Liv 2-1 Man Utd Featured Image

Liverpool 2-1 Man Utd.


Kenny bersorak lagi! (Kredit : liverpoolfc.tv)

Salam dan selamat sejahtera. Seperti yang anda semua tahu kita menang semalam! Muahahah..Gembira sungguh aku dipagi Ahad ini. Walaupun Hari Sabtu aku dimulakan dengan benda yang tak berapa nak best bagi aku. Malas nak cerita pasal aku panjang sangat. Secara ringkasnya, kedai potong rambut potong dengan teruk. Unifi tak ada lagi untuk flat tempat aku tinggal sekarang dan Broadband Maxis aku tak mahu hidup. Tapi secara keseluruhannya Sabtu aku sangat best!

Memandangkan ada perlawanan antara Chelsea dengan QPR aku cadang keluar dalam pukul 8. malas nak bersesak dengan penyokong diorang waktu ke restoran. Sekali punyalah penuh restoran-restoran kat Seksyen 15 tu. Tak sangka pulak aku. Jadi aku masuk terus untuk cari tempat duduk dan akhirnya aku duduk menghadap penyokong Chelsea.huhu…Sebaik perlawanan mula aku tahu ramai penyokong Man Utd sebab setiap kali mereka menyerang ramai yang bersorak.

Kenny’s pride at Reds reaction

Dari awal permainan aku dah tak sedap duduk sebab cara main Liverpool  sangat negatif dan terlalu bertahan. Man Utd  lagi banyak pegang bola dari Liverpool. Tapi dalam aku duk risau tu Agger skor. Aku tertekan sebab waktu dia skor tu aku duk leka pandang mamat ni mengadu apa tah dengan mamak kedai tu. Nasib baik ada ulangan. De Gea sibuk menolak orang tak tengok bola gamaknya. Pertahanan pun sama. Sibuk jaga Carroll, Skrtel. Agger tenang je lompat dan tanduk bola.

Aku risau cara Liverpool main sebab diorang bagi peluang untuk bola sampai kepada pemain sayap lawan. Dari situ mereka ada 50-50 peluang untuk hantar bola lintang dan Liverpool sangat lemah untuk bertahan dalam situasi tu. Kerisauan aku terbukti apabila Man Utd dapat hantar bola ke tengah dan Park Jisung merembat melepasi Skrtel dan Reina. Aku lebih selesa kalau diorang halang bola daripada sampai ke pemain sayap. Lebih selamat. Aku berharap sangat Kenny ubah sesuatu waktu separuh masa ke-2.

Late Kuyt strike seals Cup win

Kenny baca kot fikiran aku..heheh..sebab dia bawa masuk Kuyt dan Adam menggantikan Carragher dan Maxi. Sebelum  ditukar sumpah aku ingat Maxi akan kena kad merah sebab terjah guna 2 kaki. Aku baru baca pasal isu ni semalam. Katanya nak bagi kad merah kat pemain yang buat macam tu lepas ni tak kira kena pemain atau bola. Fuh! nasib baik. Lepas masuk 2 orang ni nampak hidup sikit main. Dan lepas Gerrard dikeluarkan pada minit ke 73 dan digantikan dengan Bellamy, Liverpool mula menyerang habis-habisan. Dan akhirnya Evra tumpas dengan sorakan Anfield. Carroll menanduk bola kearah larian Kuyt dan baammm!!!! Bola menggegar jaring dan De Gea terbaring. Anfield dan kedai mamak bergegar!

Jika saya bermula dengan Kuyt kami mungkin dah selesai separuh masa pertama lagi

Sumpah macam Anfield dah kat Al Fariz Maju semalam…hahah…Kalau masa MU jaringkan penyamaan penyokong diorang jerit dengan kuat…kuat lagi jeritan penyokong Liverpool waktu Kuyt jaringkan gol kemenangan…dan setiap kali ulangan setiap kali tu diorang jerit Golll!!!! Best gila! Lepas dari perlawanan penyokong Liverpool semua bergerak pulang. Semua tersenyum puas. Aku tengok keliling. Ada yang tengah tolong kawan-kawan undur kereta. Ada yang letak tangan atas bahu kawan yang sokong MU dan ada yang bergelak tawa dalam kumpulan. Yang pasti penyokong MU kebanyakannya masih di kerusi. Mungkin tunggu giliran balik untuk elakkan rusuhan..heheh. gurau. Suasana tengok bola semalam memang seronok. Macamana pulak rasa tengok dengan geng-geng Liverpool macam kat D’Stall Corner tu agaknya? lain kali ada duit dan ada masa nak cuba ke sana…heheh…setakat ni dulu cerita aku. YNWA. Salam…

Gambar perlawanan dari Laman Rasmi Liverpool FC

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Highlight rasmi dari FA..tapi takleh play direct..kena pegi kat profile FA….kerek betul…klik je “watch on youtube”

Dan macam biasa untuk muat turun video sama ada perlawanan penuh atau highlight sila ke Pakman’s Football Blog

Updated : Ini keadaan di D’Stall Corner waktu match. Awesome!

Klik untuk ke laman Facebook D'Stall Corner

2 thoughts on “Liverpool 2-1 Man Utd.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s