liv-3-1-nu-featured-image

Liverpool 3-1 Newcastle. Suatu Pagi Kapten Kembali.


Steven Gerrard selepas menjaringkan gol ketiga Liverpool

Salam dan selamat pagi. Jangan refresh browser dan tunggu pembetulan pada skor di atas. Sebab memang itulah nombor yang patut diletak sebagai tajuk hari ni. Liverpool menerima kunjungan Newcastle dengan harapan tinggi untuk memecahkan badi perlawanan di tempat sendiri yang menghantui mereka musim ini. Jay Spearing kembali dalam kesebelasan utama. Andy Carroll diberi peluang untuk membuktikan nilainya, mengambil tempat Suarez yang digantung satu perlawanan. Pelbagai perkara yang berlaku dalam perlawanan ini tapi yang pasti, kembalinya kapten Steven Gerrard merupakan detik yang paling bermakna buat penyokong Liverpool pagi ni.

Gol

Gol pertama dijaringkan oleh Bellamy pada minit ke 29. Empat minit selepas gol Newcastle hasil jaringan sendiri Daniel Agger. Gerakan dimulakan  oleh Enrique yang bijak mencuri masuk disebelah kiri untuk membuat hantaran lintang. Walaupun bola ditampan, Adam dengan tenang mengawal bola sebelum menghantar semula ketengah. Bola ditampan sekali lagi namun Bellamy yang berada di tempat yang betul tidak mensia-siakan peluang yang ada dengan merembat rendah bola kearah gawang Newcastle dengan beberapa pemain pertahanan hanya sempat melihat bola masuk melepasi mereka.

Gol kedua juga dijaringkan oleh Bellamy pada minit ke-67. kali ini melalui tendangan percuma jarak jauh. Kekeliruan dan mungkin sedikit sentuhan daripada pertahanan yang kelam kabut menyebabkan bola dengan mudahnya sampai ke dalam gol. Tetapi Andy Carroll juga memainkan peranan dengan memberi tekanan kepada pemain pertahanan yang menjaganya di hadapan pintu gol.

Gol ketiga pada minit ke-78. Gol yang penting untuk keyakinan Liverpool dan penyokongnya, dijaringkan oleh, tak lain dan tak bukan Kapten fantastik, Steven Gerrard! Gerrard dengan lariannya kedalam kotak penalti memudahkan Henderson membuat lorongan yang disudahkan dengan tenang.

Kekasaran

Tiote keatas Spearing – Walaupun pengulas berpendapat yang Tiote tidak bersalah kerana hanya cuba membuat gerakan ke belakang namun aku tetap merasakan yang dia nampak Spearing datang dan terus menghulurkan kaki. Kad kuning!

Cabaye keatas Spearing – Seratus peratus KAD MERAH! Hanya pengadil yang tak nampak kejadian ni walaupun beberapa meter sahaja dari Spearing. Pengulas menggambarkan terjahan itu sebagai “Terjahan yang boleh menamatkan karier”

Coloccini keatas Bellamy – Seratus peratus KAD MERAH! Siku ke muka. Dah ramai pemain yang dilayangkan kad merah atas sebab ini namun nasib meneyebelahi Coloccini apabila pengadil dan penjaga garisan langsung tak berminat untuk menghentikan permainan walaupun darah mengalir dari kening Bellamy.

Andy Carroll dan Steven Gerrard

Ini merupakan peluang terbaik untuk dia menunjukkan kepada peminat samada Liverpool atau Newcastle yang dia mampu menjaringkan gol. Namun dia banyak mensia-siakan peluang yang terhidang. Pada awal permainan, dia hanya banyak menahan dan mengawal bola sebelum diberikan kepada rakan lain. Terbayang dalam kepala keputusan seri untuk Liverpool seperti selalu. Tetapi hari ini Steven Gerrard dimasukkan dalam minit ke-60 dan semuanya berubah. Peluang-peluang terbaik untuk Carroll datang daripada Gerrard sendiri. Hantaran lintang yang tepat ke kaki Carroll gagal ditahan dengan baik walaupun hanya berhadapan dengan penjaga gol. Hantaran lintang awal yang cantik daripada Gerrard ditanduk namun terkena palang. hantaran-hantaran lain daripada Gerrard juga disia-siakan oleh Carroll. Daripada pemerhatian aku, dia mempunyai masalah mencari kedudukan sesuai (positioning). Ini terbukti apabila Enrique yang dapat melepasi pertahanan disebelah kiri menunjukkan reaksi marah kepada Carroll yang berlari ke arah far post dan menyukarkan dia menghantar  bola kerana pertahanan lawan sudah ramai dihadapannya. Tapi kita perlu ingat, dia baru berumur 22 tahun. Banyak yang perlu dipelajari. Yang penting pagi ini Liverpool mendapat suntikan semangat daripada Steven Gerrard. Seperti yang aku katakan, Liverpool perlukan ‘Spark’😉

Cara permainan

Secara keseluruhannya aku sangat berpuashati dengan perlawanan ni. Ada masa nampak macam Barcelona pun ada..heheh..Cuma aku sedikit risau ketika Agger membiarkan Demba Ba melepasinya dan menyebabkan Skrtel terpaksa membuat clearance di  garisan gol yang hampir menyebabkan kecederaan. Itu dari segi negatif. Dari sudut positif pula Skrtel dan Agger nampak serasi dan tidak hairan Liverpool mempunyai rekod pertahanan yang baik sehingga menyebabkan Carragher tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama. Spearing bermain dengan baik. Dia betul-betul mengikut nasihat Kenny supaya tidah berubah dari segi permainan. Ada beberapa terjahan menarik yang dilakukan dalam perlawanan ini. Bellamy cemerlang seperti biasa. Dengan larian pantas dan penyudah yang efektif. Tidak lupa juga Downing yang banyak melakukan larian disebelah tepi dan menyebabkan beberapa pemain diberikan kad kuning kerana mengasarinya. Tapi Liverpool nampak lebih bertenaga apabila Steven Gerrard masuk menggantikan Adam. Liverpool bermain dengan lebih laju. Lebih banyak larian ke dalam kawasan gol berbanding mengharapkan hantaran jauh daripada Adam. Mungkin jika Liverpool dapat seimbangkan permainan menggunakan Gerrard dan Adam Liverpool boleh main dengan baik untuk baki perlawanan selepas ini.

Selepas ini Liverpool akan bertandang ke Manchester City. Diharapkan permainan yang lebih baik akan ditunjukkan. YNWA.

HIGHLIGHT – EOTK

HIGHLIGHT – Footyroom

3 thoughts on “Liverpool 3-1 Newcastle. Suatu Pagi Kapten Kembali.

  1. Nice bradah!!! Semuanya mmg nampak lebih menarik bila Gerrard masuk. 12 tahun sejak dia men first team dia mmg seorang yg inspirational. Dia mcm powerhouse. Player yg x bagus kalau men dgn dia jadi bagus. Contoh terbaik Torres. Men dgn dia bagus. Dekat chelsea? Jawab sendiri. Carroll pon. Sebelum Gerrard masuk men serupa ape? Jawab sendiri. Bila Gerrard masuk tanduk kene palang la. Luck je xde. And betul dia bru 22. Byk bende dia boleh belaja lagi.

    • Thanx Qimie. Kalau nak ikutkan Gerrard ni semua benda die boleh buat. patutnya kat iklan Adidas tu semua die pegang..dari Powerhouse, Spark, Maestro dll…harap-harap dua tiga tahun ni leh menang BPL…biar die dapat rasa jadi Champion BPL ngan Liverpool…dan harap player laen usaha lebih sket nak jadi penyambung Gerrard nanti…YNWA

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s