Ast 0-2 Liv featured image

Aston Villa 0-2 Liverpool. Badi belum berakhir.


2 orang penjaring gol melompat kegirangan (Picture credit : Liverpool FC Facebook page)

Secara keseluruhan Reina tenang seperti biasa dan hanya perlu kutip bola-bola lemah dari tandukan Heskey. Pertahanan mantap macam biasa. kalau tak takkan jadi pertahanan paling kental kan? Cuma Johnson dan Enrique kadang-kadang lambat turun balik lepas join serangan. Bahagian tengah main dengan baik. 5 orang midfield berjaya melemaskan bahagian tengah Aston Villa. Permainan matang ditunjukkan dari Shelvey. Adam banyak sangat foul. Excited nak Krismas agaknya. Downing cemerlang dengan tendangan sudutnya yang membuahkan gol pertama untuk Bellamy lepas Aston Villa kelam kabut nak buang bola. Downing jugak banyak berlari-lari dibahagian tepi dan kadangkala masuk ke bahagian dalam untuk buat rembatan. Belllamy cemerlang dengan larian pantasnya dibahagian kiri. 1 gol untuknya malam ni dan 1 assist dengan sepakan penjurunya disudahkan dengan macho oleh Skrtel.

Separuh masa kedua permainan agak tenang dengan kedua-dua pasukan sekali-sekala cuba dapatkan gol. Yang paling aku pelik bila Agger tiba-tiba sampai depan gol untuk tanduk bola Bellamy tapi kelaut. Apa dia buat kat situ aku pun tak tau…hehe. Secara kasarnya(no pun intended) Adam paling banyak foul orang. Shelvey dan Adam paling banyak rembat dari luar kotak penalti tapi Shelvey banyak on target dari Adam. Kalau korang rasa menang lebih daripada 1 gol ni menunjukkan badi Liverpool dah berakhir korang silap. Sebab Suarez 2 kali sepak bola kena palang dan tiang. Sapa punya kerja upah bomoh tiang aku pun taktau tapi hebat la bomoh tu..huhu~Apapun Liverpool dapat 3 mata penuh dan kita tunggu next game lawan Wigan yang aku tak dapat nak tengok pasal kena pergi training kat ILSAS minggu ni…sedih2..tapi demi masa depan!!! semangat sentiasa ada dengan The Reds walaupun tengah tido..hehe…

Rating Pemain

Reina – 7
Johnson – 6
Skrtel – 8
Agger – 7
Enrique – 6
Downing – 6
Hendo – 6
Shelvey – 6
Adam – 6
Bellamy – 9  >> Man of the match bagi aku dan pastinya bagi orang lain jugak tahniah2!!!
Suarez – 7

Carroll – NA
Carra -NA
Kuyt – NA

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s