Liverpool dan NextGen Series


Logo NextGen Series (Sumber : Laman rasmi NextGen Series)

Salam dan selamat sejahtera. Sambil kita menanti perlawanan menentang Spurs pagi Selasa nanti, mari kita tengok apa benda NextGen ni. Sebelum ni aku tak ambil tahu sangat tentang piala ni sebab aku lebih tumpukan kepada BPL, Carling Cup dan FA Cup. Tapi memandangkan mereka yang terlibat dalam piala ni mungkin menjadi seorang pemain Liverpool suatu hari nanti aku gagahkan diri untuk membuat entri ini. Sebelum ni aku hanya sekadar tahu nama pemain-pemain muda Liverpool. Harini aku nak kongsi kisah mereka dan NextGen.

Apa itu NextGen Series?

NextGen Series adalah pertandingan seperti Champions League dimana kelab-kelab yang menyertai mempamerkan kehebatan pemain muda mereka. Tujuan? Untuk membiasakan pemain muda dengan format perlawanan antarabangsa. Mereka juga akan berhadapan tugas untuk membiasakan diri dengan taktik lawan yang belum pernah mereka hadapi, membiasakan diri dengan perjalanan jauh dan mengembara dalam tempoh yang lebih lama supaya mereka lebih bersedia untuk menjadi pemain pasukan utama nanti. Jadi taklah mereka homesick macam Gerrard nanti😛

Kelab yang menyertai NextGen musim pertama (Sumber: Laman Rasmi NextGen Series)

Keputusan dan kedudukan Liverpool

Liverpool 0-3 Sporting Lisbon
Molde 0-4 Liverpool
Liverpool 1-1 Wolfsburg
Wolfsburg 2-0 Liverpool
Liverpool 3-0 Molde
Sporting Lisbon 5-1 Liverpool

Untuk laporan penuh setiap perlawanan boleh semak di SINI

Pungutan mata yang kurang memberangsangkan untuk Liverpool

Suku Akhir dan kejutan

Liverpool bermain dengan baik pada perlawanan suku akhir menentang Spurs tetapi keputusan memihak kepada Spurs 1-0. Spurs akan menentang Barcelona atau Ajax dalam peringkat separuh akhir. Namun ada berita yang mengejutkan dimana Spurs dikatakan menarik diri daripada kejohanan ini. Punca tarik diri adalah kerana mereka didapati menggunakan pemain yang tidah layak bermain dan mereka membuat keputusan untuk menarik diri. Tahniah atas kejujuran dan sikap proffesional mereka. Kini Liverpool berpeluang untuk menebus kekalahan mereka dan prestasi yang tidak berapa memberangsangkan mereka di peringkat separuh akhir nanti. Tarikh dan waktu belum ditentukan lagi. Sila lawati laman INI untuk maklumat lanjut.

Tottenham tarik diri

Bagi aku ini adalah peluang untuk pemain seperti Sterling untuk buktikan dia boleh pergi jauh dan boleh menyerlah apabila bermain dengan pemain-pemain Barcelona atau Ajax yang terkenal dengan akademi mereka. Tapi jangan sampai dia dibeli oleh kelab lain sudah. Sebab melalui kejohanan ini juga Liverpool dapat seorang pemain berbakat, Joao Carlos Texeira dari Sporting Lisbon yang membelasah Liverpool dalam peringkat kumpulan. Untuk pengetahuan, video highlight untuk setiap perlawanan ada di laman rasmi. Mereka ada channel youtube mereka. Jadi boleh ke SINI untuk menonton. Sekian dulu dari aku, apa-apa berita atau keputusan berkenaan kejohanan ini aku akan kemaskini kemudian.

Kemaskini 9/2 : Liverpool akan bertemu dengan Ajax pada peringkat separuh akhir setelah Ajax menumpaskan Barcelona 0-3 di Sepanyol. Tiada tarikh dan tempat ditetapkan.

4 thoughts on “Liverpool dan NextGen Series

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s