MU 2-1 Liverpool.


Salam dan selamat sejahtera. Aku tahu semalam merupakan hari yang sedih untuk kita. Banyak benda yang berlaku bukan sahaja dalam perlawanan tapi juga diluar perlawanan tak kira dimana. Samada di Old Trafford mahupun ditempat lain dalam dunia ni. Apa yang aku tulis adalah pandangan aku. Aku tak paksa sesiapa setuju dengan aku dan aku minta maaf awal-awal kalau korang terasa.

Evra sibuk mengadu kepada pengadil (Kredit metro.co.uk)

Klik SINI untuk ke galeri gambar metro.co.uk

Sebelum perlawanan

Sebelum perlawanan media dengan gembiranya menjirus minyak pada bara dendam antara Suarez dan Evra. Meletakkan gambar kedua-dua pemain sebagai tajuk besar mereka. Jadi semua penyokong yang menonton samada di rumah atau di OT masing-masing hadir dengan dendam untuk pasukan mereka. Aku pelik kenapa FA yang sangat beriya untuk banteras isu ini tak buat apa-apa? Sedangkan ada majalah penyokong yang dijual dluar stadium dirampas kerana takut berlaku provokasi seterusnya menyebabkan rusuhan. Aku pelik kenapa isu ini diperbesar-besarkan sedangkan isu Terry dan Ferdinand masih belum selesai, isu Capello sokong Terry dan kes perkauman penyokong MU sendiri tak dapat liputan sebesar ini.

Media Malaysia pun tak ketinggalan (Gambar dari Laman Facebook Kelab Peminat Liverpool Malaysia)

Suarez enggan bersalam dengan Evra sebelum perlawanan dan Alex Ferguson kata dia memalukan dan tak sepatutnya bermain untuk Liverpool lagi. Aku gelak besar. AF sibuk nak jaga pemain orang lain. AF yang kononnya bermoral tinggi ini juga lah yang simpan pemain yang sepak penonton ala-ala kungfu dulu. Dia lah yang simpan Roy Keane, pemain yang cederakan pemain lain sehingga menamatkan kariernya dulu dan Rio Ferdinand, pemain yang gagal mengambil ujian dadah dan digantung selama 8 bulan. Evra memang sengaja buat provokasi. Pada aku, dia tak sepatutnya bagi reaksi begitu. Nampak sangat nak tarik perhatian yang kononnya dialah mangsa. Media memainkan banyak peranan dalam dunia. Aku rasa perkara ni sangat menakutkan. Cerita boleh dibuat daripada 0. Apa yang dapat dilihat dari gambar di bawah? Patutla aku rasa pelik sebab sebelum perlawanan dikhabarkan dia akan tetap salam. Tapi yang aku pelik Ferdinand pun tak nak salam Suarez. Apahal? Dia pun racist ke?

Ada nampak macam nak salam ke Evra tu? (Kredit thisisanfield)

Video Suarez tak salam Evra…

AF kata Suarez tak patut main untuk Liverpool lagi sebab tak salam Evra dan ini pemain yang menjadi Lagenda mereka?

Semasa Perlawanan

Secara ringkasnya MU memang main lebih baik daripada Liverpool. Kenny sendiri cakap. Memang nampak sangat. Terlalu banyak hantaran ke belakang dan ke tepi berbanding ke hadapan. Nampak macam tak mahu menyerang. Dan apabila menyerang disia-siakan. Pertahanan nampak sangat goyah malam ni. Enrique banyak kali tak berjaya halang Valencia. Wellbeck dengan mudah berlari ke arah gol. Liverpool mula perlawanan dengan biasa. Menekan semua pemain MU di kawasan mereka sendiri. Tapi semakin lama semakin kurang tekanan yang dikenakan.

Pemain tengah dan penyerang nampak macam tak ada idea. Setiap kali dapat bola daripada lawan tak berjaya buat serangan kilat. Sebab tak ada idea. Tak ada rakan berhampiran untuk dihantar. Akhirnya terpaksa hantar bola jauh yang mengarut atau bola dirampas pihak lawan. Aku sampai jerit-jerit suruh pemain lain tolong pemain yang tengah pegang bola dengan harapan ada pemain yang dengar..huhu. Gol yang dijaringkan MU pun hasil kesilapan pemain. Kalau main dekat OT buat silap memang akan kena la kan. Aku tak pasti kenapa Carroll yang bermain dengan baik sebelum ni tak diturunkan. Adakah kerana beri laluan kepada Suarez? Aku tak kisah sekiranya Suarez dan Bellamy dimulakan dikiri dan kanan Carroll. Tapi dengan Suarez seorang diri di atas langsung tak nampak bahaya kerana kurangnya hantaran ke atas.

Bagi aku pertukaran yang Kenny buat terlalu lambat. Dan setelah pertukaran dibuat Liverpool hanya menghasilkan 1 gol itupun melalui sepakan percuma dan kesilapan pemain lawan. Aku seronok kejap sebab aku ramal Suaez akan skor sebelum perlawanan dalam post MU vs Liverpool. Lepas daripada tu Liverpool kembali main dengan perlahan dan tak bermaya. Tiada lagi tekanan keatas pemain lawan. Dan tiada lagi larian atau hantaran ke arah gol. Liverpool selalu terlambat untuk buat kebangkitan. Selalu nak buat aku sakit jantung. Sepatutnya dari awal hingga akhir main macam wisel penamat nak dibunyikan. Aku harap Piala Carling dan FA dapat jadi pengubat untuk kita musim ni. Aku harap Kenny menggunakan taktik menyerang yang lebih berkesan. Aku rasa ada perlawanan dulu yang Liverpool main dengan larian dan hantaran yang cantik. Tapi kali ni macam tak ada tujuan. Harap ada peningkatan untuk perlawanan lepas ni.

Selepas perlawanan

Selepas habis perlawanan Evra pula buat hal. Dia meraikan kemenangan mereka macam menang piala. Padahal orang lain tenang ja. Ferdinand siap berborak lagi dengan Bellamy lepas habis perlawanan. Evra raikan gol dan berlari kearah Suarez sambil menepuk dada tempat letak lambang MU. Aku dah risau Suarez gigit dia ja…huhu..Ada beberapa pemain Liverpool tak puas hati dengan cara dia meraikan kemenangan sampai pengadil dan steward terpaksa campur tangan dan tahan Evra dari masuk ke dalam terowong dengan pemain Liverpool. AF hanya cakap “Dia tak sepatutnya buat begitu”. Tak ada pulak, “Dia memalukan” atau “Dia tak sepatutnya bermain untuk MU lagi”. Ada juga penyokong MU yang kata Suarez racist sebab tak salam. Kalau dia racist kenapa dia salam Welbeck dengan Fabio?

Evra terlebih gula

Lepas perlawanan aku ada gak komen-komen kat status member yang sokong MU. Yang aku pelik dia lak yang emo. Sampai suruh aku diam. Kalau cakap dengan elok aku tak kisah lagi. Lepas tu ada sorang ni aku tak pernah baca pun status pasal MU kat FB dia tapi tiba-tiba post gambar logo MU dan kata penyokong Liverpool dah bisu…gelak aku sorang-sorang depan komputer. Aku suka sebenarnya berborak ngan penyokong kelab lain kalau diorang berborak dengan berhemah macam aku…hehe…tapi aku tak akan hormat orang yang dalam komen gunakan perkataan tak elok. Aku seboleh-boleh elakkan benda ni. Bila guna perkataan tak elok automatik aku anggap pandangan orang tu tak relevan. Maaf cakap. Jadi aku menggesa..cewah..supaya penyokong Liverpool yang membaca blog aku ni untuk elakkan guna kata-kata kesat atau menghina. Kita buktikan kita lebih baik daripada diorang. Boleh?

Perlu ke? Aku harap dia bergurau. Apapun, aku masih akan maafkan dia.

Aku juga ada baca di FB mengatakan di D’Stall corner ada sedikit pergaduhan(maaf kalau salah). Hanya orang yang berada di sana boleh sahkan. Isunya ada penyokong MU baling botol mineral kepada penyokong Liverpool. Apa ni? Kutuk-kutuk tu satu la. Ni dah sampai tahap macam ni aku rasa baik tak payah tengok bola. Tujuan untuk kumpul ramai-ramai eratkan hubungan jadi gaduh pulak. Harap tak serius. Dan aku harap semua pihak boleh lupakan perkara ni. Lepas ni masing-masing ikut haluan masing-masing. Sebelum tu…

Perkara berbangkit

AF persoalkan kenapa Liverpool tak buat rayuan tentang kes Suarez. Boleh baca kat SINI. Soalan aku untuk AF pulak, kenapa tak bawa kes ke mahkamah dan jadikan kes polis? Setahu aku isu perkauman sangat sensitif di sana. Jawapannya kerana bukti yang ada tak kukuh dan tak mampu buktikan Suarez salah. Sebab tu setel kat FA sahaja. Dengan 3 panel yang kononnya bebas. Sekian dulu dari aku yang penuh emosi. YNWA.

Sumber :

A Message for the media and the hypocrite Ferguson

Kenny’s United verdict

2 thoughts on “MU 2-1 Liverpool.

  1. Taktik dia macam sebelum-sebelum ni jugak. Cuma terkejut sebab Rooney dapat gol dan dalam masa yang cepat. Aku rasa memang dia nak bawak masuk bellamy 2nd half untuk counter attack waktu pemain MU dah penat…tapi tu la..kadang2 apa yang dirancang tak menjadi..

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s