Bolton 3-1 Liverpool. Kenny Kesal Pemain Tak Hormati Lawan.


Masa yang sukar untuk Kenny. (Kredit : The Telegraph)

Salam dan selamat sejahtera. Aku sangat bengang dan sedih dengan perlawanan hari ni. Hari yang Bellamy dan Carroll nampak serasilah yang pemain pertahanan semua nak buat silap. Main sangat teruk harini. Sangat-sangat teruk. Gol pertama Skrtel mula buat salah. Pertahanan yang lain pun tengok dan undur macam nak masuk dalam gol sendiri dah semua. Gol kedua pun sama. Bolton dengan mudah berjalan masuk dalam kawasan penalti. Gol ketiga sebab tak dapat nak keluarkan bola dari sepakan penjuru.

Bukan pemain pertahanan sahaja yang teruk harini. Adam banyak buat silap. Kerjanya langgar orang dan bagi sepakan percuma di kawasan bahaya. Maxi langsung tak hidup. Bila dapat peluang dari Reina disia-siakan. Hanya Bellamy dan Carroll yang aku rasa bermain dengan baik harini. Bellamy dapat jaringkan gol hasil bantuan dari Carroll. Aku marah betul bila ada juga makhluk yang nak suruh Carroll keluar. Nak masuk siapa? Kuyt? Tengok dah hasil macamana Kuyt main? Musim ni lain. Rajin sahaja tak cukup. Sebab itu Kuyt tak berapa berfungsi musim ni.

Gambar hiasan : Kredit lfcfooty

Ada “penyokong” yang nak Kenny Dalglish keluar. Tapi itu bukan penyelesaian. Kalau pengurus keluar Liverpool perlu mula dari 0. Itu bukan yang kita mahu dipertengahan musim. Pemain perlu bersatu. Tunjukkan kemampuan dan nilai sebenar mereka. Mulai harini Liverpool perlu bermain sebagai bukan pilihan dalam setiap perlawanan supaya lebih bersemangat dan menghormati lawan, tapi bukan takut kepada mereka. Aku panas bila orang kata lawan kelab bawah pun kalah. Musim ni tak kira dah kelab mana. Setiap perlawanan bermula dengan 0-0 tak kira dimana kedudukan dalam liga. Kelab bahagian atas liga bukan bermaksud ada hak mutlak untuk menang lawan mereka. Boleh tengok sendiri Chelsea, Arsenal, MU dan Man City kalah dengan siapa.

Mereka mempersoalkan Kenny Dalglish

Setiap perlawanan tak berkait pun dengan perlawanan sebelum atau selepasnya. Pemain sendiri perlu usaha lebih. Pengurus boleh buat apa yang patut untuk sediakan pasukan tapi apabila mereka di atas padang. Semuanya diatas mereka. Dalam keadaan kelab macam sekarang sangat ajaib rasanya apabila kita masih dalam perlumbaan untuk tempat ke Eropah. Maksudnya bukan kita sahaja yang mengalami masalah ni, kelab lain pun sama. Jadi aku harap Kenny akan buat sesuatu. Dan kalau diikutkan kenyataannya semalam dia akan membuat perubahan. Dia perlu tegas. Dan aku harap Comolli cari pemain yang bertaraf dunia kali ini.

Sekiranya mereka fikir mereka hanya perlu datang dan dapatkan keputusan tanpa bersikap kompetitif dan tanpa mencapai tahap usaha dan komitmen pihak lawan maka mereka mendapat pelajaran mereka hari ini.

Liverpool sangat-sangat memerlukan penyerang. Pemain sayap dan mungkin pemain tengah menyerang dan bertahan. Kalau ada duit baik laburkan untuk pemain dari simpan dan dapat tempat ke-10 musim ni. Harini dah 22 Januari. Seminggu lebih sahaja lagi sebelum tingkap perpindahan ditutup. Lepas ni lawan Man City dan Man Utd. Aku dah tak ada keyakinan untuk berharap sekarang. Aku akan terus menyokong. Aku akan tetap tengok perlawanan pukul 4 pagi. Cuma aku tak nak berharap apa-apa. Ini masa yang sukar untuk Liverpool. YNWA.

Sumber : Kenny’s Bolton Verdict

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s