Liv 2-2 Liv featured image

Liverpool 2-2 Man City (Agg 3-2).


Kenny tak sorok kegembiraannya (Kredit Liverpool FC Facebook page)

Salam dan selamat sejahtera! Harini aku pergi kerja dengan gembira sebab Liverpool akan ke Wembley untuk bertemu Cardiff pada peringkat akhir Piala Carling bulan depan. Pagi tadi merupakan satu lagi pengalaman manis untuk aku sepanjang menyokong Liverpool selain daripada Musim Treble, Istanbul, Bukit Jalil dan lain-lain sebab dah lama Liverpool tak ke perlawanan akhir dalam sebarang piala. Aku tengok perlawananan pagi tadi di Restoran Al-Fariz Maju di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Korang tengok kat mana?

Sesampainya aku di Seksyen 15 aku tengok ramai yang dah berkumpul dan aku nampak banyak baju merah. Setiap kali aku berselisih dengan penyokong Liverpool yang lain aku senyum sambil angkat sikit kepala. Mesti diorang pelik tengok aku..heheh..mamat ni kenal aku ke? Dari minit 1 lagi Liverpool main dengan baik. Ini bukan pasukan yang kalah kepada  Bolton tempoh hari. Kurang sikit gemuruh aku tengok Liverpool main bagus. Dalam hati, aku kata boleh menang ni.

Jika City ada pemain seperti Craig yang mereka tidak mahu, mereka tahu saya dimana – Kenny Dalglish

Sepanjang perlawanan aku hentak-hentak kaki aku ke lantai. Tangan pun sejuk macam tengok kat Anfield je. Setiap kali Liverpool menyerang setiap kali tu la riuh restoran tu. Tapi ada gak dalam banyak-banyak tu sokong Man City. Aku buat tak peduli je. Yang penting Liverpool aku. Restoran tu ada 2 TV, jadi pukul 5 dia dah buka El’ Classico. Ramai la yang pusing kerusi waktu tu. Aku buat tak tau je. Walaupun janggal duduk mengadap orang lain tapi aku selamba ja. Masa Bellamy jaringkan gol tu aku menjerit sekuat hati. Tepuk tangan. Bangga gila kot waktu tu. Dan sepanjang separuh masa kedua tu aku tekup tangan kat mulut. Takut Man City skor..huhu…

Pasal prestasi pemain memang aku tak nak komen lebih-lebih sebab semua orang main dengan baik. Kiranya bagi aku diorang berjaya tebus kekalahan haritu. Kenny pun bangga dengan diorang. Sayu je tengok gambar Kenny dengan mata berair dia. Mesti dia terharu tengok fans kat Anfield tu sokong Liverpool walaupun sekarang waktu yang sukar untuk menjadi sebahagian keluarga Liverpool. Aku teringin betul nak ke Anfield untuk apa-apa perlawanan. Nak rasa suasana. Tak cukup rasa kat Bukit Jali itu hari. Tapi itupun meremang dah bulu roma dengar lagu You’ll Never Walk Alone.

Ini video waktu mereka meraikan gol Steven Gerrard. Kalau ada orang nyanyi, automatik yang lain ikut…

Dan ini waktu raikan gol Bellamy, nyanyi lagu Ring of Fire…

Dan yang ni waktu tamat perlawanan…

Best kan?

Ini cara Kenny jawab soalan bodoh-bodoh yang wartawan tanya..kan dah kena sebijik…hahah…

Wartawan : Apa pendapat anda tentang keputusan penalti tadi?
Kenny : Apa maksud anda?
Wartawan : Yang bola terkena tangan tu.
Kenny : Tepat sekali.

Kepada yang tak tengok memang rugi. Ni ada video gol yang korang boleh tengok tapi video ni langsung tak menggambarkan keseluruhan game. Korang kena cari video highlight atau lagi bagus, full match video..heheh…

Untuk download full match boleh ke Carling Cup Full Match – Liverpool v Manchester City – 25 January 2012

Untuk download highlight boleh ke  CC – Liverpool v. Man City – HIGHLIGHTS – 25 Mins – HTTP *NO SPOILERS*

Galeri gambar sepanjang perlawanan dari liverpoolfc.tv

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Kepada yang terlepas untuk membaca Lagenda Budak Merah boleh klik link di bawah.

Lagenda Budak Merah – Bahagian 1
Lagenda Budak Merah – Bahagian 2

*Video dan link download masih wujud sewaktu post ini dibuat.

** Aku tak tau dalam highlight ada termasuk ke tak, waktu 2nd half tu boleh nampak Steven Gerrard lari bersungguh-sungguh turun bawah untuk cover pertahanan yang tak sempat turun bertahan. Terharu aku tengok komitmen dia.

One thought on “Liverpool 2-2 Man City (Agg 3-2).

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s