Adakah Dalglish akan menyelamatkan seseorang sekali lagi?


Pada tahun 1980 Liverpool membeli seorang pemain muda dari Chester dengan harga £300,000 yang merupakan rekod perpindahan ketika itu untuk seorang pemain berusia 19 tahun. Dia pada mulanya merasakan tidak selesa dan inginkan perpindahan ke kelab lain. Dia mengambil masa 9 perlawanan untuk mendapatkan gol pertama dan sejak itu, dia tak berhenti menjaringkan gol. Pada musim keduanya, sewaktu Bob Paisley dalam proses membina semula Liverpool, dia menjaringkan 30 gol daripada 49 perlawanan. Pada musim 1983-1984 dia menjadi pemain British pertama untuk memenangi Kasut Emas Eropah. Dia menjaringkan 47 gol pada musim itu. Memenangi 3 kejuaraan. Liga, Piala Eropah dan Piala Liga. Dia juga mendapat gelaran Player of the year daripada persatuan pemain (PFA) dan persatuan penulis (FWA) pada tahun itu.

Walaubagaimanapun, peminat dikejutkan dengan berita perpindahannya ke Juventus pada tahun 1986. Dia dijual ke Juventus dan terus dipinjamkan kepada Liverpool pada tahun itu untuk setahun. Dan sebagai hadiah untuk Liverpool, dia menjaringkan 40 gol untuk Liverpool pada musim itu. Dia kemudiannya ke Juventus dengan ucapan baik dari semua yang berada di Liverpool. Setahun selepas itu, dia berada dalam sidang media di Liverpool. Hanya ketika itu baru semua termasuk media sedar yang dia sudah kembali ke Liverpool walaupun baru setahun berhijrah ke Juventus. Begitulah serba sedikit cerita bagaimana Kenny Dalglish menyelamatkan Ian Rush daripada mimpi buruknya di Juventus di mana dia hanya menjaringkan 7 gol sepanjang musim.

Pada tahun 2007, Liverpool membuat kejutan dengan membeli seorang pemain daripada Atletico Madrid. Pemain yang dijangka akan mengalami masalah untuk menyesuaikan diri itu mengejutkan semua orang dengan menjaringkan 33 gol dalam semua kejohanan pada musim pertamanya. Pertahanan kelab lain tidak mempunyai cara untuk menghalangnya. Dia diangkat sebagai lagenda seawal musim pertama dia di Liverpool. Dia menjadi pemain terpantas mendapat 50 gol dalam sejarah Liverpool. Melakukannya hanya dalam 72 perlawanan. Walaubagaimanapun, pemilik Liverpool Hicks dan Gillett menjadikan kelab kucar kacir dan menyebabkan dia terpaksa meminta berpindah ke kelab lain. Dan malangnya kelab yang membeli itu merupakan seteru Liverpool, iaitu Chelsea. Tapi setelah hampir setahun dia di sana dia seakan-akan hilang bisa. Nampak kekesalannya meninggalkan Liverpool sedangkan pada waktu itu pemilik baru telah pun tiba dengan Kenny Dalglish sebagai pengurus baru dan Luis Suarez dibeli untuk digandingkan dengannya. Setiap kali dia muncul untuk Chelsea nampak kesusahannya bermain dengan pasukan itu. Tiada lagi hantaran cantik seperti yang selalu diterima daripada Gerrard ketika di Liverpool. Dan sewaktu bermain menentang Liverpool pun dia nampak tidak bermaya. Tidak bersungguh. Tapi dia terus gembira sebaik tamat perlawanan yang dimenangi Liverpool itu. Dia sempat bersalaman dan berjumpa dengan rakan-rakan lamanya. Nampak keceriaan diwajahnya ketika itu. begitulah serba sedikit cerita mengenai Fernando Torres.

Ramai yang mengatakan dia pengkhianat. Membakar baju yang tertera namanya dibelakang. Tak dinafikan, aku pun rasa ditipu. Rasa sedih..macam putus cinta apabila dia disahkan menjadi milik Chelsea. Tapi aku bayangkan, bagaimana agaknya orang-orang yang rapat dengannya seperti gerrard…Reina? Dalam autobiografi Reina ada mengatakan Torres pergi kerana kecewa dengan janji manis pemilik sbeelum ini. Dia mahukan sesuatu yang lebih. Kalau itulah kisahnya. Aku sanggup maafkan dia walaupun nampak dia mudah melarikan diri waktu kelab dalam masalah. Tapi adakah Kenny akan memaafkan dia? Adakah Kenny akan menyelamatkan seorang lagi pemain daripada mimpi ngeri mereka? Adakah kita akan mendengar sekali lagi Kenny berkata “Dia seakan-akan bermain di negara asing” kepada media? Hanya masa yang akan menentukan kerana sekiranya Kenny akan melakukannya, dia akan melakukannya dalam diam. YNWA.

Dia seorang pemain yang hebat. Dia merupakan apa yang penyokong kehendaki, seperti nafas yang baru. Musim pertamanya sangat menakjubkan dengan jumlah gol yang dijaringkan dan sangat bagus dapat menyaksikannya. Dia melalui Euro yang sukar dengan Sepanyol dan dia mengalami kecederaan. Tapi sejak dia kembali dia sama seperti tahun lalu. Saya suka bagaimana orang membandingkannya dengan saya kerana ia bermaksud yang dia menjaringkan gol dan mereka akan menang gelaran liga. – Rush mengenai Torres

Sumber

Ian Rush – Soccerbase

Fernando Torres Soccerbase

Liverpool past player

LFCHistory

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s