Kenny : Tiada pemain senior yang baru


Kenny bertegas. Sumber : liverpoolfc.tv

Salam dan selamat sejahtera. Semalam aku tidur awal sebab aku tak sihat. Dengan harapan waktu pagi akan ada berita perpindahan pemain. Tapi yang ada hanya kenyataan yang dikeluarkan oleh kenny Dalglish mengenai pemain senior seperti tajuk di atas. Termenung kejap aku. Betul ke ni? Aku tengok balik memang dekat laman utama Liverpool. Bukan bahagian rumours. Aku tak tau nak pasrah ke redha..heheh…korang macamana?

Dalglish: No new senior players

Dalglish : No Late transfers for Red

Memandangkan tiada pemain senior yang akan masuk atau keluar kita tengok la pemain muda yang masuk. Liverpool talah mendapatkan Penjaga Gol Wales B-19 tahun,  Danny Ward. Dia akan bermain dengan skuad simpanan di akademi. Pemain ini dibeli dari Wrexham dengan harga lebih kurang £100k..

Danny Ward (Sumber : Daily Post)

Reds sign youth goalkeeper

Perkara yang ada dalam kepala aku waktu baca kenyataan Dalglish

1. Liverpool cuba dapatkan pemain tapi terlalu mahal kerana harga bulan Januari.
2. Liverpool tak dapat tarik pemain kerana tak menjanjikan Champions league.
3. Liverpool nak tumpukan pada pemain yang ada kerana ramai yang belum main pada tahap kemampuan mereka.
4. Liverpool akan lebih stabil kerana tiada tambahan pemain baru, jadi prestasi boleh ditingkatkan.
5. Liverpool akan menyerap pemain-pemain muda kedalam skuad utama.
6. Liverpool akan ada banyak duit untuk beli pemain dimusim panas nanti.
7. Liverpool dah setuju dengan beberapa pemain untuk pindah musim panas!o_O
8. Kenny Dalglish akan dikutuk habis-habisan dan ramai yang akan menyuruhnya berhenti dan ganti dengan Rafa.

Bila aku fikir balik. Bukan wajib pun beli pemain Bulan januari ni. Aku tau ramai yang akan kata kita perlu sebab main tengah tak bagus. Tapi itulah sendiri jawapannya. Main tak bagus = latih lebih gigih bukannya main tak bagus = cari pemain lain. Mungkin itu yang cuba Dalglish sampaikan. Dan pemain yang ada pasti akan menerima suntikan moral atas keputusan ini. Kerana ini bermakna Dalglish percaya mereka boleh mengubah nasib Liverpool selepas ini. Apa pun keputusan lawan Wolves akan menentukan, penyokong samada akan kata “Wah! Betul la! Tak beli pemain pun boleh menang!” atau “Bangang! Dah kata tak cukup pemain degil!. Walauapapun yang terjadi aku sentiasa di belakang Liverpool. YNWA.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s