Tarikh-Tarikh Penting Dalam Sejarah Liverpool FC – Bahagian 2


Salam dan selamat sejahtera. Aku tau ramai dah tak sabar tunggu Carling Cup Final Ahad ni. Tapi kita mesti ulangkaji Sejarah Liverpool FC..heheh..tak pernah aku rasa rajin macam ni ulangkaji sejarah. Dulu fikir buku sejarah pun dah tertidur🙂 Sekali lagi aku nak tekankan, maklumat ni aku terjemah sendiri dari lfchistory.net jadi mungkin ada terjemahan yang tak berapa nak kena. Hebat sangat lak kalau aku ingat dalam kepala benda ni.

Piala terbesar dimenangi Liverpool (Pasukan dalam gambar bukan Liverpool)

Amaran : Jangan baca ketika mengantuk. Boleh menyebabkan tidur😛

24.02.1900Pertempuran bukit Spioenkop di Afrika Selatan. “The Kop” dinamakan sempena bukit ini sebagai mengingati sejumlah besar askar Lancashire yang terkorban dalam pertempuran itu.

29.04.1901 – Liverpool menang gelaran liga buat pertama kali! Liverpool yang berada dibawah kendalian Tom Watson memenangi 12 perlawanan berturut-turut dari pertengahan Februari untuk menjadikan mereka juara liga.

04.01.1902 – Andy McGuigan menjadi pemain pertama Liverpool yang menjaringkan 5 gol dalam satu perlawanan liga ketika menang 7-0 menentang Stoke. Dia kemudiannya menjadi Pengarah Kelab Liverpool.

24.02.1902 – Seorang bakal lagenda dibeli dari Glossop North End. Arthur Goddard menjadi penjaring konsisten dari posisinya di bahagian sayap untuk hampir satu dekad setengah di Liverpool. Membuat 414 penampilan dan menjaringkan 77 gol, melayakkan dirinya untuk masuk kedalam senarai Hall of Fame rasmi Liverpool.

17.03.1902 – Liverpool berkabung atas kematian pengasas kelab, John Houlding yang meninggal dunia pada umur 70 tahun di sebuah hotel di Nice, Perancis.

25.04.1903 – Sam Raybould menjadi penyerang Liverpool pertama mencapai 30 gol. Dia mengakhiri musim itu sebagai penjaring terbanyak Divisyen 1 dengan 31 gol.

23.04.1904 – Liverpool mengalahkan Blackburn 3-2 pada perlawanan terakhir musim tetapi Liverpool berada di tempat kedua terakhir lalu diturunkan ke divisyen 2, 3 tahun selepas mereka menang divisyen 1!

29.04.1905 – Liverpool memastikan mereka kembali ke Divisyen 1 secepat mungkin dengan mengalahkan Burnley, mereka menjuarai Divisyen 2, 2 mata dihadapan Bolton.

16.04.1906 – Setelah memenangi Divisyen 2 pada musim lepas, Liverpool berakhir lebih baik dengan menjadi juara Divisyen 1 buat kali ke-2!

28.04.1906 – Liverpool mengakhiri musim ini dengan memenangi trofi terbesar dalam bola sepak iaitu Perisai Komuniti Syerif-syerif London yang mempunyai ketinggian 6 kaki! Perlawanan ini diadakan secara tahunan antara kelab terbaik profesional dan amatur di England. Kelab amatur paling terkenal, Corinthians dengan mudah dikalahkan dengan jaringan 5-1.

01.09.1906 – Perlawanan pertama Liverpool di hadapan “The Kop” menentang Stoke. Joe hewitt menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-20.

04.12.1909 – Salah satu “comeback” terhebat dalam sejarah Liverpool! Liverpool ketinggalan 5-2 pada separuh masa pertama menentang Newcastle di Anfield tapi memenangi perlawanan itu dengan keputusan 6-5!

03.09.1912 – Salah satu penjaga gol terbaik Liverpool sepanjang zaman, Ulsterman Elisha Scott tiba di Liverpool. Dia merupakan pemain paling lama berkhidmat di Liverpool setelah bersama Liverpool lebih dari 21 tahun dari 1912 hingga 1934.

25.04.1914 – Perlawanan akhir Piala FA yang pertama untuk Liverpool. Liverpool dikalahkan Burnley di hadapan 72 000 penyokong dalam perlawanan akhir terakhir diadakan di Crystal Palace.

02.04.1915 – 4 pemain Liverpool (Tom Miller, Thomas Fairfoul, Henry Purcell dan Jackie Sheldon) dan 3 pemain MU menerima penggantungan seumur hidup kerana mengatur kekalahan 0-2 kepada United. Selepas perang semua penggantungan (kecuali seorang pemain MU) dibatalkan kerana khidmat mereka untuk negara ketika perang.

06.05.1915 – Pengurus paling berjaya dalam bolasepak Inggeris waktu itu, Tom Watson yang memenangi 5 kejuaraan liga, meninggal dunia pada umur 56 tahun kerana paru-paru berair dan radang selaput paru-paru. Dia masih lagi pengurus paling lama di Liverpool.

17.04.1922 – Liverpool menjadi juara setelah 16 tahun! Liverpool mengalahkan juara bertahan Burnley 2-1 dan Tottenham kalah pada hari yang sama.

18.12.1922 – Pengurus Liverpool David Ashworth meninggalkan kelab yang berada di puncak liga untuk bersama kelab lamanya, Oldham yang diturunkan ke liga bwah musim itu.

14.02.1923 – Bekas pemain dan pengarah Liverpool sekarang, Mattie McQueen mengambilalih sebagai pengurus. Menurut Echo, dia merupakan personaliti terkenal dan mungkin pemain paling serba boleh waktu itu.

21.04.1923 – Liverpool menang liga untuk kali ke-2 berturut-turut setelah pencabar terdekat, Sunderland kalah pada hari yang sama. Liverpool 5 mata dihadapan dengan 2 berbaki 2 perlawanan.

14.12.1925 – Penyerang Afrika Selatan yang berstatus lagenda, Gordon hodgson dibeli dari Transvaal FC. Hodgson ketinggalan sedikit dari rekod Ian Rush dan Roger Hunt dengan 241 gol dalam 377 perlawanan.

25.08.1928 – Ruangan Spion Kop yang baru ditambah bumbung dibuka secara rasmi oleh John McKenna, Presiden Persatuan Bolasepak dan bekas pengerusi Liverpool. Menjadikan ruangan berbumbung kepada 60,000.

16.02.1938 – Jack Balmer menjaringkan gol yang dijangkakan terpantas dalam sejarah Liverpool iaitu dalam masa 10 saat sewaktu menang 3-1 menentang Everton di Goodison Park.

27.07.1938 – Bakal lagenda, Billy Liddell berhijrah dari Townhill ke Liverpool.

02.09.1939 – Perlawanan terakhir Liverpool sebelum Perang Dunia Ke-2. Liga dibatalkan setelah 3 perlawanan.

23.11.1946 – Jack Balmer menjaringkan hatrik 3 perlawanan berturut-turut. Pencapaian unik dalam sejarah Liverpool. Dia menjaringkan hatrik ketika menentang Portsmouth, 4 gol dalam 17 minit ketika menentang Derby County dan hatrik menentang Arsenal.

14.06.1947 – Liverpool menang liga kali ke-5 dalam musim pertama selepas perang. Pencabar terdekat Stoke kalah perlawnaan mereka yang ditunda dan Liverpool diumumkan juara ketika sedang bertanding dalam Piala Snior Liverpool menentang Everton.

06.03.1948 – Albert Stubbins diancam untuk dicederakan sekiranya dia bermain teruk seperti biasa menentang Huddersfield. Dia menjaringkan 4 gol ketika itu dan tidak diapa-apakan!

29.04.1950 – Liverpool bermain dalam perlawanan akhir Piala FA mereka yang kedua setelah 36 tahun. Mereka kalah lagi. kali ini kepada Arsenal dengan jaringan 2-0.

05.03.1951 – Don Welsh dilantik sebagai pengurus Liverpool. Bill Shankly merupakan antara calonnya tapi tidak berminat kerana ahli lembaga yang masuk campur urusan pemilihan pemain.

02.02.1952 – Liverpool mencatatkan rekod kehadiran dengan 61,905 penonton sewaktu pusingan ke-4 Piala FA menentang Wolves. Liverpool menang 2-1 setelah Bob paisley dan Cyril Done menjaringkan gol dalam 10 minit pertama.

24.04.1954 – Liverpool tersingkir ke Divisyen 2 buat pertama kali dalam 50 tahun.

15.09.1954 – John Evans menjaringkan kesemua 5 gol untuk Liverpool dalam kemenangan keatas bristol Rovers di Anfield dalam Divisyen 2.

11.12.1954 – Kekalahan paling teruk dalam sejarah, 1-9 menentang Birmingham di St. Andrews.

30.10.1957 – Perlawanan pertama di Anfield menggunakan lampu limpah. Liverpool menang 3-2 menentang Everton dalam “Floodlit Challenge Cup” setelah kalah 2-0 di Goodison Park.

15.01.1959 – Boleh dikatakan kekalahan terburuk Liverpool dalam Piala FA. 1-2 menentang Kelab bukan Liga, Worcester City.

17.11.1959 – Pengurus, Phil Taylor meninggalkan Liverpool setelah 3 tahun mengemudi Liverpool mencapai tempat ke-3, 4 dan 4 dalam Divisyen 2. “Tak kira kecewa mana semua pengarah, ia takkan melebihi kekecewaan saya” Ujar Phil kepada Echo.

Haa…amacam? Ada yang dah terlentok atas meja kerja ke? Heheheh…aku dah bagi amaran…

One thought on “Tarikh-Tarikh Penting Dalam Sejarah Liverpool FC – Bahagian 2

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s