Hadiah krismas FA untuk Liverpool


Gambar dari Liverpool FC Facebook page

Selamat tengahari semua fellow Reds….kepada yang tak tahu betapa teruknya game lawan Fulham haritu…ni nak kongsi.

  • Spearing dapat kad merah lepas tackle dembele dengan mantap (bukan tackle 2 kaki) tak caya tgk balik replay
  • Suarez punya penalti claim refereee buat tak tahu je
  • Senderos dapat kad kuning je jatuhkan adam betul2 luar kotak penalti (aku still rasa penalti)
  • Penalti dan bukan freekick!

Itu yang dalam game je…nak tau ape lagi yang jadi hasil dari game ni? Suarez dan Liverpool dah terima pemberitahuan yang mereka akan dikenakan tuduhan. Mereka ada sehingga Isnin untuk sebarang rayuan. Mantap kan FA? Pertama sekali. Liverpool dikenakan tuduhan “tidak dapat mengawal pemain” disebabkan pemain kerumun referee lepas Spearo dapat kad merah. Macam la certain2 club tu tak buat macam ni kan? =P Satu lagi helah FA untuk lepaskan diri daripada appeal liverpool untuk rescind kad merah Spearo…dan Suarez pulak…time2 ni la dia nak buat hal kan?….buat korang yang tah tahu…dia tunjuk jari tengah dia kat fans Fulham waktu nak keluar dari padang…dan ada photographer yang tangkap gambar tu. Boleh google atau tengok kat mana2 sports punya web…confirm ada. Dan memandangkan Suarez tengah tunggu keputusan untuk kes Racism dengan Evra haritu…boleh bayangkan je berapa lama agaknya FA akan ban Suarez…hahahahah…timing terbaik punya untuk semua ni jadi kan..

Setelah puas aku menyumpah seranah..aku terpikir…macaana la Kenny agaknya ye? adakah die cool je…ataupun habes dah die amuk satu pekan..heheh…Hasil semua benda ni kita boleh assume dengan selamat untuk bulan ni kita akan main tanpa Lucas, Spearo untuk 3 game, dan Suarez untuk beberapa bulan(mungkin). Syabas FA. Oh..bawah ni game2 Liverpool bulan ni.

Dipinjam dari Liverpool Fan Club Malaysia

Apa pun kita tengok je ape keputusan Liverpool dan FA nanti. Tapi..memandangkan Ferguson Association (FA) tak suka kita maka bole anggap yang terburuk la..hahah…Apa yang paling aku nak tengok macamana Kenny akan cope dengan masalah ni atas padang. Rasa ok jugak sebab dapat tengok pemain lain main dan mungkin selesaikan masalah seri dengan pasukan bawah2 ni. Tapi yang paling aku tak sabar adalah transfer window yang akan terbuka luas januari ni. Sape agak2 Liverpool bawak masuk untuk cover Suarez? Sebelum ni aku rasa kalau ada backup pon ok..takda pon takpe..tapi dengan kes Suarez ni…Liverpool nampaknya WAJIB ada backup Suarez. Mana tau kena ban 8 bulan sama macam orang lupa amik drug test ka..heheh….anyway…apa korang rasa tentang kejadian Fulham ni?

Sumber

LFC

ESPNSTAR

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s