Liverpool vs Brighton. Tugas berat untuk Liverpool.


Salam dan selamat sejahtera. 8 hari terlalu lama untuk tunggu Liverpool lawan. Aku dah tak sabar menunggu lusa. Liverpool akan menantikan kunjungan Brighton and Hove Albion atau nama panggilan mereka The Seagulls. Liverpool dah pun berjumpa mereka musim ini dalam perlawanan Piala Liga pusingan ke-3 pada 22 September 2011. Perlawanan yang menyaksikan pertemuan Steven Gerrard dan orang yang pernah membuat bumbungnya dulu, Craig Noone, berakhir dengan keputusan berpihak kepada Liverpool 2-1 hasil jaringan Bellamy dan Kuyt. Perlawanan ini memang dinanti-nantikan oleh Noone dan Navarro yang dilahirkan di Liverpool dan Isnin nanti mereka sekali lagi akan berpeluang bermain menentang kelab tempat kelahiran mereka.

Aku harap dapat tengok Kenny senyum macam ni lepas perlawanan

Liverpool

Dari segi persiapan skuad, Liverpool mempunyai hampir semua pemain dalam keadaan baik kecuali Lucas yang masih dalam proses pemulihan. Maxi yang sudah lama tidak bermain sehingga menimbulkan syak yang dia akan meninggalkan kelab dan Kenny tidak suka menggunakannya dalam perlawanan mungkin akan kembali dalam perlawanan ini. Dia sebenarnya cedera dan bukan ditinggalkan jika diikutkan sumber-sumber di internet. Ada juga ura-ura yang mengatakan Sterling dan beberapa pemain muda lain akan mendapat peluang mereka pada perlawanan ini. Aku rasa dah sampai masa untuk Liverpool menggunakan Sterling. Tapi aku tahu, hasilnya 50-50. Kemungkinan dia akan bermain dengan baik dan mungkin menghasilkan gol dan seterusnya Liverpool menang perlawanan ini nanti. Satu lagi kemungkinan adalah dia terkejut dengan kelajuan dan strategi perlawanan pasukan lawan menyebabkan dia bermain dengan teruk, dikembalikan ke skuad simpanan dan tak dapat kembali ke kemampuan asalnya. Kenny mempunyai sebab untuk bimbang dengan pemain muda. Persoalannya sekarang adakah risiko itu berbaloi diambil atau tidak?

Pesanan dari pengurus (Kredit : Laman rasmi Liverpool FC)

Ada laman yang meramalkan Liverpool akan menurunkan Gerrard, Suarez, Bellamy dan Carroll. Bagi aku semuanya setakat ramalan sahaja. Kenny hanya akan mengumumkan nama pemain beberapa jam sebelum perlawanan. Dah tentu aku nak tengok 4 orang pemain ni dalam pasukan yang sama. Tapi aku harap ada kejutan daripada Kenny. Aku pasti Kenny akan memerah otak untuk strategi terbaik. Sebab dia pasti masih ingat lagi sewaktu Brighton mengalahkan Liverpool dalam Piala FA pada tahun 1983 dan 1984 sedangkan waktu itu mereka bergelut dan akhirnya diturunkan ke Divisyen ke-2 manakala Liverpool menjadi juara liga untuk tahun 1983 dan mendapat 3 kejuaraan pada tahun 1984 (Liga, Piala Liga dan Piala Eropah). Lebih pedih lagi, pemain yang menjaringkan gol untuk Brighton ketika itu(1983) adalah bekas hero Kop sendiri, Jimmy Case. Aku rasa Kenny perlu tengok video ni berkali-kali untuk mengingatkannya perasaan ketika tewas dulu.

Brighton

Dari segi persediaan, Brighton akan turun tanpa Elphick, Dicker yang cedera manakala Buckley dan Vicente diragui. Mereka juga akan bermain tanpa Sparrow yang digantung perlawanan. Brighton mempunyai strategi yang menarik. Mereka pentingkan penguasaan bola.  Bermain corak positif. Menyerang tak kira di tempat sendiri atau lawan. Itu strategi yang Poyet gunakan. John Barnes yang menyaksikan mereka mengalahkan Newcastle dalam pusingan sebelum ini pun mengatakan mereka lebih sesuai bermain untuk Premier League dan bukan Championship. Poyet telah mengubah mentaliti pemainnya yang dulu sudah gembira dengan keputusan seri di tempat lawan. Namun kini dia memastikan pemainnya bermain dengan bersungguh-sungguh dan berasa kecewa sekiranya mereka kalah atau seri. Ketika Poyet sampai, dia ditugaskan untuk mengekalkan Brighton dalam Liga 1(bawah daripada Championship) namun mereka berjaya ke Championship musim itu. Jadi Liverpool perlu berhati-hati dengan strategi dan mentaliti pemain dan pengurus mereka yang jelas berada pada tahap yang tinggi.

Gus Poyet merupakan pengurus yang bagus. Pasukannya bekerja keras dan tersusun dan saya rasa mereka akan memeberikan perlawanan yang sukar untuk Liverpool – John Barnes

Aku meramalkan perlawanan yang sukar untuk Liverpool. Brighton akan cuba mengawal permainan sewaktu bola dalam penguasaan mereka. Mereka tidak akan takut untuk menyerang Liverpool seperti yang ditunjukkan ketika perlawanan Piala Liga dahulu jadi Pemain Liverpool tak boleh buat silap langsung. Pemain Liverpool perlu sabar dan lebih kreatif untuk mencari ruang untuk menyerang. Di sinilah kelincahan Suarez dan Bellamy perlu digunakan. Liverpool perlu kurangkan membuang bola dan hantaran yang sia-sia dan yang penting elakkan memberi sepakan penjuru dan percuma sekeliling kawasan penalti. Ini perlawanan Piala FA, ramai kata yang magiknya sudah hilang tapi dalam 90 minit macam-macam boleh terjadi. Sekian dulu daripada aku, YNWA.

*Minta maaf la ye. Cari video highlight tak jumpa la. Yang ada video temuramah Steven Gerrard dan Craig Noone. Jadila kan? Suka tengok Gerrard yang sentiasa hormat lawan tak kira menang atau kalah. Yang best tu si Noone dapat baju Gerrard! Huhu~

Sumber : Talksport | Guardian UK | The Telegraph | wearebrighton | The Offside | Dailypost UK

Previu dari blogger lain : LiverpoolKita | WanGerrard

Aku penat geledah cari blog Liverpool lain dalam Bahasa Melayu/dari Malaysia tapi tak banyak yang aku jumpa. Yang ada aku dah letak di bahagian bawah blog ni. Kalau ada lagi blog Liverpool lain yang korang tahu boleh emel aku di redderscreepers [ at ] yahoo [dot] com ye. Aku nak kumpulkan. Terima kasih daun keladi…(kenapa daun keladi?).

One thought on “Liverpool vs Brighton. Tugas berat untuk Liverpool.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s