Reina Berlakon Iklan


Reina yang serius.... (Gambar dari caughtoffside)

Salam dan selamat sejahtera. Aku rasa ramai dah yang dah tengok iklan ni sebab dalam 2,3 hari ni dah tersebar luas kat internet terutamanya melalui Facebook. Aku pun baru je tengok. Serius aku tak percaya. Pepe Reina yang selalu aku tengok menjaga gol Liverpool dengan serius, yang sentiasa mengarahkan pemain pertahanan untuk bergerak dan menjerit kepada mereka andainya mereka buat silap berlakon dalam iklan ini. “Ala..iklan je pun..apa yang peliknya?” Tak percaya? Korang tengok sendiri. Lawak video ni sama gaya macam lawak iklan Thailand. Kalau korang tak pernah tengok korang geledah la youtube tu. Sekurang-kurangnya ada benda nak buat pagi ni kalau tak ada plan lain. Enjoy!

Dialog

Tepi Jalan

Perempuan : Ambil gambar dengan saya Reina.
(Motor jatuh di tepi jalan)
Perempuan : Saya nampak semuanya! Penjaga gol ni yang buat!
Reina : Saya rasa selamat ♪♫

Dalam Kapal Terbang

Reina : Beritahu saya bila
Penerjun : Jom!
Reina : Wow! Ini sangat menakjubkan. Saya tentu tak akan buat kalau tak ada pengajar.
Penerjun : Saya pun sama!
Reina : Saya rasa selamat ♪♫

Dalam bas

Lelaki : Reina, boleh saya dapatkan tandatangan?
Reina : Sudah tentu. Untuk siapa tandatangan ni?
Lelaki : Untuk saya, pemandu bas.
Lelaki : Jangan risau! Mak saya sedang memandu.
Reina : Saya rasa selamat ♪♫

Bersama puak asli

Penterjemah : Mamu Chatungo, Pepe Reina..
Raja : Pepe Reina, King Copulata
Penterjemah : Raja cakap, “Awak permaisuri, dia Raja”
Reina : Oh…
Raja : Toucho Crotcho…
Reina : Apa dia cakap?
Penterjemah : Hmmm…
Raja : Banga banga!
Reina : Saya rasa selamat ♪♫

Kehkehkeh…siapa sangka Reina boleh berlakon kelakar macam ni? Dulu Torres berlakon iklan pepsi. Pun kelakar juga tapi yang ini memang lawak la. Bagus untuk buat regangan urat gelak dipagi hari ni. Sebenarnya takde la gelak sampai berguling-guling atas lantai tapi disebabkan kita dah biasa dengan Reina yang serius bertambah lawak iklan ni. Satu lagi, kalau aku tengok Reina ni mesti teringat Jason Statham. Kalau ada cerita The Transporter versi Spain mesti dia berlakon kan? hehe..sebelum aku lupa..aku tahu pasal video ni sebab aku tengok kat my-lfc punya laman FB. Kalau korang belum LIKE sila LIKE!

Sumber : Talksport

Kepada yang tak ingat atau tak pernah tengok iklan Torres sila tengok..tapi yang masih tak dapat lupakan dia sila jangan…nanti termimpi-mimpi lak..heheheh…

2 thoughts on “Reina Berlakon Iklan

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s