MC 0-1 Liv featured image

Man City 0-1 Liverpool. Misi belum selesai.


Gambar dipinjam dari liverpool FC Facebook page

Pautan untuk Download Highlight : Pakmans Football Blog

Salam dan selamat pagi! Tak sia-sia aku bangun awal harini. Liverpool 90 minit lagi dari menjejakkan kaki ke Wembley untuk perlawanan akhir. Liverpool bermula dengan cemerlang pada separuh masa pertama. Tiada Kompany untuk Man City harini berikutan penggantungannya dan penggantinya Savic membuatkan Carroll nampak seperti Suarez apabila dia digelecek dengan mudah oleh Carroll untuk peluang pertama Liverpool untuk menjaringkan gol. Namun Joe Hart memang tidak mudah ditewaskan. Serangan menarik dilakukan oleh liverpool pada minit ke-10 apabila rembatan Gerrard diselamatkan oleh hart. Kemudian Downing pula merembat dari luar kotak penalti hasil lambungan dari sepakan penjuru. Sekali lagi Man City selamat. Namun sepakan penjuru seterusnya menyebabkan kekeliruan dalam kawasan penalti Man City dan Savic kemudiannya mengangkat tinggi kakinya ke lutut Agger menyebabkan pengadil serta merta memberi tendangan penalti. Aku cukup risau kalau Hart dapat selamatkan juga penalti ni. Tapi kita ada Kapten Fantastik yang merembat rendah ke kiri gol menyebabkan Hart tidak sempat menyelamatkan bola tersebut.

Liverpool bermain dengan mantap pada awal permainan. Spearing terutamanya berjaya mengekang hantaran-hantaran pihak lawan sebelum dia cedera dan terpaksa digantikan dengan Adam pada minit ke-22. Aku harap kecederaannya tidak serius. Balotelli hampir menimbulkan kekecohan setelah Adam mengasari dan memegang kepalanya ketika dia masih terbaring namun teman sepasukannya cepat menarik dan menghalangnya. Kalau tak mesti gaduh besar si balotelli ni. Pada minit ke 34 giliran Carroll menguji Joe Hart namun tandukannya sedikit tersasar. Pada minit ke 38 giliran Balotelli pula keluar dan digantikan dengan Nasri. Aku cukup risau bila dia ni masuk. Dia ni jenis payah nak jaga. Sama macam Silva. Namun Liverpool berjaya bertahan untuk separuh masa pertama.

Separuh masa kedua merupakan giliran Man City untuk menyerang. Liverpool lebih banyak bertahan. Dengan keluarnya Spearing, nampak goyah sedikit bahagian tengah Liverpool kerana Gerrard pada mulanya digunakan lebih untuk menyerang dan bukan bertahan. Tekanan keatas Liverpool hampir membuahkan hasil apabila Kelly membuat kesilapan menghantar bola kebelakang dan dipintas oleh Aguero. Semua nampak kabur dan aku dah pasrah…tinggi! Aguero gagal mengambil peluang menyamakan kedudukan. Lega aku dan makhluk-makhluk lain kat Restoran Fariz Maju tadi. Richard hampir menyamakan kedudukan apabila menanduk laju bola dari sepakan penjuru namun Reina berjaya menahan walaupun nampak tak berapa kemas dan kelam kabut.

Minit ke 59 Downing digantikan dengan Enrique. Liverpool bermain dengan Kelly, Agger, Skrtel, Johnson dan Enrique dibahagian pertahanan sekarang. Tak lama lepas tu Aguero cuba menggelecek beberapa pemain Liverpool sebelum membuat rembatan tapi Johnson sempat membuat terjahan. Kemudian giliran nasri pula mencuba dari luar kotak penalti. Merembat tinggi ke tempat duduk penonton. Reina terlompat-lompat marah kepada pemain pertahanan tengah yang membiarkan Nasri merembat. Liverpool menggandakan usaha bertahan dengan memasukkan Carragher menggantikan Bellamy pada minit ke 79. Liverpool bermain dengan 6 pertahanan!!! Carra dan Nasri dilayangkan kad kuning kerana bertelagah pada minit ke 85. Pada minit ke 90 Aguero hampir membuatkan aku menangis dengan tandukannya yang hanya sedikit tinggi dari palang gol. Liverpool berjaya mengahalang City untuk baki 3 minit perlawanan.

Aku tak sabar nak tngok macamana Kenny approach perlawanan di Anfield nanti. Harap Liverpool dapat ke final. Lama tak tengok Liverpool main kat final piala liga. Jangan lupa 2nd leg di Anfield pada Khamis, 26 Januari 2012 pukul 3.45 pagi. Sekian dulu dari aku. YNWA.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s