Liverpool vs Man Utd


Salam dan selamat sejahtera. Esok kita menantikan kunjungan Manchester United ke Anfield. Padang telah disiapkan, pemain sedang giat berlatih dan pengurus bersedia dengan strategi dan taktik untuk hari esok. Adakah anda sudah bersedia?

Kalau nama anda Evra..sila lari sekarang...

Kredit gambar
Skrtel : http://www.liverpoolfc.tv/news/latest-news/tattoo-inspires-skrtel-record
Agger : http://www.tumblr.com/tagged/daniel-agger?before=1304340314
Logo FA Cup : http://www.thefa.com/TheFACup

Gambar ni boleh dikongsi tapi jangan ubah ye 😉

Gambar dari Laman Web Rasmi Liverpool FC

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Esok kena datang awal ke restoran mamak. Sediakan duit yang secukupnya untuk bergelas-gelas air kosong dan makanan. Sediakan telinga untuk mendengar kutukan dan provokasi dari penyokong mereka. Apa pun terjadi jangan kita melampaui batas (dah macam pesanan dalam Zombie Kampung Pisang lak). Kita perlu ingat kita hanya penyokong yang jauh di sini. Kita masih rakyat Malaysia. Tak perlu lebih dari pertukaran kata yang normal bagi dua kumpulan penyokong. Mari jadikan perlawanan ini perlawanan yang diingati kerana hebatnya permainan dan bukannya pergaduhan. Jangan kerana kes Suarez kita di sini yang bertelingkah. Masing-masing punya pendapat tapi tidak berbaloi untuk bertelingkah kerananya. Kalau nak lagi hebat esok kalah menang salam penyokong lain..hahah…cuba la…

Abang Long minta bertenang

Evra dijangka akan main esok lepas dia memberitahu Alex Ferguson yang dia mampu menghadapi Anfield esok. Aku tak rasa dia mampu. Sedangkan dalam keadaan biasa Anfield sudah tidak boleh dihadapi oleh pemain lawan inikan pula bagi seseorang yang menyebabkan Suarez digantung 8 perlawanan.

Evra kata dia mampu hadapi Anfield

Alex Ferguson menolak untuk bekerjasama dengan Liverpool  berkenaan isu ini pada mulanya kerana katanya, ini kesilapan Liverpool sendiri. Akhirnya setelah FA dan polis mengeluarkan kenyataan, mereka terpaksa tunduk dan Alex Ferguson akhirnya menulis kepada semua pembeli tiket perlawanan supaya berperangai baik..hahah…walaupun aku tahu dia hanya nak pastikan peruntukan tiket untuk perlawanan di Anfield selepas ini kembali ditingkatkan untuk penyokong mereka tapi aku puas hati sebab dia terpaksa juga keluarkan kenyataan tu.

Khabarnya ramai pemain utama mereka yang tak dapat main sebab kecederaan. Tapi kita tunggu esok. Aku tau Liverpool akan main dengan bersungguh-sungguh sebab mereka masih ada momentum kejayaan menentang City dan mereka memang tak suka United…heheh..tak sabar menanti esok. YNWA.

Oh..lupa..pesan aku untuk Evra andai dia main esok…Lariiiiiiiiiiii! Selamatkan diri!!!!!!!!!!!

4 thoughts on “Liverpool vs Man Utd

  1. Aku tak sabar dah ni…sejuk dah rase badan…huhu~ Haritu lawan MC dah kuat gile Anfield..tapi malam ni kompem pecah rekod punye la…haha…

  2. salam… saya bru je perasan komen admin blog nie kt blog saya…… sebelum nie agak sibuk sikit x dapat nak luang masa nak membelek blog… anway admin…. best ada jumpe blog bro…

    saya minat hasil cm ne bro edit gambar2 dalm blog bro nie… hope boleh kongsi2 nanti yek…

    dan last sekali Fb bro pe??? lagi senang kita berhubung melalui FB lagi up2 date….
    nie FB saya ( Darion Daron ) emailnya bobdaron@rocketmail.com

    YNWA…..

  3. Salam…biasa la tu…kadang-kadang memang tak sempat jugak tengok blog. Tapi bila tengah ada mood asyik nak tengok je…
    Terima kasih…edit simple2 je….InsyaAllah nanti ada kelapangan boleh kongsi….untuk FB tu dah send request dah…Dzul Fadli Akmal…

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s