Maaf dari Liverpool dan Aku


Salam dan selamat sejahtera. Musim ni merupakan musim yang paling bermasalah untuk Liverpool. Dalam usaha Kenny Dalglish untuk memulihkan kelab, Liverpool kini menjadi tumpuan terutamanya kepada media kerana masalah disiplin pemainnya. Berikutan kejadian di old Trafford, Liverpool telah mengeluarkan beberapa kenyataan.

Kenyataan dari Luis Suarez

Saya telah berbincang dengan pengurus sejak perlawanan di Old Trafford dan saya sedar yang saya telah melakukan kesilapan. Saya bukan sahaja telah mengecewakan dia malah kelab dan apa yang dimaksudkan dengannya. Saya bersalah dan saya menyesal atas apa yang telah terjadi. Saya sepatutnya bersalam dengan Evra sebelum perlawanan dan saya ingin meminta maaf atas tindakan saya. Saya ingin melupakan perkara ini dan memberi tumpuan kepada bolasepak.

Luis Suarez: I’m sorry

Kenyataan dari Pengarah Urusan Liverpool, Ian Ayre

Kami sangat kecewa Suarez tidak berjabat tangan dengan Evra sebelum perlawanan semalam. Dia memberitahu kami dia akan bersalam sebelum itu tapi kemudiannya memilih untuk tidak berbuat demikian. Dia bersalah kerana membuatkan kami keliru dan bersalah kerana tidak bersalam dengan Evra. Dia bukan sahaja mengecewakan diri sendiri malah Kenny, rakan sepasukan dan kelab. Perlakuannya ini tidak boleh diterima dan perkara ini telah dijelaskan kepada Suarez. Suarez kini telah meminta maaf atas tindakannya. Walaubagaimanapun, kami semua mempunyai tugas untuk menjaga tingkah laku dengan cara yang bertanggungjawab dan kami berharap sekarang dia faham apa yang diharapkan dari semua yang mewakili Liverpool.

Ian Ayre: Luis was wrong

Kenyataan dari pengurus Liverpool, Kenny Dalglish

Ian Ayre telah menjelaskan kedudukan kelab dan tindakan Suarez untuk meminta maaf adalah perkara yang betul. Secara jujurnya saya terkejut mendengar yang dia tidak bersalam dengan Evra kerana dia memberitahu kami dia akan bersalam. Tapi seperti yang Ian katakan sebelum ini, kami semua mempunyai tanggungjawab untuk mewakili kelab ini dalam cara yang baik termasuk juga saya sebagai pengurus. Semasa saya keudara semalam saya tidak nampak apa yang berlaku tapi saya tidak bertindak seperti seorang pengurus Liverpool yang sepatutnya ketika ditemuramah dan saya ingin meminta maaf untuk itu.

KD: We all have a responsibility

Kenyataan MU

Manchester United mengucapkan terima kasih kepada Liverpool kerana meminta maaf setelah insiden Hari Sabtu. Semua orang di Old trafford mahu melupakan perkara ini. Tiada yang setanding dengan sejarah dua kelab ini. Itu yang sepatutnya dijadikan tumpuan dimasa hadapan kepada mereka yang mencintai kedua-dua kelab ini.

Kenyataan dari Aku

Nampaknya memang Suarez yang bersalah kerana tidak bersalam dengan Evra. Jadi aku termasuk juga dalam golongan yang perlu meminta maaf kerana menyangkakan Evra yang merendahkan tangannya kerana tidak mahu bersalam dengan Suarez. Aku minta maaf seandainya ada kawan-kawan aku yang terasa dengan komen aku di blog atau laman Facebook. Kita selalu nampak apa yang kita nak nampak. Bukan selalunya perkara yang sebenar. Aku harap penyokong yang dah melampaui batas terutamanya secara fizikal dapat bermaaf-maafan. Bola untuk menyatukan bukan memecah belahkan. Lebih-lebih lagi apabila pasukan yang disokong adalah pasukan luar. Tak salah memepertahankan mereka tapi jangan sampai persaudaraan kita di sini yang menjadi mangsa. Apa yang kita buat atau cakap melambangkan siapa diri kita yang sebenar. Jadilah orang yang bertanggungjawab dan mulakan langkah pertama dan minta maaf kepada yang berkenaan.

Untuk kes video yang dirakam di Youtube tu komen aku, jangan terlalu ambil serius kepada komen-komen yang berbaur perkauman, penghinaan dan lain-lain yang tak relevan. Aku harap perkara tu diselesaikan cara baik. Aku sendiri seboleh-bolehnya pastikan aku tak keterlaluan dalam menulis sebarang entri. Kepada yang rajin bertwitter untuk pengetahuan korang, penyokong Liverpool di sana pun akan membuang atau terus menghalang akaun-akaun yang selalu menggunakan ayat-ayat berunsur perkauman. Jangan buat sesuatu hanya kerana semua orang buat begitu. Kita boleh jadi orang pertama yang mengubahnya. Nampaknya MU telah pun menerima kenyataan maaf dari liverpool dengan hati terbuka. Aku harap perkara ini dapat dilupakan dan Liverpool tak terlibat lagi dengan masalah lain. YNWA.

One thought on “Maaf dari Liverpool dan Aku

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s