Previu – Man City vs Liverpool


Gambar dari theasiankop

Salam dan selamat sejahtera semua. Pagi Rabu nanti Liverpool akan berkunjung ke Etihad Stadium untuk meneruskan rekod cemerlang di tempat lawan. Liverpool mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan Manchester City ketika bertemu di Anfield sebelum ini dan kebanyakan yang menyaksikan perlawanan tersebut pasti mengatakan yang Liverpool sepatutnya menang pada hari itu. Bagaimana Liverpool dapat mengawal pasukan yang nampak bersahaja menjaringkan gol menentang pasukan dengan tak mengira kedudukan dalam liga? Mari kita buat sedikit pemerhatian.

Perlawanan sebelum ini

Kesebelasan Utama Ketika Perlawanan di Anfield

Kesebelasan Utama Ketika Perlawanan di Anfield

Sepakan penjuru dan sepakan percuma

Liverpool perlu berusaha keras mengawal bola untuk mengelakkan mereka mendapat sepakan-sepakan ini kerana mereka mempunyai pemain-pemain yang berbahaya seperti ditunjukkan oleh Kompany ketika menjaringkan gol daripada sepakan penjuru. Dengan mengurangkan atau menghalang terus Man City daripada mendapatkan sepakan-sepakan ini, peluang untuk mereka menjaringkan gol akan turut berkurang . Di samping itu Liverpool pula perlu berusaha mendapatkan sebanyak mungkin sepakan penjuru dan percuma kerana Man City nampak goyah setiap kali berada dalam situasi ini ketika di Anfield.

Bertahan dari atas

Liverpool perlu melakukan tekanan kepada pemain Man City dari bahagian atas lagi. Tekanan akan menyebabkan mereka mula bermain hantaran jauh yang akan dapat diuruskan dengan mudah oleh Agger dan Skrtel. Tekanan kepada pemain pertahanan mereka juga akan menambahkan peluang Liverpool untuk mendapatkan lontaran, sepakan sudut atau sepakan percuma berhampiran dengan kawasan gol lawan.

Berkampung ketika menyerang

Merujuk kepada perlawanan musim lepas yang dimenangi oleh Liverpool dengan skor 3-0, Manchester City mempunyai masalah untuk mengawal pemain-pemain yang berkampung di dalam kawasan penalti mereka. Jadi Liverpool perlu mengambil kesempatan ketika menyerang untuk meletakkan seberapa banyak pemain yang boleh didalam kawasan penalti tanpa mendedahkan diri kepada serangan balas Man City kerana mereka mempunyai pemain-pemain pantas seperti Aguero dan Silva.

Gerrard dan Suarez

Gerrard dan Suarez pastinya menjadi tumpuan nanti. Pengadil perlawanan ini adalah Andy Mariner yang juga merupakan pengadil perlawanan ketika Manchester menentang Liverpool sebelum ini dimana Suarez dilaporkan menggunakan perkataan berbaur perkauman. Gerrard yang baru pulih daripada kecederaan pula pasti akan memainkan peranan yang besar sepertimana yang ditunjukkan ketika menentang Newcastle. Dengan tumpuan yang akan diberikan kepada dua pemain ini, pemain Liverpool yang lain sepatutnya mengambil peluang untuk menghasilkan sesuatu.

Senarai pemain

Liverpool (dari) : Reina, Johnson, Agger, Skrtel, Enrique, Downing, Gerrard, Adam, Spearing, Bellamy, Suarez, Doni, Kelly, Carragher, Shelvey, Rodriguez, Carroll, Kuyt
Man City (dari) : Hart, Richards, Zabaleta, Lescott, Kompany, K Toure, Savic, Kolarov, Clichy, Nasri, Milner, Y Toure, Barry, De Jong, Hargreaves, Silva, Johnson, Dzeko, Aguero, Balotelli, Pantilimon

YNWA

Aku harap perlawanan kali ini juga seperti perlawanan lepas. Permainan terbuka. Dengan kedua-dua pasukan saling menyerang. Dan aku harap Gerrard dapat meneruskan prestasinya sehingga hujung musim ini, bermula dengan Manchester City. Ramalan aku, Manchester City 1-2 Liverpool.

Sumber – football365

One thought on “Previu – Man City vs Liverpool

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s