Gosip perpindahan Liverpool setakat ini (dengan VIDEO)


Salam dan selamat sejahtera. Harini dah 10hb. Aku dah berpeluh menunggu Liverpool beli pemain ni. Haritu dengar macam dah ada dalam plan dah semua. Tinggal tunggu tingkap je nak bukak. Tapi sampai harini masih belum ada tanda-tanda Liverpool nak beli pemain. Khabar angin banyak. Dari nama besar sampai la makhluk yang tak dikenali asal usulnya. Bawah ni aku kumpul semua nama-nama yang aku baca dalam laman web. Nampaknya kali ni Liverpool betul-betul buat kerja belakang tabir. Mungkin ada kejutan besar untuk peminat Liverpool…siapa tau.

Kita mulakan dengan yang terkenal dulu. Demba Ba. Siapa yang tak kenal memang tak tengok la BPL musim ni. Penyerang Newcastle ni merupakan antara sebab newcastle berada pada kedudukan sekarang. Sebelum ni bermain untuk West ham. Pindah Newcastle secara percuma tapi sangat hebat. Musim ni dia dah jaringkan 15 gol dan 3 assist!! Dan khabarnya dalam kontraknya ada klausa yang mengatakan dia boleh pergi kelab lain dengan harga 10 juta pound! Tapi aku rasa macam tak je. Sebabnya Liverpool perlukan penyerang yang boleh menggantikan Suarez buat sementara ni dan terus bersaing untuk kesebelasan utama… tapi Ba terlibat dengan African Cup sekarang.

Sumber : Profil | Berita

Selain dari Demba Ba, Salomon Kalou antara pemain yang dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool. Tapi sekali lagi aku tegaskan, dia juga akan bermain di African Cup. Jadi sekiranya Liverpool betul-betul membida pemain-pemain Afrika ini pasti akan ada berita mengenai mereka yang pulang ke England di pertengahan pertandingan atau wakil bagi Liverpool yang akan ke sana untuk mendapatkan tandatangan beberapa pemain. Dia dikatakan boleh dibeli dengan harga 3 juta pound sahaja! Gila murah! Sebabnya musim ni dia tak menyerlah..lagipun banyak sangat persaingan kat Chelsea. Dia hanya jaringkan 8 gol daripada Aku memang berkenan pemain macam ni. Laju, boleh lepas pertahanan.

Sumber : Profil | Berita

Selain dari Afrika, liverpool juga dikatikan dengan pemain dari Asia, Keisuke Honda. Tapi menurut berita CSKA Moscow dah sound Liverpool sebab diorang taknak jual honda..nak jual Yamaha je..heheh… Lagipun berita pasal Honda ni setiap musim ada. Sampai dah naik bosan dah. Jadi jangan berharap sangat la untuk dapat pemain ni. Dia ni aku minat freekick dia…heheh…

Sumber : Profil | Berita

Selain dua orang ni, Liverpool dikatakan berminat dapatkan Junior Hoilett daripada Blackburn. Pemain ni dikatakan belum menandatangani kontrak baru dengan Blackburn jadi sebelum dia berpindah secara percuma musim panas nanti lebih baik dia dijual sekarang. Dari apa yang aku nampak, dia ni main gaya Sterling gak la. Jadi aku tak kisah pun kalau Liverpool betul beli dia. Liverpool memang perlu pemain sayap yang laju macam ni.

Sumber : Profil | Berita

Harini ada satu nama yang aku tak pernah dengar sebelum ni. Lazar Markovic. Memang tak pernah dengar..sebab umur dia baru 18 tahun dan bermain untuk kelab Partizan Belgrade. Kelab yang melahirkan pemain seperti Stevan Jovetic dan lain-lain (google sendiri ye..) kebelakangan ini.Tapi dia dikatakan sepatutnya berpindah ke Chelsea tapi mereka lebih perlukan pemain yang boleh terus memberi impak berikutan keadaan Villas Boas yang agak tenat sekarang jadi Liverpool dikatakan mengambil peluang untuk mendapatkan persetujuan namun perpindahan sebenar akan dilakukan pada musim panas nanti. Katanya gaya permainan budak ni mirip Michael Owen. Kalau gaya je mirip takpe..kalau perangai sama aku takmau…nanti lari pergi Madrid lagi. Pemain ini dikatakan berharga 8 juta pound.

Sumber : Profil | Berita

Dan sebagai penutup aku letak pemain kelab Dijon di Perancis, Benjamin Corgnet. Mengikut berita Liverpool sedang mendahului perlumbaan untuk mendapatkan pemain ini yang sedang bermain dengan baik. Tapi Class lebih penting dari Form kan? Hmm..korang nilai sendiri dari video ni. Ni je yang aku jumpa.

Sumber : Profil | Berita

Sekian dulu dari aku. YNWA.

4 thoughts on “Gosip perpindahan Liverpool setakat ini (dengan VIDEO)

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s