Man United vs Liverpool


Salam dan selamat sejahtera. Esok sekali lagi kita akan berhadapan dengan MU. Namun kali ini kita akan bertandang ke Old Trafford. Kali ini mungkin sukar untuk Liverpool dapatkan kemenangan. Sukar. Bukan Mustahil. Walaupun tiket untuk penyokong Liverpool dikurangkan kepada kira-kira 2000 sahaja namun aku pasti suara mereka akan tetap kedengaran bersorak untuk semua pemain..dan mungkin untuk kucing Anfield (sekiranya beliau berjaya mengembara ke OT). Pertembungan kali ini pasti lebih tegang dengan kembalinya Suarez. Dia dikhabarkan akan tetap bersalam dengan Evra dan semua pemain MU yang lain setelah media menimbulkan dan menyebarkan khabar angin yang dia tidak akan berbuat demikian.

Kenny on Man United game

Adakah kali ini Kenny akan menurunkan Suarez dan Bellamy sebagai penyerang? Ataupun dia akan mengekalkan 3 penyerang dengan menggunakan Carroll sebagai “target man”?. Bellamy sekarang dalam prestasi terbaiknya untuk The Reds setelah memenangi anugerah Standard Chartered Player of The Month untuk 2 bulan berturut-turut. Aku teringin nak tengok dia bergandingan dengan Suarez dihadapan tapi aku rasa Kenny akan kekal menggunakan Carroll dihadapan setelah persembahan meyakinkan ketika melawan Spurs sebelum ini.

Bellamy makes it two in a row

Berkenaan isu Downing pula, aku hairan kenapa ramai lagi yang membenci dia. Assist dikira hanya apabila gol dijaringkan. Gol dijaringkan jika ada hantaran. Seperti yang kita tahu Liverpool mempunyai kadar jaringan/cubaan yang rendah jadi tidak hairan pemain tengah atau penyerang kurang mencatatkan assist. Bagi aku masalah ini sama seperti masalah ayam dulu atau telur dulu. Menjaringkan gol adalah masalah utama Liverpool sekarang tapi perlu kita ingat, Liverpool suka main lawan MU😉 Kalau Liverpool bermain seperti ketika melawan Spurs aku yakin Liverpool akan menang. Siapa yang minat statistik boleh tengok kat twitter akaun bawah ni. Semua untuk LFC tetapi dalam BPL sahaja. KLIK PADA GAMBAR.

Siapa belum follow sila follow!

Aku dapat rasa yang Suarez akan skor dalam perlawanan ni! hahah….Apapun semua percaturan ditangan kenny. kita hanya boleh tunggu dan lihat. Sementara tu tengok video promo untuk perlawanan ni..ini je yang aku jumpa pasal letih sangat dah waktu tulis entri ni.minggu ni agak sibuk tapi aku berusaha untuk kongsi pandangan aku.

45-great-pre-united-stats

Video ni ringkas sangat. Sebab tu aku lebih suka tengok yang ni walaupun ini untuk promo perlawanan yang dah lepas tapi masih relevan untuk ditonton.

YNWA.

p/s : adakah AnfieldCat akan datang lagi? Mungkin..jika dia berjaya naik bas atau teksi😉

Kucing Comel (Kredit : Laman Facebook Liverpool FC)

One thought on “Man United vs Liverpool

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s