Liverpool 0-0 Tottenham


Salam dan selamat sejahtera. Liverpool seri lagi di Anfield. Tapi kali ni aku tak terlalu kecewa. Sebab dengan Spurs kita dengan mudah boleh kalah. Bagi aku Liverpool bermain dengan baik. Cuma kurang buat cubaan gol. Sebelum perlawanan aku tengok gambar Anfield penuh kabus. Takut tunda pulak perlawanan tapi laman rasmi kata ON kita ON la.

Kabus Anfield (Kredit : Laman Facebook Liverpool FC)

Liverpool memberi tekanan dari awal permainan lagi. Bermain tinggi dan membuat tekanan keatas pemain pertahanan Spurs. Tak terlalu banyak buat kesalahan hari ini. Carroll meneruskan prestasinya yang baik dari perlawanan sebelum ini. Itu pendapat aku. Sebab dia banyak tahan dan kawal bola bila perlu. Dia juga banyak tanduk bola kearah pemain lain untuk membuat serangan. Cuma dia tak bernasib baik kerana cubaa pada separuh masa kedua tersasar. Sepakan percuma Gerrard yang selalunya masuk dengan mudah terkena badan Adam. Tandukan Suarez tepat ke Friedel. Aku rasa banyak lagi cubaan. Kalau korang nak tengok kena muat turun highlight macam biasa. Bagi aku berbaloi tengok.

Spurs hanya bertahan sepanjang perlawanan dan menunggu masa sesuai untuk serangan balas. Kebanyakan masa langsung tidak merbahaya tapi pada minit ke-85 lebih kurang Bale melepasi perangkap offside dan hanya berhadapan dengan Reina dan…siaran Astro terganggu kejap…dalam hati aku dah kata kompem gol dah..kalau Bale dengan penjaga gol..huhu…aku dah pasrah…lepas siaran ada balik aku tengok Bale dah terbaring pekup muka. Yay!!! Tengok ulangan baru tahu Reina selamatkan cubaan Bale. Bagi aku Parker MOTM. Dia yang kejar semua pemain Liverpool yang buat serangan. Oh ya…waktu separuh masa pertama ada kucing masuk padang…comel gila! Tak caya tengok gambar bawah ni.

Kucing Comel (Kredit : Laman Facebook Liverpool FC)

Pagi ni banyak la gambar-gambar baru dibuat untuk situasi kucing ni…dan aku nak kongsi kat sini satu kartun dari comicstriper

Heheh...memang comel la kucing semalam tu...geram aku tengok...

Bagi aku kita bernasib baik sebab Parker dan Bale dah dapat kad kuning awal permainan lagi. Jadi ada sedikit kelonggaran. Itupun Liverpool tak dapat nak gunakan sebaiknya. Bellamy kurang menyengat sikit malam ni. Kuyt bermain denganbaik namun dikeluarkan untuk bawa masuk Suarez. Suarez tak nampak aggresif sangat walaupun masuk je dah sepak Parker kat perut..huhu…satu lagi aku perasan yang Suarez dah kurus. Cuti lapan perlawanan mesti buat fitness gila-gila ni. Aku kecewa sikit sebab tak dapat tengok Bellamy dan Suarez main kiri dan kanan Carroll. Mesti mantap. Sebab banyak tandukan Carroll tak dikejar sesiapa. Gerrard nampak macam tak berapa rajin je aku tengok kejar bola malam ni. Tapi 1st half jauh gak dia lari. Hmmm….

Takpelah. Bagi aku bola tu bulat. Setiap perlawanan hanya ditentukan setelah main sampai tamat. Sebelum lawan memang tak boleh nak cakap apa. Dan kalau bermain dengan hebat sekalipun tak semestinya akan menang dan begitu juga sebaliknya. Kalau tak, takkan Barcelona yang diagung-agungkan pun boleh seri dan kalah kan? Jadi, aku harap dengan adanya Suarez dan Bellamy lepas ni boleh hasilkan banyak gol untuk baki perlawanan yang ada. Taktik Liverpool pun dah banyak nampak menggunakan Carroll. Cuma penyudah yang kurang sekarang. Sabtu ni perlu dalam prestasi terbaik untuk menentang MU di Old Trafford. Sekian dulu dari aku. YNWA.

Video highlight (masih wujud waktu entri ini dibuat)

Dan macam biasa tempat donload kat Pakman’s Football Blog

2 thoughts on “Liverpool 0-0 Tottenham

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s