mcity-3-0-liv-featured-image

Man City 3-0 Liverpool. John W. Henry penentu nasib Liverpool.


Salam dan selamat sejahtera. Harini aku bersengkang mata di pejabat. Pagi tadi bangun jam 3 semata-mata untuk bersiap dan menyaksikan perlawanan Liverpool. Selepas itu terus solat Subuh dan bergerak ke pejabat. Harapan aku untuk menyaksikan Liverpool menambahkan duka Manchester City tidak kesampaian. Sebaliknya, aku yang berduka sepanjang hari. Dimana silapnya? Boleh dikatakan semua point yang aku bagi dalam post previu dapat menerangkannya. Tapi adakah aku malu bergelar penyokong Liverpool hari ini? Tidak. Aku dengan bangga berjalan ke kaunter untuk membayar harga sarapan. Gah dengan sweater Liverpool  yang aku sarung dari rumah tadi. Aku bangga kerana aku rasa kecewa dengan kekalahan kepada pendahulu liga. Jika dibandingkan dengan musim lepas, dimana rata-rata kekalahan Liverpool kepada pasukan bawahan dan langsung tidak meletakkan harapan untuk menang dengan pasukan bahagian atas dalam liga. Kepada semua penyokong Liverpool. Hold your head up high.

Picture credit : Liverpool FC Facebook Page (Click to visit)

Memandangkan pintu perpindahan telah dibuka, ramai yang mula menunggu di hadapan komputer sambil meng’klik’ butang refresh untuk memastikan mereka tidak terlepas berita sensasi perpindahan pemain ke pasukan masing-masing. Pada tingkap perpindahan musim panas lepas, Liverpool membeli Henderson, Adam, Downing, Enrique, Coates, Bellamy manakala Suarez dan Carroll pada awal tahun 2011. Ramai yang mempersoalakan harga yang dibayar untuk pemain British. Namun secara logiknya dengan penguatkuasaan kuota pemain ‘homegrown’, harga pemain British menjadi semakin mahal. Dan kita beruntung kerana mempunyai beberapa pemain yang berpotensi besar untuk menjadi pemain handalan suatu hari nanti. Soalnya sekarang, dengan Liverpool sudah cukup stabil pada pandangan aku, adakah pemilik John W. Henry akan memilih untuk membuat penambahan atau kekal dengan skuad sekarang?

Seandainya beliau serius untuk menyaksikan Liverpool memanjat tangga liga dan bersaing dalam Liga Eropah musim depan, beliau perlu membuat sedikit taruhan untuk mendapatkan pemain terbaik yang dapat membawa Liverpool lebih hampir ke puncak liga. Rata-rata penyokong akan bersetuju yang Liverpool memerlukan sekurang-kurangnya 2 orang penyerang, 1 pemain sayap, 1 pmain tengah menyerang dan 1 pemain tengah bertahan. Liverpool perlu 2 penyerang kerana sebelum Suarez digantung pun Liverpool perlu seorang penyerang untuk supaya bebanan tidak jatuh kepada Suarez, Carroll dan Bellamy sahaja. Jadi dengan penggantungan Suarez, Liverpool perlukan seorang lagi penyerang tambahan atau gunakan sahaja pemain skuad muda sebagai pemain simpanan.

Antara pemain yang aku rindui....

Liverpool kurang menyengat musim ini dengan ketiadaan pemain yang kreatif dan positif seperti Luis Garcia dan Yossi Benayoun yang sentiasa menjadi ancaman kepada pasukan lawan. Hanya Suarez yang mempunyai kelincahan seperti mereka sekarang. Penyokong Liverpool sudah muak dengan pemain-pemain taraf pertengahan yang kurang memberangsangkan. Liverpool kini memerlukan beberapa pemain bertaraf bintang untuk menaikkan semangat dan potensi mereka. Kelibat Carroll di atas padang semalam sangat menyedihkan bagi aku. Carroll mempunyai potensi, tapi bukan penyelesaian buat masa ini.  Aku sakit hati bila mendengar khabar angin yang Liverpool berminat untuk membeli Bent sedangkan pada masa sama Manchester diktakan telah membuat tawaran untuk Wesley Sneijder. Jadi, dalam masa sebulan ini kita akan saksikan keputusan yang dibuat oleh pemilik Liverpool dan bagaimana Kenny Dalglish menguruskannya. YNWA.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s