LBM

Lagenda Budak Merah – Bahagian 2


Steven Sewaktu berumur 7 tahun (diambil dari thekop.liverpoolfc.tv)

Salam dan selamat sejahtera kepada semua penyokong Liverpool yang sudi singgah di blog aku yang tak seberapa ni. Minggu lepas aku dah ceritakan inspirasi Steven Gerrard dalam mengejar kejayaan dalam dunia bola sepak. Kalau ada yang tertinggal boleh ke Lagenda Budak Merah – Bahagian 1. Dalam bahagian 2 aku nak kongsikan cerita Steven ditangkap kerana mencuri.

Steven Gerrard ditangkap kerana mencuri

Sabar-sabar. Dia bukannya ditangkap mencuri kereta atau duit. Sebaliknya dia ditangkap kerana mencuri kertas graf di kedai runcit. Hahah…aku memang tergelak bila aku baca kisah hidup dia ni. Macam-macam ragam. Aku dulu pernah curi gula-gula sebiji kat kedai waktu kecil. Itupun rasa bersalah sangat-sangat. Balik kepada cerita Steven. Waktu tu dia berusia 11 tahun dan sedang merayau di Liverpool dengan rakan-rakannya. Duit yang ada pada mereka hanya cukup untuk tambang balik dan membeli makanan dalam perjalanan balik tapi Steven perlu membeli alat tulis untuk kerja rumahnya . Disinilah masalah timbul.

Woolworth atau Woolies mengikut panggilan penduduk tempatan (Kredit gambar : bbc.co.uk)

Dek kerana tak nak membelanjakan duit untuk membeli makanan mereka masuk ke Woolies dan mengambil pen dan kertas graf dengan memasukkannya kedalam baju. Dalam perjalanan keluar mereka ditangkap oleh pengawal keselamatan. Aku pasti muka Steven dan rakan-rakannya pasti pucat lesi waktu tu. Dan apa yang bermain dalam kepalanya ketika itu tak lain dan tak bukan nasibnya dengan Liverpool. Waktu itu dia pasti kariernya untuk Liverpool akan musnah kerana kes jenayah yang baru dilakukan.

“Kamu sekolah dimana? Tinggal di mana? Bagi nombor telefon sekarang!?” Kata pengawal tersebut dan Steven yang cemas terus mengatakan rumahnya tidak mempunyai telefon. Hahah…otak budak-budak memang menghiburkan. Akhirnya dia memberi alamat rumah makciknya kerana takut ayahnya tahu kejadian itu. Dia singgah ke rumah makciknya dan merayu supaya dia memujuk ayahnya tapi malang kerana Woolies telahpun menelefon sekolahnya St. Mick dan sekolahnya itu telah menelefon ayahnya. Dia diheret balik ke rumah oleh ayahnya yang sedang berang.

Emak sangat sayang kami(saya dan Paul) sehinggakan kalau kami membunuh pun kami boleh lepas – Steven Gerrard

Kenapa kamu buat begitu?! Kenapa kamu mencuri?! Kenapa tak minta duit dari emak?! Kenapa? Kenapa? Jerit bapanya. Dia kemudiannya tidak dibenarkan keluar dari bilik selama 3 hari. Tiada bola, tiada TV dan tiada komputer. Tapi dia tidak pernah menggunakan tali pinggang atau rotan. Emaknya memastikan keadaan kekal begitu. Bapa Steven merupakan seorang yang tegas. Dialah yang membentuk disiplin Steven sejak kecil sehingga menjadi seorang pemain kelas dunia. Tiada alasan yang boleh diterima sekiranya Steven melakukan kesalahan. Disiplin sangat penting untuk berjaya dalam apa jua kerjaya. Jadi tanggapan orang yang menjadi pemain bola sepak atau apa sahaja sukan lain tidak perlu disiplin yang tinggi adalah salah. Jadi kepada penyokong Liverpool yang lain, tingkatkan disiplin anda untuk mencapai kejayaan dalam kerjaya supaya dapat gaji banyak untuk kumpul pergi ke Anfield..heheh..kita jumpa di sana InsyaAllah.

Jangan lupa LIKE page facebook aku (butang LIKE dibahagian kanan) dan jawab poll tentang slot Lagenda Budak Merah ini juga dibahagian kanan blog. Sekian dulu daripada aku. Tunggu bahagian 3 pada Hari Rabu minggu hadapan😉

p/s : Jangan lupa perlawanan Separuh Akhir Piala Carling, pagi nanti ye.. 345 pagi. YNWA.

16 thoughts on “Lagenda Budak Merah – Bahagian 2

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s