Lagi berita penyerang dikaitkan dengan Liverpool [VIDEO]


Salam dan selamat sejahtera. Harini 17hb Januari dan masih tiada berita rasmi perpindahan pemain ke Liverpool. Tapi ada khabar angin dari sumber yang boleh dipercayai iaitu daripada Bruce Grobbelaar sendiri. Beliau mengatakan yang Dalglish akan membawa masuk 2 orang penyerang. Salah seorang darinya adalah pemain dari Amerika Selatan yang sedang bermain di Belanda. Siapakah pemian yang dimaksudkan?

Fernando Llorente

Seorang lagi Fernando dari Sepanyol yang dikaitkan dengan Liverpool. Menurut beberapa sumber pemain ini mengaku Liverpool gagal mendapatkannya pada musim perpindahan Januari lepas kerana tawaran 30 juta ditolak oleh kelabnya. Hanya selepas itu Liverpool beralih ke Andy Carroll. Kelabnya Athletic Bilbao kini di tangga ke-5 dengan 26 mata, 3 mata dibelakang Levante di tempat ke-4, berkongsi mata dengan Osasuna di tempat ke-6 dan 1 mata dihadapan Sevilla, Malaga dan Espanyol masing-masing ditempat ke 7,8 dan 9.

Sumber : Profil | Berita

Jermaine Defoe

Siapa yang tidak kenal dengan Defoe?. Dia merupakan pemain Spurs yang sedang merudum disebabkan kekurangan peluang bermain kerana Harry Redknapp lebih banyak menggunakan  Adebayor. Namun ada berita yang mengatakan Redknapp telah pun menolak tawaran Liverpool. Rasanya Defoe kurang sesuai kerana faktor umurnya. Liverpool sekarang mengamalkan polisi membeli pemain muda yang ada nilai jualan sekiranya mahu dijual kemudian. Spurs juga hanya mempunyai 4 penyerang dan khabarnya dia akan membenarkan Dos Santos dijual/dipinjam. Jadi agak mustahil untuk Spurs menjual Defoe lebih-lebih lagi kepada pasukan yang juga memburu kejuaraan Eropah musim depan.

Sumber : Profil | Berita

Moussa Sow

Moussa Sow merupakan pemain penyerang Lille. Kelab yang meminjam Joe Cole. Menurut beberapa sumber wakil Liverpool akan cuba mendapatkan Sow sewaktu mereka berbincang mengenai perpindahan Joe Cole ke Lille secara tetap. Sow juga telah menyatakan hasratnya untuk bermain di Liverpool. Tapi dia sekarang bersama pasukan Senegal untuk African Cup dan pastinya bukan penyelesaian untuk masalah Liverpool sekarang.

Sumber : Profil | Berita

Scott Sinclair

Scott merupakan bekas pemain Chelsea yang kini bermain untuk Swansea, kelab yang baru naik ke BPL musim ini. Dia baru sahaja menjaringkan penalti menentang Arsenal dimana Swansea menang 3-2. Liverpool dikatakan berminat untuk mendapatkannya untuk menambahkan kelajuan dalam serangan. Liverpool terlalu bergantung kepada Bellamy untuk kelajuan dan dia tidak boleh bermain 2,3 perlawanan dalam satu minggu dipercayai untuk mengelakkannya kembali cedera.

Sumber : Profil | Berita

David Texeira

Mengikut khabar angin di Facebook, Texeira dikatakan semakin hampir ke Liverpool dengan bayaran perpindahan sebanyak 8 juta pound telah dipersetujui. Perpindahan dikatakan akan selesai pada hari Rabu, 18 januari. Mengikut beberapa sumber, dia adalah pemain yang dimaksudkan oleh Grobbelaar namun selagi belum ada berita rasmi, semuanya masih belum pasti. Dia bermain untuk kelab Belanda, FC Groningen dan sudah menjaringkan 7 gol daripada 13 perlawanan musim ini.

Sumber : Profil | Berita

Semakin hari semakin banyak nama-nama yang dikaitkan dengan Liverpool terutamanya pemain penyerang. Kenny Dalglish telah mengeluarkan kenyataan yang sedikit menghampakan apabila beliau mengatakan beliau gembira dengan skuad yang sedia ada dan mungkin tidak akan membuat sebarang pembelian Januari ini. Namun kenyataan yang dikeluarkan Grobbelaar menyalakan kembali harapan kecil peminat untuk menyaksikan penyerang baru yang dapat membantu Liverpool menempah tempat ke Eropah untuk musim depan. Apapun, lebih kurang 2 minggu sahaja lagi sebelum tingkap perpindahan ditutup dan aku tak sabar untuk membaca pengumuman rasmi dari Liverpool mengenai perpindahan. Aku rasa Liverpool akan mendapatkan seorang penyerang yang terbukti kemampuan menjaring gol dan seorang yang berpotensi besar seperti Texeira sebagai langkah berjaga-jaga setelah melihat hasil pembelian Suarez dan Carroll. Sekian dulu daripada aku. YNWA.

p/s : Korang dah baca Lagenda Budak Merah?

7 thoughts on “Lagi berita penyerang dikaitkan dengan Liverpool [VIDEO]

  1. kita kene cari penganti sebagaiman player tahun 2005. Semangat perjuangan yang tinngi dan skill induvidu yang tinngi. tak mustahil kita boleh menang 5 cup.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s