Previu – Aston Villa vs Liverpool


Picture credit : whoateallthepies.tv and getty images europe

 Selamat pagi semua! Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi membaca blog ini. Terima kasih juga kepada Padang Anfield, My-LFC, Kelab Peminat Liverpool (Malaysia), MyRAWK, MyReds dan LIVERPOOL FAN CLUB MALAYSIA di Facebook yang menjadi platform untuk perkongsian blog ini. Seperti yang anda semua tahu pada hari Ahad ini Liverpool akan bertandang ke Villa Park untuk mendapatkan 3 mata untuk menjadikan jumlah 15 mata daripada 24 maksimum untuk perlawanan di tempat lawan setakat ini. Tapi sebelum itu mari kita lihat kedudukan kedua-dua pasukan dalam liga.

Kedudukan liga 16 Disember 2011

 Pertemuan sebelum ini

Seperti yang anda boleh lihat, hanya 7 mata memisahkan Aston Villa dan Liverpool ditangga ke-6 dan ke-9. Tumpuan pada perlawanan kali ini tak lain dan tidak bukan, Stewart Downing, pemain sayap Liverpool yang berhijrah dari Aston Villa pada musim panas yang lalu. Gol terakhirnya untuk Aston Villa merupakan gol kemenangan Aston Villa ketika menentang Liverpool di Villa Park pada 22 Mei 2011. Downing melepaskan rembatan kearah gol selepas menerima hantaran lintang dari Marc Albrighton. Pada perlawanan ini juga, kapten Steven Gerrard yang belum pulih dari kecederaan memilih untuk menonton bersama peminat. Sesuatu yang jarang dilihat untuk pemain setaraf dengannya.


Gerrard menonton bersama peminat!

Barisan pemain Liverpool (22 Mei 2011)

First 11 : Reina | Flanagan | Carragher | Skrtel | Aurelio | Cole | Lucas | Spearing | Meireless | Kuyt | Suarez
Subs : Gulacsi | Wilson | Wisdom | Robinson | Poulsen | Shelvey | Ngog

Pemain yang tidak akan terlibat

Aston Villa akan bermain tanpa Shay Given | Baker | Beye | Jenas | Gardner |  Agbonlahor | Delph (diragui)
Liverpool akan bermain tanpa Doni | Robinson | Lucas | Gerrard | Spearing

Pemain yang perlu diberi perhatian

Pemain tumpuan seperti yang dikatakan sebelum ini sudah tentunya Stewart Downing. Tetapi Aston Villa juga mempunyai beberapa orang pemain yang perlu diberi perhatian yang sewajarya. Antaranya ialah

Stephen Warnock – Bekas bek kiri Liverpool ini merupakan antara pemain yang dijangka menyerlah di Liverpool sebelum berpindah ke Blackburn dan seterusnya ke Aston Villa. Permainannya semakin mantap dan dia juga tidak segan untuk terlibat dalam gerakan serangan.

Charles N’Zogbia – Bekas pemain Wigan ini merupakan pemain yang lincah dan mempunyai kawalan bola yang bagus. Mungkin menjadi masalah buat Liverpool sekiranya dia dalam kesebelasan utama Ahad nanti.

Stephen Ireland – Bekas pemain Manchester City yang suka menjaringkan gol ketika menentang Liverpool

Darren Bent – Bekas pemain Sunderland. menjaringkan gol kontroversi ‘bola pantai’

Albrighton – Menjaringkan gol pertama musim ini ketika bertemu Bolton. Telah menghasilkan 11 hantaran lintang setakat ini.

Emile heskey – Bekas pemain Liverpool yang dikenali dengan kekuatan dan kebolehan memegang bola. Adakah dia masih Heskey yang dikenali peminat Liverpool dulu?

Prestasi kelab

Rekod Home Aston Villa 3 Menang | 2 Seri | 2 Kalah
Rekod away Liverpool 4 Menang | 0 Seri | 3 kalah

Rekod 6 perlawanan sebelum ini

Aston Villa – Seri | MenangKalah | Seri | Kalah | Menang
Liverpool –   Menang | Seri | Menang | Seri | Kalah | Menang

Liverpool mempunyai tugas yang berat untuk mengutip 3 mata penuh dengan rekod jaringan yang agak merisaukan. Liverpool hanya mempunyai 3 penyerang sahaja iaitu Suarez, Carroll dan Bellamy(Kuyt lebih kepada pemain sayap). Peminat pastinya inginkan Suarez bergandingan dengan Bellamy untuk merobek gawang lawan kerana mereka mempunyai persefahaman dan kelajuan yang hampir sama dan mampu mengkucar-kacirkan pertahanan Aston Villa yang bergantung kepada Dunne untuk mengepalai mereka. Maxi dan Kuyt juga mampu menggerakkan serangan dengan cara yang sama iaitu dengan hantaran satu dua bergerak kearah gol. Tetapi melainkan Downing disimpan di bangku simpanan (kemungkinan sangat rendah) hanya seorang daripada mereka yang akan menyertai Suarez dan Bellamy dibahagian serangan. Hanya masa yang akan menentukan kerana Kenny Dalglish hanya akan mengumumkan barisan utama beberapa jam sebelum perlawanan.

Sekiranya Henderson bermain dibahagian tengah seperti ketika melawan QPR, dia perlu lebih rajin menutup ruang kerana Petrov akan sentiasa mencuba dari jarak jauh andai diberi peluang. Pertahanan pula perlu menghalang sebarang percubaan untuk hantaran lintang terutamanya dari Albrighton dan cuba menghalang bola daripada sampai kepada Bent atau Heskey. Adam sekali lagi akan bertindak sebagai pengawal permainan dibahagian tengah. kejayaannya berbuat demikian akan menentukan kejayaan Liverpool dalam perlawanan ini. Suarez perlu lebih tajam dan cuba menjaringkan gol setiap kali ada peluang. Dia seringkali dilihat mencuba terlalu kuat untuk menggelecek pertahanan lawan sehingga ke pintu gol. Mungkin cubaan dari jarak jauh sekali-sekala akan mengelirukan pertahanan dan penjaga gol yang rasanya sudah mengkaji pergerakan Suarez sebelum perlawanan.

Jangkaan keputusan Aston Villa 1-2 Liverpool

YNWA

Sumber

Aston Villa 1-0 Liverpool BBC

Aston Villa Official Site

Soccerway

This is Anfield

Premier League


Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s