liv-0-0-stoke-featured-image

Liverpool 0-0 Stoke. Badi Anfield.


Salam dan selamat sejahtera. Harini aku masih bengang dengan keputusan semalam. Nampaknya Anfield dah hilang status kubu untuk Liverpool. Semua pasukan yang datang tak kisah dan tidak takut dengan Anfield. Malah penjaga gol kelab yang datang bertandang macam dapat kuasa ghaib. Menampan semua bola yang datang. Kenny Dalglish menampilkan strategi dan formasi baru untuk mengucar-ngacirkan Stoke namun hampa. Adakah semua pemain perlu dimandikan dengan air bunga di bawah jambatan?

Kredit gambar : liverpoolfc.tv

Sebelum sepak mula semalam formasi yang terpapar di televisyen adalah 4-4-1-1 dengan Carragher sebagai pemain tengah bertahan. Tapi secara jujurnya aku tak nampak dengan jelas apa formasi yang Kenny gunakan. Mungkin itu tujuannya. Mengaburi mata lawan dan juga orang yang cetek pengetahuan macam aku. Dari apa yang aku lihat di Facebook ramai yang mengatakan Liverpool bermain 5-3-2. Ada berita yang mengatakan Liverpool bermain 3-4-2-1. Kenny yang tahu formasi sebenar.

Formasi Liverpool?

Apa yang aku tahu Stoke memang gunakan cara keras untuk bertahan dan memandangkan pemain pertahanan mereka besar dan tinggi jadi nampak kasar cara permainan mereka. Pasukan-pasukan lembut yang datang kesini pasti bengang dengan cara mereka dan akan tunduk kepada keputusan seri ataupun kalah dan semalam Liverpool masuk dalam kategori sama. Apa yang aku tahu pasukan bertahan macam ni perlu diatasi dengan bermain secara dinamik. Itu yang aku nampak Kenny cuba lakukan. Pemain pertahanan bertukar-tukar posisi bagi mengisi kekosongan, sama seperti pemain serangan yang menggunakan pendekatan sama. Aku secara jujur rasakan yang Liverpool akan menang semalam kalau diikutkan taktik yang digunakan.

Mereka datang ke sini untuk satu mata dan mereka dapat satu mata. Tanggungjawab adalah atas kami untuk lebih imaginatif untuk memcahkan mereka tapi kami gagal berbuat demikian – Kenny Dalglish

Tapi aku silap. Liverpool memang mengawal permainan. Berjaya membawa bola ke arah gol tapi tiada siapa yang bersedia di dalam kawasan gol untuk menyambut hantaran. Bukti Liverpool mengawal bola dan Stoke hanya bertahan adalah pada minit ke-15 apabila Coates berjaya membawa bola sehingga ke kawasan penalti sebelum dipatahkan oleh pemain pertahanan dan menghasilkan sepakan penjuru untuk Liverpool. Bukti mereka bermain dengan keras adalah apabila Downing yang sedang laju membawa bola dikasari oleh Woodgate pada minit ke-20. Liverpool terperangkap dengan serangan kilat Stoke pada minit ke-23. Namun sepakan Etheringtan berjaya ditampan oleh Reina.

Banyak lagi gerakan menarik dari Liverpool yang tidak berjaya menghasilkan gol seperti pada minit ke-24 dimana pemain Liverpool bertukar hantaran dengan laju, Henderson dihujung kawasan penalti namun mengambil masa terlalu lama untuk membuat rembatan atau hantaran menyebabkan pemain Stoke dapat memintas dan mengeluarkan bola daripada kawasan berbahaya. Downing, Gerrard, Adam, Johnson dan Henderson masing-masing mencuba dari jauh namun semuanya tak mendatangkan hasil.

Kredit gambar : liverpoolfc.tv

Tiada penyerang

Bukti ketumpulan serangan Liverpool adalah apabila semua peminat bersorak melihat Carroll akan dimasukkan pada minit ke 58. Caroll yang selalu dikutuk dan dikeji namun pada perlawanan semalam sangat diperlukan. Tapi apa yang aku tak faham adalah keputusan Kenny untuk menukarnya dengan Downing dan kenapa hantaran lintang berkurang berbanding sebelum kemasukan Carroll. Liverpool seakan menggunakan hantaran lintang sewaktu Carroll tiada dan apabila Carroll masuk menukar strategi yang lain. Sebab tu aku tak salahkan Carroll sangat. Pemain yang hebat perlukan hantaran yang cantik. Melainkan dia Maradona yang boleh gelecek semua pemain lawan dan jaringkan gol dengan sendiri. Bellamy pula hanya dimasukkan pada minit ke-73. Terlalu lambat bagi aku. Liverpool perlukan penyerang. Aku harap kata-kata Kenny tentang Liverpool mungkin tak beli pemain tu tak betul atau sebagai menutup mulut media sahaja.

Howard Webb!

Aku cukup anti dengan pengadil ni. Aku rasa ada 3 kali Liverpool minta penalti tapi dia buat tak tahu. Minit ke-75 Carragher dijatuhkan dan diikuti dengan Kuyt. Pada minit ke-82 Carroll pula dijatuhkan. Itu belum kira semua tolakan pertahanan keatas Carroll. Nampaknya kalau tolak Carroll di luar kawasan penalti sepakan percuma diberikan namun jika di dalam kawasan penalti pengadil buat tak endah sahaja. Pengadilan yang ‘cemerlang’ oleh Webb.

Peluang terbaik Liverpool

Aku rasa antara peluang terbaik Liverpool adalah apabila Kuyt menanduk bola lintang sedikit tersasar. Hantaran yang terkena kaki pemain pertahanan Stoke itu terbias dan menuju kearah Kuyt yang tidak dicabar. Namun Kuyt mensia-siakan peluang pada minit ke-76 itu. Satu lagi adalah pada minit ke-85 apabila tandukan kebawah oleh Skrtel melambung keatas palang gol dari jarak yang dekat.

Adam dan Gerrard

Perkara positif yang aku nampak dalam perlawanan ni adalah cantiknya hantaran-hantaran jauh abang long Gerrard dan Charlie Adam. Cantik sampai aku terlupa sekejap pasal Xabi Alonso pakar hantaran jauh kita dulu.

Stoke memang datang untuk dapatkan 1 mata. Terbukti apabila dari awal lagi mereka sudah melengahkan permainan dan Sorensen dilayangkan kad kuning pada minit ke-82. Aku suka dengan kelajuan dan urgency Liverpool pada perlawanan semalam. Kat bawah ni tempat aku selalu download highlight. Kalau korang rasa mampu bertahan tengok balik perlawanan semalam sila download. Lepas ni Liverpool akan ke Reebok Stadium untuk bertemu Bolton. Harap Liverpool dapat 3 mata penuh dan gol yang banyak! YNWA.

Pautan untuk download highlight

Sumber :

KD frustrated by Stoke draw

Reds held to Stoke stalemate

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s