Previu – Liverpool vs Blackburn


Gerrard dan Spearing kembali! (Picture Credit : Liverpool FC Official site)

 Salam dan selamat pagi semua! Seronok aku tengok Liverpool training dengan kembalinya kapitan dan Spearing. Klik gambar untuk ke album training di official site. Malam ni Liverpool akan menantikan kunjungan Blackburn Rovers ke Anfield pada pukul 11 waktu kita. Bila sampai ke perlawanan tempat sendiri memang aku risau. Liverpool banyak seri dengan kelab-kelab yang seangkatan dengan Blackburn ni. Sebelum aku membebel panjang kita tengok dulu kedudukan kedua-dua pasukan ni dalam liga.

Dari kedudukan liga jelas Liverpool perlu kalahkan Blackburn, tapi memandangkan Liverpool mempunyai rekod gol 1.18/perlawanan musim ni aku jadi sangat-sangat risau. Walaupun rekod pertahanan memang terbaik. Kalau nak diduga dari statistik ni hanya boleh ramal Liverpool akan seri tanpa jaringan dengan Blackburn. Tapi bolasepak bukan sekadar statistik. Kembalinya Spearing dalam kesebelasan utama mungkin akan membenarkan pemain lain seperti Henderson dan Adam naik lebih tinggi untuk membuat serangan. Dan kembalinya Steven Gerrard walaupun ke bangku simpanan pasti akan menimbulkan rasa tidak senang dikalangan pemain Blackburn malam ni. Tak cukup dengan itu, Blackburn juga mempunyai beberapa kelemahan yang perlu dieksploitasi.

Kelemahan Blackburn?

Mengikut penyokong mereka sendiri, pasukan mereka bermain tanpa melakukan tekanan kepada pemain lawan yang menyerang. Mereka juga tidak mempunyai pertahanan yang sebenar melainkan Samba. 2 orang pemain sayap iaitu Pederson dan Lowe mungkin akan dimainkan diluar posisi mereka iaitu di bahagian pertahanan. Pemain yang Liverpool selalu risau bila bermain di Anfield ialah penjaga gol yang selalu jadi hebat bila bermain di Anfield. Tapi ada sumber mengatakan dia mengalami sedikit kecederaan di bahagian betis dan akan bermain dalam keadaan cedera. Harapnya Liverpool akan melakukan serangan bertubi-tubi. Gol tak dijaga pun kalau tak cuba dapatkan gol memang sia-sia. Harapnya Liverpool rekodkan lebih 20 cubaan kearah gol malam ni. Blackburn juga akan bermain tanpa Dann, Givet dan Olsson.

Aku hanya harap Liverpool menang malam ni. Tak kira berapa jaringan. YNWA.

Sumber

Liverpool FC

Premierleague

Sportal

Sportingpreview

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s