Liv vs Spurs featured image

Liverpool vs Spurs : Misi kecewakan Harry


Salam dan selamat sejahtera. Memandangkan  perlawanan lambat lagi, aku isi masa korang dengan pandangan aku ni. Macamana agaknya nak sekat Spurs. Ini pandangan aku. Kalau korang ada pandangan lain boleh kongsi dengan aku. Komen je kat bawah ye…kita borak sampai perlawanan nak mula..heheh…

Kenny tunjuk skil... (Kredit : Laman rasmi Liverpool FC)

Sentiasa fokus dan dapatkan semua bola dan bola kedua

Spurs mempunyai pemain yang berkemahiran tinggi seperti Bale, Modric dan Van Der Vaart yang akan menghukum Liverpool sekiranya mereka lalai dan membiarkan bola bergolek-golek berhampiran gol samada di dalam atau luar kawasan penalti. Kita dah saksikan bagaimanana Modric melakukannya dan secara seriusnya aku tak nak tengok jadi macam tu lagi kali ni. Pertahanan mungkin tak ada masalah keluarkan bola tapi bola selepas itu juga penting dan semua pemain perlu pantas keluarkan daripada kawasan bahaya tanpa menggunakan skil-skil yang tak perlu.

Video perlawanan di White Hart Lane (aku letak mana yang aku jumpa dulu je)

Tekanan, kekasaran dan kad

Antara kelemahan waktu lawan di Spurs ialah pertahanan yang longgar. Mungkin nampak longgar sebab kita menjaga mengikut kawasan dan bukan menjaga pemain. Jadi Defoe dengan mudah menyelinap dan berlari meninggalkan pertahanan yang tak berapa nak laju. Pertahanan secara zonal tak jadi masalah sekiranya pemain tengah dan penyerang melakukan tekanan dari bahagian atas lagi. Paksa kesilapan dari pemain lawan. Tapi perlu elakkan terjahan yang tak perlu seperti pemain lawan yang sedang mengadap ke gol sendiri atau sedang memecut ke arah menjauhi gol dan kad kuning tak sepatutnya keluar apabila kita menekan pemain lawan di dalam kawasan mereka. Rugi. Kita mungkin perlukan kad kuning itu untuk mengasari Bale atau Modric secara teknikal di saat-saat  genting perlawanan nanti.

Menekan dari atas lagi (Kredit : Laman rasmi Liverpool FC)

Pemain perlu bekerjasama untuk menekan pemain lawan dan pemain yang dijangka akan menerima bola selepas itu. Seperti biasa, jangan bagi mereka ruang untuk berpusing, melihat kehadapan dan membuat hantaran. Aku tahu untuk buat semua ni pemain akan sangat-sangat penat. Tapi itulah yang harus dilakukan untuk menang perlawanan ni. Pemain sayap tak sepatutnya diberi ruang langsung untuk membuat hantaran ke tengah. Aku harap Enrique tak akan buat silap seperti lawan MU tempoh hari. Pertahanan kanan, samda Kelly atau Johnson perlu menjaga Bale, tugas yang berat. Jadi pemain sayap kanan WAJIB membantu dengan pemain tengah bertahan berada berhampiran sekiranya dia masih terlepas.

Garisan pertahanan

Aku serius tak tahu nak cakap perlu bertahan lebih tinggi atau rendah. Tapi memandangkan kemungkinan Saha yang akan mengepalai serangan, aku rasa Liverpool lebih selamat  bertahan lebih tinggi. Aku rasa dia tak selaju ketika dia di Fulham atau MU dulu tapi dia masih berbahaya untuk rembatan dari jauh. Jadi garisan pertahanan yang sedikit tinggi dapat uruskan masalah ni. Tapi dengan bertahan sebegini Reina mungkin terpaksa keluar dari kawasan beberapa kali untuk keluarkan bola sekiranya pemain laju mereka yang lain melepasi pertahanan untuk menyambut hantaran jauh. Daripada pemerhatian aku, Liverpool sekarang menekankan penggunaan pertahanan sebagai pelindung gol sekiranya penjaga gol naik keatas sedikit untuk berdepan dengan penyerang. Jadi kejadian seperti gol Adebayor sebelum ini diharap tidak akan berulang.

Penjaga gol perlu perlindungan (Kredit : Laman rasmi Liverpool FC)

Menyerang. Laju atau perlahan?

Spurs main dengan sangat laju di White Hart Lane. Tapi dengan ketiadaan Lennon, Defoe dan beberapa pemain lain (sekiranya betul) mungkin mereka tak akan bermain selaju itu. Jadi kita samada bermain dengan laju untuk mengejutkan mereka atau menyerap serangan mereka sebelum melancarkan serangan balas dengan pantas. Sekiranya Kenny menggunakan Bellamy, Carroll dan Suarez dibahagian depan, Liverpool boleh menggunakan Bellamy dan Suarez untuk serang balas yang pantas manakala gunakan Carroll untuk menahan bola sebelum pemain lain berlari keatas ataupun menggunakannya untuk menanduk bola kelaluan Bellamy atau Suarez seperti yang dilakukan untuk Kuyt dan Bellamy dalam perlawanan baru-baru ini. Dengan adanya Reina sebagai penghantar dan Carroll sebagai penyambut kita ada peluang untuk hasilkan gol. Lebih-lebih lagi apabila ada Bellamy dan Suarez dikiri dan kanannya😉

Carroll sebagai Target Man? (Kredit : Laman rasmi Liverpool FC)

Untuk serangan yang dibina secara perlahan dan pemain lawan bertahan dalam kawasan penalti, bola boleh dihantar ketengah untuk Carroll dan dengan Gerrard menunggu diluar kawasan penalti, sebarang bola yang keluar hanya tunggu masa untuk diletupkan oleh Gerrard. Selain daripada merembat terus, Gerrard juga akan ada pilihan untuk melambung bola kedepan dengan kelajuan serta kecerdikan Bellamy dan Suarez mereka pasti dapat melepasi pertahanan yang sedang kelam kabut dan mengalahkan perangkap offsaid.

Skuad

Ini imaginasi aku sahaja dan aku tau mustahil Kenny nak main macam ni sebab terlalu menyerang..huhu

Liverpool

Pemain yang cedera : Lucas
Pemain yang diragui : Tiada

Spurs

Pemain yang cedera : Huddleston, Gallas
Pemain yang diragui : King, Walker, Lennon, Defoe, Van Der Vaart, Adebayor

Panjang aku berceloteh harini, aku sebenarnya risau dengan perlawanan ni. Spurs bermain dengan baik musim ni. Dalam diam-diam diorang panjat tangga liga. Sekarang dah ditempat ketiga. Silap gaya diorang yang juara musim ni. Aku harap Liverpool tak lalai dan tak lemah tak kira samada mereka dapat jaringkan dulu atau keintggalan dulu nanti. Sebab bila dah tak semangat apa pun tak boleh nanti. Apapun, kita tunggu apa percaturan yang bakal Kenny buat untuk mengejutkan Spurs pagi Selasa nanti. YNWA.

Bacaan lain

Preview oleh wangerrard
Bleacherreport
Bleacherreport2
Guardian
thisisanfield

Bosan-bosan sila baca LBM😉

LBM1
LBM2
LBM3

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s