Wolves 0-3 Liv featured image template

Wolves 0-3 Liverpool.


Salam dan selamat pagi. Kepada yang tak sempat menyaksikan perlawanan pagi tadi, seperti yang dapat dilihat pada tajuk, kita menang dengan jaringan 3-0. Gol dijaringkan oleh Andy Carroll, Craig Bellamy dan Dirk Kuyt. Tingkap perpindahan telah ditutup secara rasminya dan tiada pemain baru menyertai Liverpool. Pagi ni aku tak nak bercerita mengenai orang lain kecuali Andy Carroll.

Andy Carroll - Kemarau berakhir? (Kredit : Laman Facebook Liverpool FC)

Pagi tadi aku terpaksa duduk dengan penyokong MU. Sebab kedai yang aku tengok tu, Al-Fariz Maju, ada dua TV dan tunjuk perlawanan Liverpool dan MU. Bukan main lagi diorang bersorak. Aku dalam hati cakap “Eleh. Penalti je”. Stoke ni lawan Liverpool punya lah liat. Tapi aku taknak kenang perlawanan lama. Aku nak cerita pasal perlawanan pagi tadi.

Tentang Carroll

Dari sepak mula lagi Andy Carroll nampak bahaya. Dia tak nampak semangat sebab rupa dia kot..letih je aku tengok. Tapi dia sangat tajam (sharp..huhu) pagi tadi. Awal lagi dia dah tanduk bola ke laluan Kuyt yang mensia-siakan peluang untuk tolak masuk melepasi penjaga gol. Andy Carroll juga banyak menang lawan tanduk bola. 8 kali kalau tak silap dalam perlawanan ni. Untuk kepastian sila ke laman web statistik yang anda tahu😉 Carroll juga ada membuat satu turning yang menarik dan melepaskan rembatan. Walaupun tersasar aku tetap ternganga tengok. Sebab macam bukan Carroll…heheh…sama macam aku ternganga bila dia buat flick masa lawan MU itu hari. Akhirnya setelah menyeksa pertahanan yang menjaganya, Carroll menjaringkan gol pada minit ke-52. Hasil hantaran lintang (iye ke cross = hantaran lintang?) daripada Charlie Adam. Carroll jaringkan gol dengan menolak bola melepasi penjaga gol.

Ulang tahun pertama Andy di Liverpool (Kredit : Laman rasmi Liverpool FC)

Sebelum Carroll menjaringkan gol banyak peluang Liverpool sebenarnya. Carroll banyak menahan bola dan mengumpan kedalam kawasan penalti yang kosong. Tiada penyerang mahupun pemain tengah yang membantu atau membuat larian susulan untuk menyempurnakan bola daripada Carroll. Tak ada apa yang menarik waktu separuh masa pertama melainkan pergerakan Andy Carroll. Aku mati-mati ingat Liverpool akan seri lagi tadi. Tapi gol Carroll mengubah segala-galanya.

Bellamy cemerlang seperti biasa (Kredit : Laman rasmi Liverpool FC)

Bellamy menjaringkan gol kedua hasil larian solo dan rembatan yang agak lemah namun gagal di selamatkan oleh penjaga gol. Dirk Kuyt melengkapkan kemenangan dengan menyudahkan serangan pantas Liverpool yang dimulakan oleh Enrique dibahagian pertahanan. Jaringan ini merupakan jaringan ke-50 Kuyt dalam liga. Adam dan Agger kemudiannya dikeluarkan untuk digantikan dengan Carra dan Shelvey kerana telah menerima kad kuning. Lewat permainan Aurelio pula dimasukkan. Secara keseluruhannya Liverpool banyak buang bola dengan mudah dalam separuh masa pertama. Peluang jaringkan gol juga disia-siakan. Namun separuh masa kedua menyaksikan Liverpool bermain dengan bertenaga dan mudah mendapatkan tiga gol.

Kuyt meraikan Gol ke-50 nya dalam liga

Selamat Kenny. Kalau kalah perlawanan ni mesti ramai yang mempersoalkan kenapa Liverpool tak beli pemain. Tapi banyak lagi perlawanan yang perlu diharungi. Lepas ni kita kan berjumpa Spurs. Pasukan yang berada di tempat ketiga sekarang. Perlawanan ini akan menyaksikan Suarez dan Gerrard bermain bersama. Dengan prestasi Bellamy, Kuyt dan Carroll yang sedang menaik perlawanan ni pasti menyeronokkan. Aku balik dengan gembira lagi tadi. Nasib baik MU menang. Kalau tak mesti kena ejek lagi..heheh. Chelsea seri 1-1 dengan Swansea. Jadi Liverpool hampiri tempat keempat dengan jarak hanya 4 mata sekarang. Sekian dulu. YNWA.

Video gol (Video masih wujud sewaktu entri ini dibuat)

Macam biasa, untuk muat turun HIGHLIGHT / FULL MATCH pergi ke Pakman’s Football Blog

Untuk yang terlepas membaca semalam, klik Lagenda Budak Merah – Bahagian 3.

3 thoughts on “Wolves 0-3 Liverpool.

  1. Lepas ni kasi dia je main…orang kiri kanan die je tukar…lama2 kompem mantap lah…kurang keyakinan diri je budak ni…heheh….

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s