Liv 1-0 QPR featured image

Liverpool 1-0 QPR. Liverpool dipaksa kerja keras.


Gambar dipinjam dari Liverpool FC Facebook Page

Akhirnya!!!! Liverpool menang jugak dengan pasukan-pasukan macam ni. Suarez menjaringkan gol tunggal perlawanan apabila menanduk masuk hantaran Adam dengan Cerny tak mampu buat apa-apa. Walaubagaimanapun, aku masih tak berpuashati dengan perlawanan ni. Kenapa? Sebab dengan hanya 1 gol, jantung aku berdegup macam nak meletup. Setiap kali bola dapat ke pihak lawan aku rasa macam nak pengsan. Itulah sebabnya.

Penjaga gol – Reina diuji hanya dengan sepakan penjuru dan percuma yang diberikan kepada QPR. Malam yang tenang untuk Reina.

Pertahanan – Gandingan Agger dan Skrtel semakin mantap. Carragher nampaknya akan memanaskan bangku simpanan buat seketika. Walaubagaimanapun, Johnson dan Enrique kurang kemas setiap kali naik untuk membantu serangan.Nasib baik tak dieksploitasi oleh pemain QPR. Skrtel jugak hampir memberikan penalti bila menghulurkan kaki ke dada pemain QPR. Aku risau dengan Agger sebab dah dapat kad kuning diawal permainan sebab mengasari bothroyd yang hampir-hampir lepas untuk menuju gol.

Tengah – Henderson menjalankan tugas dengan baik. Ikut rapat pemain-pemain QPR. Adam dengan hantaran-hantaran jauh yang membuatkan aku rindu dengan Alonso…Downing masih gagal untuk assist dan skor tapi banyak memainkan peranan jugak dibahagian serangan. Maxi cemerlang malam ni cuma penjaga gol lawan lebih cemerlang kerana berjaya menyelamatkan cubaan-cubaan maxi. Shelvey kembali untuk Liverpool malam ni. Terlibat dengan counter attack diakhir perlawanan tapi memilih untuk cross walaupun aku rasa dia patut cuba sendiri untuk dapatkan gol.

Penyerang – Kuyt rajin macam biasa. Ada cubaan ke arah gol tapi tersasar. Suarez macam biasa..jadi masalah untuk pertahanan QPR. Awal-awal permainan nampak Suarez berusaha taknak jatuh bila dikasari tapi ada masa dia jatuh jugak dan ada masa die dive jugak…cuma kali ni die dive dengan lebih bijak..huhu~ Yang penting die skor malam ni untuk tamatkan badi Anfield musim ni. Harap-harap Liverpool tak gugup dah kat tempat sendiri lepas ni.Bellamy masuk sekejap di akhir perlawanan. Walaupun sekejap dapat jugak menakutkan keeper dengan freekick yang sipi-sipi nak masuk gol dan hantaran lintang yang hampir jadi own goal di minit-minit akhir.

Kedudukan setakat 1.30 pagi. (sumber : premierlague.com)

Aku masih tak puashati dengan sesetengah keputusan pengadil. Contohnya si Bothroyd yang jatuh dengan senang dan kurang logik bagi aku bila berlaga dengan Agger. Suarez masih dinafikan foul. Kad kuning untuk Bellamy. Kebanyakan corner kick liverpool jadi freekick QPR sebab kononnya ada tolakan…QPR satu pun takde tolakan..sengal punya referee…tapi aku pasti ramai yang tak kisah sebab LIVERPOOL 1-0 QPR…hahahahah…next game Aston Villa away. YNWA.

p/s: terlepas 10 menet pertama dan gol Suarez sebab pegi usha bulan kejap..huhu..sedey2…

Gerhana Bulan

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s