Siapa Juan Agudelo?


Salam dan selamat sejahtera. Kebelakangan ni banyak sangat khabar angin tentang pemain yang bakal berpindah ke Liverpool. Tapi semalam ada status di FB yang mengatakan Juan Agudelo akan ke Liverpool. Siapa Juan Agudelo sebenarnya?

Liverpool FC Home of The Kopites (Klik untuk ke laman FB)

Mengikut maklumat yang aku jumpa, dia ni pemain NY Red Bulls. Umur baru 20 tahun. Dan ada 15 caps untuk Amerika (Pasukan utama) dan dah jaringkan 2 gol. Dan mengikut maklumat dari NESN (syarikat dimiliki oleh Boston Red Sox) pemain ini akan ke Liverpool untuk menjalani latihan luar musim dengan Liverpool. Tetapi latihan ini bukan ujian rasmi atau pinjaman. Hanya latihan. Sekiranya Liverpool berminat untuk mendapatkannya Liverpool perlu berurusan dengan kelab NY Red Bulls. Sebenarnya dia telah pun tamat berlatih dengan Liverpool. Mengikut twitternya dia mula berada di Liverpool pada 2 Disember dan pada 19 Disember 2011 dia telah pun kembali ke Amerika.

Berita NESN

Juan Agudelo (Kredit gambar : NESN)

Profil dari Wiki


Mengikut twitternya juga dia dikatakan cemerlang dalam latihan. jadi khabar angin daripada FB ini mungkin berubah menjadi berita perpindahan sekiranya Liverpool membuat tawaran. Walau apa pun kita tunggu berita rasmi macam biasa. Sementara tu tengok gol dia ni dulu. Ada mengingatkan kepada gol siapa-siapa tak?😛

Yang ini gol untuk Amerika waktu Nelson Mandela Challenge lawan South Africa (2010)

Yang ni gol ketika perlawanan persahabatan menentang Argentina

Antara tweet Agudelo mengenai Liverpool

Amacam? Ok ke untuk jadi penyerang Liverpool? Tinggalkan komen korang dan jangan lupa ye..like page aku kat FB. Sebelah kanan ada butang untuk LIKE. Terima kasih atas sokongan. Sekian dulu. YNWA.

2 thoughts on “Siapa Juan Agudelo?

  1. Kan? Sampai komentator pun sebut pasal Henry mase die skor tu..hahah….kalau dapat pun ok kot…speed ade…first touch ok…kalau betul die terer mase latihan tu kompem ade yang nak amik punya…aku dah excited sebab tinggal berapa hari je windows…hahah

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s