Liv 5-1 oldham featured image

Liverpool 5-1 Oldham. Misi pulih semangat.


Salam dan selamat sejahtera kepada semua com-Reds! Malam semalam masuk tidur dengan kecewa kerana tiada siaran langsung untuk perlawanan FA Cup Liverpool. Alhamdulillah pagi ini dimulakan dengan kegembiraan. Sebaik sahaja browser selesai dibuka kelihatanlah keputusan perlawanan Liverpool di news feed aku. Dari page my-LFC sampailah ke page Kelab Penyokong Liverpool Malaysia…semuanya dengan status masing-masing. Dan perkara pertama semestinya mencari video untuk highlight serta gol-gol dalam perlawanan. Bagi yang belum tengok sila tengok dulu sebelum membuat apa-apa komen.

Kalau orang kata ‘ a picture worth a thousand words’ aku tak tau video ni berapa juta punya words. Jadi secara ringkasnya. Perlawanan ini menjadi penaik semangat kepada pemain-pemain simpanan yang jarang mendapat tempat dalam perlawanan utama seperti Kelly, Carra(punyalah hebat skrtel dan Agger) dan Shelvey. Perlawanan ini juga menjadi pemulih semangat kepada Carroll dan Downing. Sebut pasal pulih, Fabio Aurelio kembali dalam skuad selepas lama menghilang. Kakak aku mesti seronok pasal dia minat sangat kat En. Aurelio ni. Macam Justin Timberlake katanya😛. Aku rasa gembira sebab setakat ni Liverpool masih cemerlang dalam perlawanan piala liga dan FA. Kerana dulu Liverpool selalu sangat dikejutkan dengan pasukan-pasukan lemah. Mungkin ketika era Benitez beliau tidak berapa mementingkan piala-piala ini. Apapun, Liverpool dibawah Kenny Dalglish sudah berubah, walaupun dengan agak perlahan dan kurang stabil.

Gol

Liverpool pada mulanya dikejutkan dengan gol cantik daripada Robbie Simpson. Aku pasti dia akan menyimpan video perlawanan sebagai kenangan kerana bagi mereka pasukan Liga 1 England untuk bertemu apatah lagi menjaringkan gol ketika menentang Liverpool adalah pengalaman yang sangat menakjubkan. Liverpool menyamakan kedudukan apabila bola rembatan Shelvey terkena Bellamy dan mengelirukan penjaga gol. Gol kedua merupakan penalti yang diambil oleh Gerrard. Antara penaltinya paling cantik pernah aku tengok. Gol ke-3 dijaringkan oleh Shelvey. Pada mulanya aku tak pasti sebab Gerrard dan Shelvey berada ditempat yang sama dan kedua-duanya berebut untuk menyepak bola masuk🙂. Gol ke-4 dijaringkan oleh Andy Carroll dengan rembatan padu mautnya. Gol terakhir dijaringkan oleh Stewart Downing. Sepakan mudah dari sebelah kanan gol selepas penjaga gol menepis cubaan sebelum itu.

Saya tak tahu apa yang dia makan. tapi saya rasa saya mahukannya! – Kenny Dalglish menggambarkan kelajuan Bellamy dalam perlawanan ini.

Selepas ini Liverpool akan ke Etihad Stadium sekali lagi dalam misi membalas dendam. Kali ini dalam peringkat separuh akhir Piala Liga. Harap Kenny mempunyai strategi yang dapat membuatkan Manchester City terduduk diakhir perlawanan nanti. Dan aku harap pemain yang dipanggil untuk kesebelasan utama nanti dapat main bermati-matian untuk menebus maruah kelab. Akhir kata, bawa balik Piala Liga dan Piala FA! YNWA.

Sumber : KD pleased with five-star Reds, Pics: Reds hit Oldham for five

2 thoughts on “Liverpool 5-1 Oldham. Misi pulih semangat.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s