Dipinjam daripada Liverpool FC Facebook Page (Image by David Rawcliffe/propaganda)

Apa jadi waktu seminggu aku kursus?


Dipinjam daripada Liverpool FC Facebook Page (Image by David Rawcliffe/propaganda)

Wigan 0-0 Liverpool

Salam..kepada sesiapa yang menyinggah kat blog aku ni…terima kasih sebab sudi membaca. Aku miss game Liverpool dengan Wigan sebab tengah kursus. Ni dah balik dan dah tengok highlight game. Macam tak banyak je benda-benda best dalam match tu? Ada try dari Henderson dan diselamatkan Al-Habsi. Ada try dari Kuyt diselamatkan Al-Habsi. Ada one-on-one Johnson yang mudah diselamatkan Al-Habsi. Ada overhead kick dari Suarez yang kena tangan. Ada penalti Adam yang juga diselamatkan Al-Habsi. Hmm….bila la Liverpool nak menang mudah dengan team macam ni? Bila lawan Liverpool sekarang team kecik2 dah tak ada perasaan takut. Sebab tu la hebat je semua main. Aku rasa mungkin sebab tak ada Champions League. bayangkan kalau Wigan kena lawan Liverpool lepas Liverpool balik dari main Champions League dan menang lawan Real Madrid 1-0 dan Norwich lawan Liverpool lepas Liverpool menang lawan Madrid  kat Anfield 4-0. Perghh! Cuak diorang. Ini pendapat aku je. Bukan daripada mana-mana yang rasmi. Ini aku rasa antara faktor je. Selain daripada form yang tengah tak berapa nak ada sekarang. Lepas ni lawan Blackburn. Satu lagi pasukan tengah krisis. Tapi bila lawan Liverpool boleh ignore la kedudukan diorang kat bawah tu. Sebabnya secara magiknya karang Robinson tu boleh power balik. Hahah…kita tunggu je la…tapi macam miss lagi je game kali ni. Sebab Selasa pagi kena lapor diri kat Menara TM..hmm…All the best to THe Reds!!!

Kes Suarez

Kalau aku kompem nangih terharu tengok member support macam ni (Gambar dipinjam daripada Liverpool FC Facebook Page (David Rawcliffe/propaganda)

Tak setel lagi kes ni. Tengah tunggu keputusan rasmi bertulis. Si Fergie Red Nosed Peas pun nak komen jugak pasal ni. Katanya keputusan FA betul. Sebab dia kata dulu Evra pernah kena ban 4 match sebab racism/insulting Chelsea punya staf dalam terowong walaupun tak ada orang lain dan bukti lain. Poorah! Aku kata itu la kejadian yang diorang belajar nak kenakan Suarez. Bila pikir balik, kalau betul Suarez guna ayat-ayat racist kenapa masa game tu rilek je aku tengok…padahal dia tu panas baran…sepatutnya akan nampak Evra tu melenting menggeletik macam masa Nani kena tackle dengan Carra dulu. Tapi tak. 8 game kena ban. Adeh. Harap owner ada hadiah Krismas untuk Liverpool =P

Khabar angin

Ada dengar khabar pasal budak 19 tahun nama Rory Donnelly yang kononnya nak dibeli oleh Liverpool. Budak ni main untuk Cliftonville katanya. Bagus ke budak ni main? Kita tengok je la. Sebab khabarnya Swansea ngan Everton pun nak beli jugak. Dan tengah tunggu nak pilih kontrak mana dia nak sign. Berita pulak kejap Swansea dapat. Kejap Everton bayar lebih. Aku pun pening. Ni video dia main.

 

[UPDATED ]

Patrice Evra tak pernah menuduh sesiapa dan tak pernah memfailkan tuduhan dalam sebarang kes perkauman sebelum ini. Dalam kes Finnan, seorang penonton yang pekak telah membuat laporan kerana dia membaca pergerakan mulut Finnan dan menyangka Finnan mengeluarkan kata-kata berunsur perkauman ke arah Evra. Manakal dalam kes staf Chelsea pula, staf Manchester United yang melaporkan kejadian bukan Evra. Evra mengatakan dia tidak mendengar sebarang komen perkauman dalam kedua-dua kejadian tersebut.

Sumber : liverpool-kop

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s