featured image template

Liverpool 6-1 Brighton


Salam dan selamat sejahtera. Kita menang!!! Kita memang dengan bergaya. Seronok gila aku walaupun ramalan aku sebelum perlawanan salah. Dalam entri INI aku menjangkakan perlawanan yang sengit tapi Liverpool bermain dengan baik dan membuktikan jangkaan aku dan John Barnes salah! Tapi tak bermakna Brighton bermain dengan teruk. Jauh sekali. Mereka Cuma kurang bernasib baik. Kenapa? Baca dulu bagi habis😉

Steven Gerrard meraikan gol bersama penyokong (Kredit :Laman Rasmi Liverpool FC)

Separuh masa pertama

Liverpool bermula dengan Reina, Johnson, Carra, Skrtel, Enrique, Hendo, Gerrard, Adam, Downing, Suarez dan Carroll. Tiada Bellamy dan Agger. Aku kecewa gak sebab tak ada Sterling tapi dah mula main langsung aku lupa pasal Sterling…heheh. Liverpool bermula dengan baik. Pada minit ke-4 Skrtel menanduk masuk sepakan penjuru yang diambil oleh Gerrard. Aku rasa macam nak menang besar je kali ni. Tapi aku tukar fikiran lepas Lua Lua rembat masuk sepakan percuma melepasi pertahanan dan Reina pada minit ke-17. Serius lawa! Rendah je bola. Sampai kat penjaga gol elok je dia turun sikit. Sebab tu Reina tak dapat tahan.

Skrtel menjaringkan gol pertama (Kredit : Laman Rasmi Liverpool FC)

Pada minit ke-20 Downing bertukar hantaran dengan Suarez. Dia lepas menuju gol tapi tolakannya ketengah tak disambut sesiapa. Kemudian giliran Enrique untuk buat cubaan gol. Dia memotong masuk ketengah dari bahagian sayap dan merembat namun dengan kaki kanannya yang lemah. Seperti yang dijangka, bola tersasar. Pada minit ke-25 Suarez pula mencuba dari jarak jauh. Juga tersasar. Tapi pada minit ke-27 Suarez buat gerakan menarik menuju kedalam kotak penalti dan melepaskan rembatan menggunakan bahagian luar kakinya. Gol!! Aku jerit sambil angkat tangan. Tapi bola tu dihalang oleh pertahanan Brighton yang datang tah dari mana! Gila betul! Macam tengok Kapten Tsubasa pun ada. Aku turun tangan. Pegang telefon buat-buat jawab sms😛

Ada benda kelakar jadi lepas tu…pengadil terjatuh..kesian dia kena gelak orang ramai..heheh…ok jangan gelak lebih-lebih ye…2 “heh” je dibenarkan. Pada minit ke-28 giliran Adam pulak cuba dari jauh tapi kelangit perginya. Dua tiga minit lepas tu Gerrard hantar bola yang cukup cantik untuk Carroll tapi dia tanduk tinggi sikit je dari palang. Kepala tak bedung la dia ni (eh..ade ke orang bedung kepala?) Pada minit ke-42 Downing dijatuhkan berhampiran kawasan penalti di sebelah kiri gol. Gerrard cuba halakan bola ke penjuru gol sebelah kanan tapi penjaga gol dah sedia dan dapat tepis bola. Tapi hasil sepakan penjuru selepas itu(diambil oleh Adam) la kelam kabut kawasan penalty Brighton dibuatnya. Bola yang dikeluarkan melambung tinggi. Suarez tahan dengan cantik dan rembat tapi dihalang. Bola melambung kearah Johnson dan dia terus tanduk ke gol tapi gol dikira sebagai gol sendiri sebab pertahanan yang tolak masuk gol…huhu..

^ Separuh masa pertama je dah 3 perenggan..gila! Tapi memang banyak aksi nak buat macamana kan?

Separuh masa kedua

Brighton memasukkan Noone, bekas pemain Liverpool waktu kecik dulu. Dia merupakan anak jati Liverpool. Mungkin Poyet cuba gunakan semangat dia untuk cari gol. Tapi Liverpool yang nampak bersemangat apabila Johnson cuba sepakan lencong (betul ke?) menggunakan kaki kiri tapi tersasar. Pada minit ke-51 Gerrard dapat bola cantik kat tengah-tengah berhampiran kawasan penalti. Waktu tu aku dah terbayang gol rembat Gerrard macam masa lawan Middlesborough tahun berapa tah dulu. Tapi rembatannya kali ni tersasar jauh…kena Hendo dan terbias kearah gol tapi masih tersasar. Pada minit ke-52 aku tak pasti apa yang berlaku sebab pertahanan dan penjaga gol macam sewel kejap biar Suarez ambil bola dan waktu dia cuba tolak bola orang kata terkena tangan (masa replay aku terlepas nak tengok) Kena ke?

Asakan Liverpool akhirnya membuahkan hasil apabila Carroll merembat masuk hantaran lintang rendah yang sedikit kebelakang daripada Downing di sebelah kiri. Tapi Brighton tak patah semangat. Mereka terus serang dan hampir dapat gol serta merta lepas bolos tadi. Pada minit ke-59 Liverpool buat serangan pantas dikepalai oleh Gerrard tapi sayangnya dia salah hantar waktu dah sampai kawasan penalty. Penjaga gol dengan mudah tangkap. Pada minit ke-67 Noone hampir dapat gol tapi rembatannya dari jauh sedikit tersasar. Pada minit ke-71 Liverpool buat serangan pantas lagi, kali ini dimulakan dengan Hendo. Dia melambung bola. Nampak pertahanan akan tahan dengan mudah. Tapi terlepas. Gerrard tolak bola dan cuba menolak melepasi penjaga gol. Ditahan. Dia kejar bola yang menuju keluar dan terus tolak ketengah. Kena pada pertahanan dan Gol!!!!

Aku ingat Liverpool nak main bertahan lepas dapat 4 gol tapi pada minit ke-74 satu lagi benda kelakar terjadi. Suarez hantar ketengah dari kiri tapi ditahan penjaga gol. Bola jatuh ke pemain pertahanan. Dengan cemasnya dia cuba juggle bola tu untuk buat clearance. Tapi malang nasib dia sebab bola tu menghala kedalam gol…huhu~  3 gol sendiri untuk Brighton hari ni. Pada minit ke-75 Kuyt, Maxi dan Shelvey dibawa masuk menggantikan Downing, Gerrard dan Hendo. 3 minit lepas tu Kuyt dijatuhkan dalam kawasan penalti. Aku rasa aku nampak Kenny suruh Suarez yang sepak. Siap tunjuk 7 dengan tangan lagi. Nak naikkan keyakinan dia kot. Tapi sepakannya diselamatkan penjaga gol. Tak ada rezeki ke dia ni? Tapi dia akhirnya dapat gol hasil serangan pantas Liverpool. Downing menghantar bola kepada Carroll yang menanduk bola kembali ketengah untuk Suarez tanduk kedalam gol dengan mudah. Dah mula nampak mantap dah gandingan 2 orang ni.

Gandingan mantap Carroll dan Suarez (Kredit : Laman Rasmi Liverpool FC)

Video highlight Rasmi!

Kesimpulan

Liverpool bermain dengan baik harini. Sangat positif. Sentiasa bergerak ke hadapan. Sentiasa menghantar bola ketengah untuk Carroll. Semua pemain melakukan tekanan kepada pemain lawan yang memegang bola. Malang bagi Brighton sebab jaringkan 3 gol sendiri. Tapi Lua Lua memang nampak bahaya sepanjang perlawanan. Penjaga gol mereka je yang nampak goyah. Goyang sebab depan Kop kot? Aku puas hati perlawanan ni. Semua bermain dengan baik. Termasuk Downing, Hendo, Carroll dan Adam yang waktu separuh masa pertama masih menerima kutukan di FB. Kepada yang tak tengok sila download perlawanan penuh. Jangan tengok highlight. Serius. Penuh aksi sampai lah minit terakhir waktu ada penonton masuk padang dalam keadaan bogel..huhu. Liverpool akan menentang Stoke di Anfield pada 17/18 Mac nanti. Itu je pandangan aku. Pandangan korang macamana? Tinggalkan komen di bawah. Jangan malu-malu ye! =)

Jangan tengok lama-lama..tumpul otak nanti..heheh (Aku ambil dari FB Kelab Peminat Liverpool Malaysia)

Kepada yang terlepas LBM sebelum ini klik Lagenda Budak Merah- Bahagian 5

p/s : Korang mesti macam panda kan pagi ni?😛

One thought on “Liverpool 6-1 Brighton

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s