Sterling dan Ibe : Bakal bintang Liverpool?


Selamat tengahari semua. Aku rasa sekarang ni 1st team kurang magik bila player macam Gerrard  tak main. Dulu kita ada Garcia dan benayoun yang macam spark plug…tiba-tiba spark!!! dan mencetuskan gol untuk Liverpool. Sekarang ni kita ada Suarez dan Maxi. Apa akan jadi bila Suarez kena ban atau injured? (nasib baik die ni tak injury prone). Aku tau ramai yang minat Maxi main. Tapi aku penah tengok time die tak form sangat-sangat la sakit hati. Macam tengok Carroll main sekarang..haa..dapat bayang? So…Liverpool kena ada at least 1 winger yang suka dribble fullback sampai menangis melutut merayu suruh diorang berenti. Sekarang mungkin kita tak ada player tu dalam 1st team tapi mungkin dalam beberapa tahun lagi. Raheem Sterling. Tak kenal sapa? Ni sikit maklumat dia.

Nama Raheem Sterling
Nombor skuad 31
Tarikh lahir 8 Disember 1994
Tempat lahir Kingston, Jamaica
Kerakyatan England

Seperti yang korang nampak, hari lahir dia ke-17 adalah beberapa hari lepas. Ada khabar yang mengatakan Liverpool dah dapat tandatangan dia untuk kontrak profesional. Aku tak jumpa official statement dari LFC tapi aku assume Liverpool takkan berlengah untuk dapatkan tandatangan dia. Mengikut berita Liverpool Kop ni dia dah selamat tandatangan kontrak dan mengikut maklumat dari SINI pula mengatakan kontrak pro 3 tahun memang dah termaktub dalam kontrak sebelum ni yang membawanya ke Liverpool dari QPR. So aku sangat hepi sekarang. Apa yang bestnya mamat ni main? Korang tengok video dan nilai la sendiri. Bagi aku dah lama Liverpool tak ada pemain sayap yang mengujakan(what?!) macam ni.

Selain daripada Sterling ramai lagi budak-budak dalam akademi yang mantap. Tapi harini aku nak cerita pasal budak baru yang akan join musim panas ni (kalau betul khabar angin yang aku dengar). Jordan Ibe. Tak pernah dengar? Aku pun. Sebab budak ni baru 16 kot. Highlight pon tak berapa nak ada lagi. Ni sikit biodata dia.

Nama Jordan Ibe
Kelab sekarang Wycombe
Tarikh lahir 8 Disember 1995
Tempat lahir London
Kerakyatan England

Sekali tarikh lahir sama dengan Sterling la pulak kan?😉 Beza umur setahun. Menarik. Mengikut beberapa sumber, Liverpool dah kalahkan beberapa pasukan lain seperti MU, MCity dan Spurs untuk tandatangan dia ni. Dan dengar kata dengan bayaran £500,000 (taktau pecahan bayaran untuk apa dan siapa). Dari apa yang aku perhatikan dalam video yang aku jumpa, dia ni nampak konfiden tapi masa (dan coach) je yang akan menentukan macamana dia akan berkembang nanti. Masih terlalu awal untuk menilai. Pembelian ni pun sebagai meneruskan polisi Liverpool untuk rekrut pemain British yang berbakat. Sama-sama harap mereka ni akan ikut jejak langkah Gerrard dan Carragher😉

Sumber

NESN

Talksport

Cleansheetallaround

Skysports

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s