Siapa Fernando Reges?


Fernando Reges

Selamat pagi semua. Sekarang Bulan Disember dan dalam beberapa minggu je lagi transfer window akan dibuka. Bagi peminat-peminat bolasepak mesti dah rajin menggeledah segala rumours/khabar angin (ok..kelakar kot khabar angin) tentang pemain yang kelab diorang bakal beli Januari ni. Dan kalau korang peminat Liverpool mesti dah dengar dah pasal Fernando Reges yang dikatakan bakal mengganti tempat Lucas sementara Lucas pulih. Jadi, siapa Reges ni? Aku pun tak pernah dengar sebelum ni. Tapi tak pernah dengar tak semestinya tak hebat kan? Liverpool ni terer sikit bab-bab mencungkil bakat terpendam ni. Kalau tak takkan Alonso boleh main Sepanyol kan? =P

running like kuyt, tackling like lucas, passing like gerrard, dribbling like suarez – antara komen di youtube😉

Sedikit biodata si Reges ni..

Nama : Fernando Francisco Reges
Kerakyatan : Brazil
Kelab Sekarang : Porto
Tarikh lahir : 25 Julai 1987
Tempat lahir : Alto Paraíso
Posisi : Tengah
Tinggi : 185 cm

Muka macam letih je mamat ni..boleh ke main?Meh tengok video die main untuk Porto.

Amacam? Yakin dah? Best jugak kalau ada Defensive Midfield macam dia ni. Semenjak Mascherano pergi Barcelona Lucas je la yang tinggal untuk main macam ni. Tapi aku risau jugak. Dengan kualiti pengadil BPL sekarang silap gaya setiap perlawanan kena red card mamat ni..hahah…tapi apapun ini khabar angin je dan ada berita yang mengatakan Dalglish tak akan beli pengganti Lucas….

Liverpool FC Won’t Seek Lucas leiva Replacement Says Kenny Dalglish

Dalglish : We do not need to sign a replacement for Lucas

Tapi aku harap Liverpool beli betul mamat ni tapi SELEPAS BELI STRIKER dan MUNGKIN SEORANG WINGER lagi….sebab tak ada cover untuk Lucas melainkan Spearing dan Shelvey. Tapi dari gaya main Spearing je yang boleh masuk 1 kategori dengan Lucas dan Reges ni. Ini pandangan aku la…dari pandangan korang pulak macamana?

Profil dari Soccerway

Antara khabar angin mengenai perpindahan Reges ke Liverpool

Sportsvibe

Givemefootball

YNWA

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s