenarnya rekod piala Liverpool taklah teruk sangat. Dalam masa 7 tahun sebelum ni menang Champions League dan FA Cup. Pastu ada gak sampai separuh akhir Champions League sekali lagi.

Pada aku bagi menang baru puas hati. Lama dah tak tengok menang piala. Bellamy patut dapat medal sebab main bagus musim ni walaupun dah berusia dan tak boleh nak main semua perlawanan atas faktor kecederaan. Meh tengok apa dia cakap waktu persidangan media bersama. Macam melodi lak.. Zasss! Huhu~

Sumber : dailymail | telegraph

Kenny Dalglish

Mengikut ayahanda Kenny, Liverpool berhak menang piala ni. Semua pemain berhak mendapat medal atas sumbangan mereka. Mengikut Kenny, sewaktu dia sampai sebagai pemain dulu semuanya telah tersedia, Liverpool dengan Piala Eropah, Piala Liga Inggeris dan melalui bermacam-macam perlawanan akhir lagi. Tahap Liverpool sangat tinggi waktu itu tetapi sewaktu dia kembali sebagai pengurus, Liverpool dalam keadaan teruk dan mereka perlu kerja keras untuk mengambalikan tahap mereka seperti dulu. Jadi peluang dah ada. Hanya perlu bermain dengan baik sahaja. Bagi aku Kenny melalui musim yang sukar kali ni. Dengan kes perkauman yang tak sudah-sudah. Kadang-kdang dia nampak marah pada media dan pemain tapi itu menggambarkan sayang dia pada kelab. Waktu mata dia berkaca nak menangis lepas lawan Man City tu boleh nampak sayang dia pada kelab.

Mungkin kadangkala strategi yang digunakan tak kena. Tapi kena ingat, bukan mudah rangka strategi. Dan strategi yang dirangka perlu ambil berat siapa lawan yang menanti dan andainya ada perubahan pada pasukan lawan, strategi kita perlu cukup hebat untuk menghadapi perubahan tu. Bunyi macam senang tapi sebenarnya sangat susah. Tapi yang penting pasukan Liveprool lebih besar musim ni dan aku dengar Kenny tak akan jual pemain hujung musim nanti. Hanya akan bawa masuk sahaja kerana nak tambah kekuatan skuad, bukan menggantikan pemain. Aku rasa seronok dengar dia cakap macam tu. Bawah ni video dia kat sidang media. Kalau tak faham buat-buat faham ye..aku pun tak berapa nak tangkap dengan slang dia tu…huhu…

Ini lak video pemain sewaktu latihan menjelang perlawanan akhir dalam 7 minit. Sila tengok dengan penuh perasaan🙂

Adakah mereka sudah bersedia? Adakah korang sudah sedia? InsyaAllah aku akan berada di D’Stall Corner. Jumpa di sana!😉

Sumber : Laman Rasmi Liverpool FC

Entri Wembley oleh blogger lain : Wan Gerrard | Liverpool Kita

One thought on “Cardiff vs Liverpool

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s