Tarikh-Tarikh Penting Dalam Sejarah Liverpool FC – Bahagian 1


Salam dan selamat sejahtera. Harini aku nak kongsi dengan korang tarikh-tarikh penting dalam sejarah Liverpool. Untuk bahagian 1 aku kongsikan sejarah dalam tahun 1892 hingga 1899 dulu. Mungkin aku akan teruskan dengan perincian setiap sejarah dalam entri-entri akan datang. Senarai ini bukan keluar dari kepala aku. Aku Cuma terjemahkan dari lfchistory.net. Kepada yang tak minat sejarah masa sekolah dulu cuba baca ni. Mana tahu sejarah Liverpool korang boleh terima…huhu…kalau tak boleh jugak maknanya memang dah block la subjek sejarah dari kepala korang…heheh..selamat membaca  ;-)

Gambar dokumen syarikat (Dipinjam dari lfchistory.net)

26.01.1892 – Presiden Everton, John Houlding mendaftarkan syarikatnya sendiri dengan nama yang hampir sama dengan Everton Football Club iaitu Everton Football Club and Athletic Grounds Company Limited.

15.03.1892 – John Houlding meninggalkan Everton setelah mesyuarat agung Everton.

30.03.1892 – Peraturan bagi kelab baru John Houlding dipersetujui ahli jawatankuasanya. Peraturan pertama menyatakan “Kelab ini akan dipanggil Liverpool Football Club dan akan bermain di bawah peraturan persatuan bolasepak(FA)”.

03.06.1892 – Nama baru kelab John Houlding diluluskan secara rasmi oleh Lembaga Perdagangan. Nama kelab ditukar daripada “Everton Football Club and Athletic Grounds Company, Limited” kepada Liverpool Football Club and Athletic Grounds Company, Limited.

01.09.1892 – Liverpool menang perlawanan pertama mereka 7-1 menentang Rotherham di Anfield.

03.09.1892 – Liverpool bermain perlawanan kompetitif pertama mereka dalam Liga Lanchashire di hadapan 200 penonton di Anfield. Liverpool mengalahkan Higher Walton 8-0.

03.12.1892 – John Miller menjadi pemain pertama antara lima orang dalam sejarah Liverpool yang menjaringkan 5 gol dalam satu perlawanan, ketika menang dengan Fleetwood Rangers 7-0.

22.04.1893 – Merseyside Derby pertama berlangsung di padang Bootle dalam Liverpool Senior Cup Final. Bekas pemain Everton, Tom Wyllie menjaringkan gol tunggal perlawanan untuk Liverpool yang juga memenangi Liga Lanchashire dalam penampilan sulung mereka.

31.05.1893 – Pada tahun ini, Mesyuarat Agung Liga Bola Sepak memutuskan untuk menambah bilangan pasukan dalam liga tetapi permintaan Liverpool untuk menyertai Divisyen 1 ditolak. John McKenna telah menghantar telegram tanpa kebenaran atas nama setiausaha kelab, William E. Barclay untuk menyertai Divisyen 2. Malam itu satu telegram sampai dari Liga Bola sepak mengatakan “Liverpool terpilih. Datang ke London untuk menentukan senarai perlawanan pada pukul 3″. Rupanya Liverpool dimasukkan setelah kelab Bootle, jiran mereka yang lebih cemerlang, telah berkubur.

01.09.1893 – Piala Liga Lancashire dan Piala Senior Liverpool yang dimenangi Liverpool telah dicuri dari kedai pajak gadai Mr Charles, dimana piala itu diletakkan sebagai pameran. Kelab terpaksa membayar 130 pound untuk menggantikannya.

02.09.1893 – Liverpool menguasai Middlesborough Ironopolis 2-0 dalam perlawanan sulung mereka dalam Divisyen 2.

10.02.1894 – Perlawanan besar pertama Liverpool dalam Piala FA bertempat di Anfield menentang Preston North End yang dalam 5 tahun mereka telah menang liga sebanyak 2 kali dan berakhir di tempat ke-2  tiga tahun berturut-turut. Anfield dipenuhi 17000 penonton. Liverpool menang perlawanan bersejarah ini 3-2.

28.04.1894 – Liverpool menang Divisyen 2 dengan selesa tapi itu tidak menjanjikan kenaikan automatik ke Divisyen 1. Liverpool perlu bermain dengan pasukan tercorot Divisyen 1. Liverpool mengalahkan Newton Heath (kemudiannya dinamakan Manchester United) 2-0 dalam Test Match dan Divisyen 1 menanti Liverpool.

08.09.1984 – Liverpool mencatat rekod kehadiran dengan 20,000 penonton hadir menyaksikan kunjungan juara ketika itu, Aston Villa dalam perlawanan pertama Liverpool di tempat sendiri dalam Divisyen 1. Tempat duduk utama (main stand) yang baru dibina digunakan buat pertama kali.

13.10.1894 – Everton dan Liverpool bertemu untuk pertama kali dalam Divisyen 1 di Goodison Park dengan kehadiran 44,000 penonton! Liverpool nampak belum bersedia untuk Divisyen 1. Mereka kalah 3-0.

17.11.1894 – Rekod penonton 25,000 menyaksikan perlawanan pertama Everton di Anfield sejak perpecahan mereka pada tahun 1892. Mereka seri 2-2 dalam perlawanan yang penuh aksi.

02.02.1895 – Perlawanan Piala FA pusingan pertama untuk Liverpool menentang Barnsley St. Peters penuh dengan sandiwara. Liverpool menang 2-1 setelah masa tambahan. Tapi pegawai Barnsley menyatakan yang masa tambahan hanya boleh diteruskan andainya kedua-dua kelab bersetuju. Barnsley telah membantah sebelum perlawanan diteruskan lagi. Jadi gol kemenangan Jimmy Ross pada minit ke-113 tidak dikira. Barnsley kalah perlawanan ulangan di Anfield 4-0.

27.04.1895 – Liverpool bertemu Bury dalam Test Match untuk menentukan samada Liverpool akan bermain dalam Divisyen 1 atau 2 pada musim seterusnya. Liverpool tewas 1-0.

18.02.1896 – Liverpool mencatat rekod jaringan dengan menjaringkan 106 gol menyaksikan mereka menjuarai Divisyen 2 dan mencatat kemenangan terbesar mereka 10-1 menentang Rotherham. Liverpool menjaringkan 6 gol dalam 10 minit pertama dan George Allan menjaringkan 4 daripada gol hari itu.

17.08.1896 – Pengurus paling berjaya dalam negara, Tom Watson, meninggalkan Sunderland untuk menyertai Liverpool. Watson ketika itu telah memenangi Divisyen 1 sebanyak 3 kali dalam 4 musim di Sunderland pada tahun 1892, 1893 dan 1895.

01.09.1896 – Baju biru dan putih tinggal sejarah apabila Liverpool bermain dengan baju merah dan seluar putih buat pertama kali.

21.11.1896 – Liverpool yang dikenali sebagai “The Reds” bertemu Everton dimana kes buang padang pertama berlaku dalam perlawanan kelab Merseyside. Pemain Everton Alf Milward dibuang padang setelah ‘merempuh’  McCartney.

20.02.1897 – Thomas Bradshaw menjadi pemain Liverpool yang pertama bermain di peringkat antarabangsa apabila dia bermain untuk England menentang Ireland.

06.05.1898 – Setelah mengakhiri musim di tempat ke-5 dan ke-9 dalam Divisyen 1, Liverpool membeli pemain bintang pertama mereka iaitu Alex Raisbeck. Seorang pemain pertahanan tengah dari Stoke dan menjadi pemain penting Liverpool buat musim-musim selepas itu.

30.03.1899 – Perlawanan terkakhir dalam pertarungan epik Liverpool dan Sheffield United dalam separuh akhir piala FA. Perlawanan pertama dan kedua berakhir 2-2 dan 4-4. Perlawanan ke-3 terpaksa dibatalkan setelah berlaku lebihan penonton di stadium sewaktu Liverpool sedang mendahului 1-0. Akhirnya Sheffield United menjaringkan 1 gol pada minit ke-85 dalam perlawanan ke-4! Ini kali ke-5 Tom Watson dikalahkan dalam peringkat separuh akhir.

29.04.1899 – Perlawanan paling penting dalam sejarah Liverpool! Takdir menentukan yang Liverpool bertemu dengan seteru utama mereka dalam liga, Aston Villa di Villa Park dalam perlawanan akhir. Kedua-dua pasukan mempunyai 43 mata tapi Liverpool perlu menang kerana Villa mempunyai rekod jaringan yang lebih baik daripada Liverpool. Villa mengalahkan Liverpool 5-0!

16.10.1899 – George Allan, penjaring hebat Liverpool di awal kemunculan mereka dengan 56 gol daripada 96 perlawanan meninggal dunia kerana batuk kering pada umur 24 tahun.

Kepada yang nak kongsi artikel ni boleh ja tapi bagi la kredit sikit ye…penat aku terjemah walaupun tak berapa nak tepat😛 Kalau tampal kat Google Translate berterabur dia terjemah..jadila macam kes M**D*F hari tu..oops…hehe…YNWA.

One thought on “Tarikh-Tarikh Penting Dalam Sejarah Liverpool FC – Bahagian 1

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s